Thursday, May 31, 2012

JAGALAH LIDAHMU

Jagalah lidahmu
Jangan mudah mengungkap kata
Tanpa dikira dosa pahala
Lupa segala ilmu didada
Hilang segala maruah dan agama

Jagalah lidahmu
Jangan mudah mencaci nista
Membuka segala keaibannya
Agar dirimu dipuja diangkat nama
Melangit bangga terpahat didada

Jagalah lidahmu
Jangan mudah menabur fitnah dan rekayasa
Menyungkur lawanmu hingga sesak dadanya
Lidahmu berzikir keburukannya
Hingga kau terlupa pekungmu didada ternganga

Kelak... suatu masa
Datang 5 pekara yang disangka tiada


Datang masa sakitmu sebelum kau bersedia
Beku lidahmu untuk berbicara bangga
Walhal ia sudah terpahat didada
Kekoknya lidahmu menyebut ayat-ayat suci dan maknanya
Kerana sebelum ini hanya fitnah dan caci nista menjadi makannnya

Datang waktu tuamu sebelum dikau tersedar
Kulitmu yang berkedut disangka masih segar bugar
Hidungmu disangka tinggi sudah lurut menyembah bumi
Nafasmu disangka kuat sudah semput menginjak usia

Datang sempitnya masamu tiada peluang mengelak diri
Matamu sudah rabun untuk mengaji
Hatimu sudah hitam dek kerana tidak dicuci
Amalanmu disangka menggunung hanya tinggal seinci
Terlupa akan balasan Tuhan yang mengirim amalanmu kepada yang dicaci

Tatkala itu sesalnya hidupmu sudah tidak berguna
Tiada lagi waktu untuk memperbaiki diri
Hilangnya kepetahan yang tinggal hanya kepelatan
Sempitnya masamu untuk menebus segala dosa
kering air matamu sudah tidak berguna
Walau siapa pun dirimu guru, ustazah, doktor, menteri atau segala
Kita sama sahaja dihadapan TuhanNya..

Waktu mati sentiasa menghampiri
Kita terlupa jarak antara hidup dan mati hanya sesaat cuma
Disangka segala doa dan taubat diterima
Terlupa bahawa fitnah yang dilempar suatu ketika
 tiada keampunan dari Allah s.w.t kecuali tuannya
Ratapan tangisan sendu yang tidak berguna sehingga
engkau melutut memohon seribu kekesalan kepada mangsa fitnah dan caci nista..





 nukilan rasa : Afifah Murni Bt Abd Aziz




No comments: