Thursday, August 30, 2012

Mood Selepas Raya

Bila cuti raya telah habis, maka semua orang terpaksa mula berkerja. Mood raye yang happy giles dan bahagia terpaksa di tukar menjadi mood kerja yang serius dan tegas... konon! Ia memang sukar. Lebih-lebih lagi bila suasana bertukar daripada kampung pulang ke KL... huhuhu!! rasenye memang kurang best apatah lagi mengenangkan poket yang sudah hampir kering ni...

err.... emmm... huhh!~ apa lagi nak tulis ni.. idea tetiba hilang bila terdengar member satu opis nih bukak lagu Kosong (Najwa Latif ).. Ohh!.. idea-idea please come babeh!..  Okey! tapi mode kembali pulih apabila gue terpaksa balik kampung -Yeayy!  menghantar 2 orang kanak2 tersayang tu ke rumah nenek mereka hujung minggu. Diorang dipaksa rela ditinggalkan di kampung dalam seminggu ni kerana gue terpaksa berkursus di Penang.. dan Encik Husband plak kena pegi out station ke Indonesia... (Baru jea nak ragging die jaga bebudak tu tapi tup-tup die plak yang kena pergi lagi jauh dari kite.. . tu la niat jahat sgt.. huhuuhu! ). So, malam ni kami gerak ke Terengganu.. sempat ler gue nak pekena sup kaki lembu air tangan Tok Ma... memang mebeles! Weekend ni jugak saye ingat nak try masak nasi arab - tak tahu la menjadi ke tak sebab tak penah buat.. hahaha... print resepi punya laa beria you! 

Okey la! Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog saya.. Mohon salah dan silap dari hujung tudung atau songkok sampai ke hujung selipar jepun tu tau.. Maklum ler kekadang blog ni ada info yang berguna dan kadang-kadang ader entry yang merapu-rapu...hehehe.. maapkan kite mak jemah yer!.. Saya juga cuba menambah baik blog ni supaya lebih menarik dan segar. Segala komen anda amatlah dihargai dan minta maaf sangat kalo tidak membalas komen anda.. tapi senarnye kite sukaa sangat bile ader orang komen.. rase macam glemes tau.. perasan!  Semoga anda semua tidak jemu @ mengantuk @ serik lagi mengunjungi blog kite.. sayang anda semua!! 


 Sorry! gambar blur sket..

Salam Sayang Dari kami semua,

Afifah Murni (fifahnazri), Mohd Nazri, Muhammad Aqil Luqman & Qaisara Azzahra