Monday, March 7, 2011

Aqil Demam

Sudah genap seminggu Aqil demam panas. Demamnya bermula pada Isnin lepas dengan suhu badan 37.8 darjah. Saya memberi ubat secara konsisten iaitu 2.5ml 4 kali sehari tetapi demam masih belum reda.

 Hari Khamis, saya sudah berkira-kira untuk membawa dia ke Azzahrah kerana  malam sebelumnya dia terbangun dan merengek-rengek. Ubat diberi lebih awal daripada jam yang sepatutnya memandangkan suhu badan beliau yang cepat naik. Dr. yang merawat Aqil pada hari tersebut memberitahu demamnya biasa kerana suhu badan 38.6 darjah. Ubat yang diberi 5ml sekali minum 3 kali sehari.


Tangan dimasukkan jarum suntikan.
"Shakit tangan !" sambil tunjuk tangan dia kat kami.




 Muka yang monyok firstday kat wad Azzahrah.


 
 Namun, demamnya masih belum baik. Tengahari Sabtu suhu badannya sudah mencecah 39.6 darjah. Kami bergegas ke Azzahrah, Bangi sekali lagi. Doktor pakar yang pernah merawatnya sebelum ini menyarankan agar beliau dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan. Ubat bontot diberi dan nurse memandikan dia untuk turunkan suhu. Antibiotik pula diberi melalui tiub air yang dipasang melalui tangan. Keadaannya semakin baik dan boleh bermain-main seperti biasa. Tetapi malam tu, suhu badan naik mencecah 39.6 darjah sekali lagi. Ubat bontot terpaksa diberi untuk kali kedua.. Hmm.. Kesian sungguh!.




Hari kedua, mata pun dah terkena effection sebab demam agak tinggi.
 Taknak sedut gas, kita letak kat mulut dia alihkan ke telinga buat macam handphone plak!.. hmm!


Semalam iaitu hari Ahad, suhu badan Aqil masih sama. Kebas disebabkan ubat dan hari ini kelihatan dia sangat penat  mungkin kesan ubat antibiotik yang kuat menyebabkan dia tertidur agak lama. Doa ibu dan abah agar Aqil cepat sembuh. Semoga diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk kembali sihat dan ceria.. Amin.




Hari ke-3, tidur dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh..
 Badan penat bertindakbalas dengan ubat. Kesian!

 
Isnin petang tu Dr. benarkan keluar wad. Badan masih lemah dan asyik merengek jea...kami berasa lega kerana dapat berehat di rumah. Alhamdulillah! hari Rabu dia mula kelihatan ceria, dah start bermain dan mula bercerita potpet-potpet..


Kalau kita tanya "Aqil nak pergi hospital lagi tak?"
Dia terus menjerit "Tak ndak gi oshpital!"
"Kenapa tak ndak?"
"Shakit kat tangan, Dr. buatlah!.. Alah!"Sambil menampar lengan kita.
Marah benor kalau sebut hospital ... uhuhuhu!!






Sekian!


1 comment: