Sunday, March 20, 2011

TSUNAMI MENGINSAFKAN KITA

Kejadian Tsunami yang berlaku di Jepun pada 11 Mac lepas benar-benar mengusik kalbu. Betapa kita sebenarnya terlalu kerdil. Hidup kita ini sebenarnya dalam genggaman Allah s.w.t. Kita seharusnya sentiasa dekat kepada pencipta kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari ke atas diri kita. Harta, pangkat dan nyawa yang menjadi hak milik kita pada saat ini boleh ditarik oleh Allah s.w.t dalam sekelip mata dan bila-bila masa sahaja.

Kadangkala kita terleka dan terlupa akan dunia yang sudah terlalu tua. Pelbagai bencana yang pernah menimpa umat terdahulu kini terjadi di depan mata.  Ia adalah salah satu tanda kiamat kecil. Tsunami yang melanda Acheh dan Jepun dua peristiwa yang sama yang berlaku hanya selang 6 tahun sahaja. Letupan gunung berapi yang dasyat berlaku di Indonesia dan gempa bumi berlaku disana-sini amat menggerunkan. 

Sama-sama kita menginsafi kejadian yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Tiada guna kita bermegah-megah, menindas yang lemah, menghina sesama muslim, menjatuhkan sesama lawan kerana dunia sebenarnya milik Allah s.w.t yang mencipta alam ini. Dia yang berhak ke atas diri kita dan segala yang kita ada...

No comments: