Sunday, September 30, 2012

DR ASRI-HAKIKAT DUKACITA

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini 2

8. Kisah Orang Yang Mendapat Ketenangan

DR ASRI-IMAN ADALAH PERASAAN

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

FOOD POISONING

Tengahari semalam saya memasak sup ayam, sayur goreng dan ikan jeruk. Lauk yang ala kadar sahaja itu amat memenuhi selera saya. Oleh kerana tiada satu pun yang pedas saya mengambil sambal kicap yang telah lama tersadai di dalam peti ais. 

Tidak ku duga rupa-rupanya sambal kicap itu sudah expired. Rasanya macam okey lagi tapi mungkin masa makan tu perut tengah lapar jadi main telan jea. Selepas asar perut mula memulas dan tekak terasa loya sehingga saya muntah-muntah entah berapa kali. 

Suami tiada di rumah kerana terpaksa over time seharian. Jadi saya mengambil keputusan untuk menahan jea sakit perut yang semakin menjadi-jadi. Saya menyapu minyak panas, minum air sebanyak mungkin dan minum air limau nipis agar badan saya tidak dehidrate. 

Alhamdulillah! pada sebelah malam sakit perut  sudah berkurangan setelah saya menelan pil chi teck aun. Saya juga dapat tidur dengan baik walaupun kaki dan tangan mula terasa sejuk. Hari ini sakit perut masih terasa lagi namun ia makin berkurangan. Alhamdulillah!

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati lagi setelah kali ke-3 terkena food poisoning. Serik dah!!.. uhuhuh!

Wednesday, September 26, 2012

SIFAT MAHMUDAH

Lirik yang menyentuh hati dan memberi seribu keinsafan :-

Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz


Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X


Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza


Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya



Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

PEROMPAK YANG DIAMPUNKAN ALLAH

Satu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadangkala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.


Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkannya serta mengkebumikannya.”


Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W.


Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”


Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”


Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril dan memberitahuku apa yang telah berlaku”


Apabila Jibril datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?” Jibril menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya.”


Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan Tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadhan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “Aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan Tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.


Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70 ke 80 tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.


Doa yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing.


Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.

SUMBER : KLIK SINI

KASIH SAYANG RASULULLAH

Artikel yang menarik untuk dikongsi bersama pada hari ini.
sumber : klik sini

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.


2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.


3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”


4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”


5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.


7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”


8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.


9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.


10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).


11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.


12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.


13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.


14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.


16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.


17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”


18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.


19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”


20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.

Monday, September 24, 2012

Kisah Lebah & Lalat

oleh : FB Tegakkan Khilafah Islamiyah


Perbandingan lebat dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah tiada perbezaan  antara kedua. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi,perbezaannya pada sifat sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama.
Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama, lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.


Yang kedua, makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga, lebah menyukai  amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat, lebah mempunyai wala kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima, lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.


Keenam, lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik  hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.
Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam….


Friday, September 21, 2012

MUTIARA KATA

Beberapa mutiara kata yang indah buat tatapan kita yang ingin menjadi wanita/lelaki yang terindah di pandangan Allah s.w.t. Insyaallah!














SIRATUL MUSTAQIM

Saya terbaca artikel yang menarik mengenai siratul mustakim daripada FB saya. Saya begitu teruja sekali untuk berkongsi dengan pembaca sekalian. Semoga ia bermanfaat dan menjadi peringatan buat diri kita semua. Insyaallah!


Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :


1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.


4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.


5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.


6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.


7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.


8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.


9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.


10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.


 
DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid


Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

KREDIT TO Dr.Amirul Amin

Thursday, September 20, 2012

GUBAHAN HANTARAN

Gubahan hantaran memang menjadi minat saya semenjak saya berkahwin pada tahun 2007. Ini bukanlah bermakna saya seorang yang pakar menggubah, cuma saya sangat teruja apabila diberi peluang untuk menggubah hantaran. Pada 23 Ogos lepas keluarga saya mengadakan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan adik saya (adik yang ke-7daripada 10) dengan pasangannya berketurunan arab dari Iraq. 

Majlis pernikahan telah diadakan 2 minggu sebelumnya. Saya telah dipaksa rela untuk menyiapkan 10 bekas hantaran dalam masa sehari. Ia sangat memenatkan minda untuk mencari idea untuk menggubah. Biasanya saya akan membuat gubahan sebekas sehari itupun pada hari minggu sahaja. Gubahan hantaran ini biasa dibuat 2 atau 3 bulan sebelum majlis berlangsung. Jadi hasilnya agak memuaskan setelah membuat banyak sentuhan dalam masa yang panjang. 

