8 Mar 2013
AMSTERDAM:
Bekas anggota Parti Kebebasan yang berhaluan kanan dan anti-Islam
Belanda, Encik Arnoud van Doorn (gambar), mengejutkan banyak pihak
apabila beliau mengumumkan memeluk Islam baru-baru ini.
Encik Van Doorn, yang juga kawan pemimpin parti itu, Encik Geert
Wilders, sebelum ini telah mengaku bahawa beliau telah keluar daripada
parti tersebut pada hujung 2011.
Menurut Encik Van Doorn, beliau mahu melakukan perubahan dengan
mengumumkan keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah
syahadah yang dimuat naik dalam laman Twitternya.
Encik Van Doorn turut mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa beliau sekarang memulakan kehidupan baru sebagai seorang Muslim.
Dalam wawancara bersama Al-Jazeera, Encik Van Doorn mengesahkan berita tersebut.
Menurut beliau, keputusannya memeluk Islam mendapat reaksi berbeza-beza di Belanda.
"Menurut segelintir orang, saya seorang pengkhianat tetapi ramai yang
lain berkata saya sebenarnya telah membuat satu keputusan bijak.
Rata-rata reaksi yang saya terima positif dan saya telah mendapat banyak
sokongan melalui Twitter," katanya
Menurut Encik Van Doorn, keputusan itu dibuat selepas beliau mendalami Islam tanpa paksaan.
"Sesiapa yang mengenali saya secara dekat boleh meneka keputusan
saya. Lebih setahun saya mendalami Islam melalui buku dan ceramah,"
katanya.
Pendirian anti-Islam partinya yang mendorong beliau menyelidik sendiri agama itu.
"Ramai terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu
mengenai pendirian anti-Islam saya. Kita semua pernah melakukan
kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebabnya
tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan
saya", katanya. - Agensi.
p/s - Masyaallah! Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja kerana sesungguhnya Allah s.w.t amat mengasihi hamba2Nya. Rugilah kita jika masih hanyut dalam kehidupan duniawi yang penuh dengan fatamorgana ini. Jomm!! sama2 mencari hidayah Allah s.w.t untuk penuhi iman dan taqwa di dada. Sedarkah kita, walaupun kita dilahirkan islam tidak semestinya kita menerima hidayah kerana hidayah itu perlu dicari dengan usaha dan tekad yang bersungguh-sungguh. Subhanallah!