Thursday, December 31, 2009

LAPANGKAN DADAMU

(Al-Insyirah : ayat 1)

Ertinya : "bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?"

Kami telah melapangkan dadamu sehingga menjadi luas, tidak sempit,sulit, susah atau sedih. Bahkan Kami penuhi dengan hikmah, rahmat,iman dan kebaikan. Kami telah lapangkan dadamu dan Kami penuhi dengan hikmah,rahmat,iman dan kebaikan. Kami telah melapangkan dadamu, maka kamu perluaskan akhlak manusia, kamu maafkan kesalahan mereka, kamu tutupi aib mereka, kamu sabar dengan orang-orang bodoh, kamu sayangi orang lemah tak berdaya.

Kami telah melapangkan dadamu. dermamu seperti hujan, kemurahanmu seperti lautan, kelembutanmu seperti angin sepoi2. kamu memberi orang yang meminta, memberi orang yang berharap, memuliakan orang yang datang kepadamu, bersikap murah hati dengan orang yang berhajat kepadamu.

Kami telah melapangkan dadamu. Maka dadamu menjadi dingin dan selamat sehingga dapat mematikan kata-kata yang kasar, mendinginkan kata2 yg mengguris hati dan suasana berubah menjadi kemaafan dan kasih sayang.

Kami telah melapangkan dadamu. Kamu menjadi sabar atas kerasnya orang2 arab Badwi, kejahatan org2 bodoh, kesombongan org2 kuat, berpalinglah org2 takabbur, kemarahan org yg iri hati, panah cercaan org yg mencerca dan bongkaknya kerabat dekat.

Kami telah melapangkan dadamu. Maka kamu selalu tersenyum menghadapi pelbagai krisis, tertawa dalam kesulitan, gembira dalam terpaan musibah, tenang hati ditepi kerosakan, tegar dalam berbagai2 peristiwa. semua itu kerana kamu lapang dada, kaya hati dan hidup jiwa.

Kami telah melapangkan dadamu. Maka kamu tidak keras dan bengis. Bahkan kamu merupakan rahmat, selamat, kebaikan, kasih sayang. Sabar terhadap dirimu, sedekah dipelajari daripada sejarahmu dan memberi maaf diambil dari buku catatanmu.

petikan daripada : Mutiara hikmah oleh dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Wednesday, December 30, 2009

CELAKANYA PENGUMPAT

Pengumpat dan pencela adalah orang yg gagal dalam hal keluhuran, terjungkal drp nilai2 kebenaran, terlupakan dlm catatan2 idealisme. sebab org itu mencemarkan nama baik hamba Allah. dia mencela dengan perkataan,perbuatan,mata,tangan,lisan. ancaman yang pedih bagi orang seperti ini. mereka melukai orang2 yg soleh.

orang yg jahat ini hanya mempunyai hobi mencari kesalahan orang lain. dia akan merasa senang apabila ada orang lain melakukan kesalahan dan dosa. dia sering menyebut kesalahan orang lain tetapi dia melupakan nilai positif pada orang lain. dapat menghitung kesalahan tetapi tidak tahu kelebihan kerana jiwa orang seperti ini adalah jiwa yang sakit.

Orang seperti ini tidak merasa senang dengan kelebihan manusia yg suci hatinya. dia adalah orang yang suka mengingkari dan iri hati. tidak betah dengan sifat-sifat baik orang lain. perbuatannya tercela, hatinya hitam dan lidahnya pahit.

Celakalah org yang suka mengumpat dan mencela. ancaman seksa Allah dan kemarahan-Nya sedang menanti orang itu. bagaimana orang seperti ini adil dalam membuat keputusan? sedangkan dia selalu mengawasi hamba2 Allah, menyebarkan keburukan, gembira dengan aib dan kekurangan mereka.orang seperti ini lebih suka apabila sesuatu yang keji tersebar di kalangan orang2 beriman. dia orang terhina dan merasa sesak dengan orang2 yang soleh. dia sendiri orang yang derhaka dan banyak dosa.

Sesungguhnya hati yang selamat dan lidah yg terhormat adalah pemberian Allah kepada hamba-Nya yang dikehendaki. maka kamu lihat pemilik hati itu sangat terhormat, suci hati, jernih batin, lapang dada. sentiasa memuji nilai2 positif org lain, merasa senang dengan tingkahlaku terpuji, tidak peduli dengan perkara2 lain. tiada waktu baginya untuk mencari2 kesalahan orang lain.

sesungguhnya orang yg mentadabburi ayat ini akan merasa sedar dan takut untuk melepaskan lisannya dalam membahaskan masalah kehormatan orang lain, mengata-ngata hamba Allah dan meneliti aib2 mereka. perbuatan seperti itu adalah suatu kerugian dan puncak kehinaan.

Celakalah orang2 yang suka mengumpat. bagaimana dia melupakan kelemahan dirinya dan tidak memperbaiki akhlaknya yang rosak serta membangun jati dirinya. Anehnya, orang ini malah pergi mengorek rahsia hamba2 Allah, menyingkap tabir perangai orang lain. orang seperti ini adalah musuh kejayaan dan keutamaan dan peroboh istana2 kemuliaan.

-petikan daripada buku Dr Aidh Abdullah Al-Qarni