Namun majlis perkahwinan versi melayu arab ini diadakan secara ringkas sahaja dan gubahan hantaran yang dibuat sekadar memenuhi adat melayu tanpa diiringi adat pantai timur iaitu acara "berlarak" dan "mengenal"- Memang rugi :P. Adat 'berlarak' ialah adat yang biasa dilakukan oleh kebanyakan kita iaitu mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan sambil diiringi dengan junjungan bekas-bekas hantaran yang meriah. Manakala adat 'mengenal' pula ialah pihak pengantin perempuan bersalam dengan rombongan 'berlarak' tadi (wanita sahaja) sambil memberikan wang mengenal. Sebab itu memang rugi kalau adat tersebut tidak diadakan (hehee..). 

Ini di antara bekas gubahan yang telah digubah oleh saya turut dibantu (dengan banyak komen)  oleh adik-adik dan kakak saya.

Hantaran bagi pihak pengantin lelaki.

Baju kemeja dan seluar.


 Sepasang baju melayu. Macam tak pakai jea.


 Satu set minyak wangi.


 Sepasang kasut gergasi.. hehe...

Eh! Satu bekas coklat terlupa untuk dirakamkan.


Hantaran bagi pihak pengantin perempuan.
 Sebekas hantaran beg tangan wanita.


 Sepasang kain sembahyang.

 Sepasang jubah dari Syria.


 Sepasang kasut bertemakan cinta dalam taman. Chewwah!


 Satu set mandian untuk pengantin perempuan.


Semua hantaran ini adalah menyamar jea, sebab semuanya digubah oleh saya dan diletakkan di ruang tamu sahaja sebagai hiasan pada hari majlis tersebut.



 Selamat pengantin baru buat Nursyamimi dan Mustafa Al Hayani.



Hiasan bilik pengantin ini dibuat oleh kakak saya. Semuanya budget sebab pengantin perempuan tu belum habis belajar.



 Pihak rombongan pengantin lelaki yang diiringi oleh kawan-kawan dari UIA.



Salah seorang abang beliau yang datang daripada Iraq untuk meraikan perkahwinan mereka.


Tahniah dan selamat pengantin baru buat kalian. Jangan lupa habiskan master tu walaupun dah kahwin. (Sempat lagi membebel dah namanya kakak.. )
.
.
.
.
Sekian.

Tuesday, September 18, 2012

Berdoa Agar Sembuh

Sudah hampir 2 minggu saya demam, batuk dan selsema. Demam sudah kebah namun selsema dan batuk masih belum baik. Agaknya virus itu sudah membina istananya di dalam peparu saya.. hihi.. Ubat batuk sudah habis sebotol diminum dan ubat selsema hampir sepapan sudah habis. Batuk saya masih begitu malah semakin teruk pada waktu malam. Tepaksalah saya menyapu minyak buah pala yang panas di belakang, dada dan tekak, Alhamdulillah! ia lega buat sementara.  Ahad lepas saya diserang sakit gigi yang meyebabkan kepala dan telinga turut terasa sakit. Jenuh kami mencari klinik gigi yang dibuka pada hari tersebut malangnya ia pencarian yang sia-sia. Hampir kesemua klinik gigi di Desa Pandan, Bandar Baru Ampang dan sekitar Wangsa Walk tutup. Saya terpaksa menelan panadol untuk melegakan kesakitan yang berdenyut-denyut ditambah pula dengan batuk dan selsema yang sedia ada. Semua ini ujian dan dugaan Allah buat saya. Pastinya ada hikmah. Insyaallah!

Saya berdoa agar kesihatan saya kembali pulih. Tidak mahu batuk dan selsema lagi. Saya juga berharap dapat berjumpa doktor gigi secepat mungkin. Sudah lama rasanya saya tidak sakit gigi. Kali terakhir semasa di sekolah rendah. Kemudian di usia ke-30 ini sakit gigi kembali menyerang akibat tampalan yang lama sudah tercabut. Ahad lepas juga setelah saya gagal mencari klinik gigi yang beroperasi pada hari tersebut saya mengubah niat untuk membuat cermin mata yang baru. Cermin mata saya sudah terlalu uzur. Pandangan saya berbalam-balam disebabkan 'power' kanta yang sudah lama tidak ditukar. Namun ia hampa kerana dimaklumkan oleh optometris di situ tidak boleh membuat pemeriksaan mata jika selsema atau demam. Selsema akan menyebabkan 'power kanta' berubah kerana kesan daripada ubat yang dimakan. Ubat menyebabkan anak mata sedikit membesar dan akan menjejaskan 'power kanta' yang sebenar.

Saya berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik secepat mungkin agar saya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Namun begitu saya masih teringat tazkirah yang disampaikan oleh Prof Muhaya iaitu setiap ujian atau kesakitan yang ditimpakan ke atas setiap insan adalah penghapus segala dosa. Walaupun sekadar selsema, ia akan menghapuskan dosa semalam.Saya yakin setiap yang Allah takdirkan ada hikmah dan tujuannya. Insyaallah!

