Thursday, August 4, 2011

AL-FATIHAH BUAT MEREKA



Hari Jumaat lepas, 29 Julai 2011 seorang pelajar IKMKL iaitu Shahrul Azman telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan motosikal di Cheras. Manakala seorang lagi rakan yang membonceng bersamanya iaitu Khairul Azhar koma sebelum meninggal dunia semalam, 3 Ogos 2011. Kedua-dua mereka adalah pelajar Semester 3 dari kursus Mekanikal Pembuatan. Kehilangan mereka amat dirasai  oleh warga IKMKL terutama ketika semua umat islam menyambut kedatangan Ramadhan al-mubarak ini. Ucapan takziah dihulurkan kepada kedua-dua keluarga mangsa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya. 


Selaku tenaga pengajar di IKMKL, berita ini amat menyedihkan kepada pihak kami. Hampir setiap semester pelajar IKMKL terlibat dengan kemalangan. Ini kerana kebanyakan mereka menunggang motorsikal  dan terpaksa tinggal di luar memandangkan asrama tidak cukup menampung kapasiti semua pelajar. Boleh dikatakan hampir setiap tahun akan ada pelajar yang meninggal dunia akibat kemalangan. Statistik ini amat membimbangkan pihak kami. Semoga akan ada usaha daripada pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini agar kadar kemalangan dikalangan pelajar dapat dikurangkan. 





p/s- Al-Fatihah buat mereka. Semoga kematian yang berlaku disekeliling kita menginsafkan diri dan mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah s.w.t.

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Fifah

Al Fatihah

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

Azie Azman said...

Al-fatihah

Unknown said...

Rozali : selamat menyambut ramadhan al-mubarak..
Azie : amin!