Thursday, September 13, 2012

Syawal yang Menguji dan Menginsafi

Bulan Syawal datang dan hampir berlalu. Saya sempat berpuase  ganti hanya 3 hari sahaja di dalam bulan yang mulia ini. Minggu ke 3 selepas raya saya berkursus selama seminggu di Pulau Pinang. Pulang sahaja daripada berkursus  di Penang saya sekeluarga demam batuk dan selsema yang agak teruk. 




Baby Qaisara start demam hari Ahad sampai saya balik berkursus pada hari Khamis masih belum kebah. Kesian sangat, mungkin dia tercari-cari ibu sebab tak pernah kena tinggal lagi sebelum ni. Sampai hari ni Qaisara masih selsema dan saya juga masih batuk, selsema yang memeritkan tekak. Saat ini dunia terasa sungguh sempit kerana telinga berdengung, hidung tak de deria bau, mata memang sedia rabun ditambah pula dengan mulut terasa pahit dan suara garau mengalahkan suara suami.. uhhuhu! 

Kerja kat Ofis memang tak payah cerita akibat cuti yang berpanjangan ditambah pula dengan minggu akitiviti pada minggu ni yang menyebabkan saya rasa nak pening-pening lalat.. Semalam pula saya baru tersedar yang kemungkinan saya tertipu dengan agen membuat kitchen kabinet. Duit dah beribu dibayar namun mereka menghilang begitu sahaja. 

Aduh! terasa sesak dada dibuatnya. Saya termenung panjang. Setiap tahun mesti ada  dugaan hebat yang terpaksa dihadapi. Saya menelan semua kepahitan ini dengan Redha..Memang senang diungkap namun menghadapinya memerlukan suatu 'kekuatan' dari Yang Maha Esa.  Ya Allah! berikanlah kekuatan untuk kami menghadapi semua ini. Saya kuatkan hati cakap pada diri sendiri "Sabarlah wahai hati, aku yakin semua yang berlaku ada hikmahnya". ulang banyak-banyak kali. 

Saya merenung beberapa ayat Al-quran berikut, saya akur apa yang kami ada pada hari ini adalah pinjaman daripada Allah s.w.t sahaja : 


الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

”Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” [QS. Al-Ankabuut : 1-3].
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
”Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” [QS. Al-Baqarah : 155].
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

”Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar” [QS. Al-Anfaal : 28].




Semalam juga Jamuan hari raya di IKMKL diadakan. Namun terasa hambar walaupun juadahnya membuka selera. Nasi yang ditelan terase macam tawar dan hambar ditambah pula dengan kesihatan yang tidak berapa baik dalam 3,4 hari ini. 

Ayat di atas disemat di dalam hati. Dalam ayat berikut saya highlight kan ayat harta kerana hampir setiap tahun kami diuji dengan harta yang tak seberapa namun saya terus berdoa agar Allah s.w.t akan memberikan berita gembira buat hambaNya yang bersabar. Insyaallah! Namun saya tetap bersyukur kerana walaupun kami diuji dengan harta namun ia sentiasa mencukupi. Tidak pernah sekali kami kebulur atau terpaksa meminjam wang daripada orang lain. Alhamdulillah! itu sudah mencukupi dan mungkin Allah ingin menunjukkan "sesuatu pengajaran dan hikmah" kepada kami selama ini.

Namun dalam melayani perasaan yang gundah gelana saya semalam, dengan izin Allah saya menemui satu blog yang cukup-cukup menginsafkan saya sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Blog ini berkisarkan kehidupan seorang ibu tunggal yang masih muda, lebih muda daripada saya saya agak usia beliau dalam 28 tahun. Suaminya meninggal dunia selepas kelahiran cahayamata yang kedua iaitu pada 1 Mac 2011 akibat kemalangan jalanraya. 

Beliau mengabadikan kisah membesarkan 2 orang permata hati tanpa kehadiran seorang suami yang cukup mencabar. Kisahnya yang bersahaja lahir dari hati benar-benar menyentuh hati nurani saya sebagai seorang isteri dan ibu. Anda boleh mengikuti kisah beliau di sini

Ya! ia menyedarkan saya bahawa saya perlu bersyukur pada saat ini walau saya diuji dengan harta namun saya masih ada suami dan anak-anak disisi. Mereka adalah segala-galanya jauh lebih penting daripada wang ringgit. Saya tersedar bahawa ada insan lain yang lebih susah dan lebih tabah daripada saya. Maka saya seharusnya lebih tabah di atas segala ujian dan bersyukur serta redha kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk meniti hari bersama suami dan anak-anak pada saat ini. 

Terima kasih wahai mawarnafastari. Teruskan menulis wahai sahabat mayaku kerana coretanmu membuatkan diriku tersedar daripada lamunan hidup. Semoga dirimu tabah mengharungi segala ujian di dunia yang sementara ini. Semoga Allah menyatukan cinta kalian kembali di syurga Firdaus. Amin..