Monday, May 21, 2012

PERGI SELAMANYA

6 May 2012 - tepat jam 8.20 malam, ayahanda suami yg tercinta Che Ahmed Bin Mat Yaacob pergi mengadap Ilahi buat selama-lamanya. Kami sekeluarga memang tidak menyangka akan kehilangan beliau secepat ini.  Beliau masih sihat, cergas bahkan sangat sibuk menjalankan segala tanggungjawab yg dipikul beliau. Namun takdir Allah melebihi segalanya. Tok Ayah Aqil dan Qaisara pergi mengadap Ilahi dengan begitu mendadak. Beliau rebah ketika menghadiri kenduri di Kg Alor Belanga dan terus meninggal di rumah tersebut. Kenyataan ini bagai merentap segala urat nadi kami. Percaya atau tidak kami terpaksa terima dan redha walau sudah kering air mata darah mengharapkan yang semua ini adalah mimpi ngeri semata-mata. 

Masih lagi terbayang kasih sayang beliau terhadap cucu-cucunya. Terutama dengan si Abang Aqil yang sangat rapat dengan arwah. Segala kehendak cucu dipenuhi. Apa sahaja yang dipinta oleh si kecil itu seperti mainan, pakaian dan pelbagai lagi akan terus dipenuhi. Bahkan beliaulah yang mengulit Si Abang Aqil setiap malam ketika si kecil itu berada di kampung. Baby Qaisara hanya sempat diasuh dalam 40hari sahaja ketika saya berpantang di rumah suami. Sangat sedih ketika teringat semua kenangan bersama beliau. Arwah juga seorang yang sangat penyayang dengan anak-anak. Tidak pernah sekali meninggi suara dengan ahli keluarga bahkan selalu tersenyum dan pendiam. Itu yang membuatkan hati saya sangat sebak dan sering tertanya kenapa dia pergi terlalu awal?.. 

Namun, kami terpaksa redha dan belajar menerima kenyataan yang terlalu pahit ini. Semua manusia pasti akan mati jua. Cepat atau lambat sahaja yang membezakan kita semua. Beliau pergi tidak meninggalkan harta tetapi segunung budi buat keluarga,sahabat handai dan orang kampung. Ramai yang datang bertemu dengan anak-anak arwah (suami dan adik-adik ipar) sebak kerana mengenangkan arwah banyak membantu terutama orang kampung yang miskin dan susah. Jasanya selain daripada menjadi penolong pegawai Risda, arwah juga seorang ketua JKK dan orang kuat dalam politik. Ya Allah Engkau tempatkanlah roh arwah dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Kami anak-anak amat merindui arwah dan selalu menitiskan air mata setiap kali solat dan begitu juga tatkala terimbau saat-saat arwah ada bersama. 

Lagu Maher Zain yang terbaru iaitu So Soon begitu menyentuh hati kami. Hayatilah :


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever
Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon
Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

Wednesday, May 2, 2012

MINAT BARU!

Setelah lama tidak membaca buku-buku motivasi yang menjadi kegilaan saya sebelum ini, aura untuk membaca buku semakin pudar. Ini kerana laman-laman blog yang beilmiah sangatlah bersepah-sepah menyebabkan saya berfikir mencari ilmu di internet adalah langkah bijak untuk menyelamatkan wang.. hehehe...

                                                    

Tetapi baru-baru ini, seorang kawan memperkenalkan buku thriller yang sangat hebat iaitu Fiksyen 302 karangan Ramlee Awang Murshid. Buku tersebut telah menyebabkan hidup saya tidak tentu arah kerana asyik berfikir sampai bermimpi ngeri mengenai ending nya. Pelbagai questions marks  muncul di benakku sehinggalah novel tersebut habis dibaca baru hidup ini kembali tenang. Pergh! memang dasyat sungguh penangan novel Fiksyen 302.

                                                                Ramlee Awang Murshid

Kemudian, kawan saya yang sememangnya HANTU Ramlee Awang Murshid itu memberi buku lain pulak iaitu Sutera Bidadari. Novel tersebut tersangatlah hebat dan penuh dengan fantasi yang akhirnya kembali kepada pencipta Allah s.w.t. Heronya ialah seorang Pahlawan yang digelar Laksamana Sunan adalah pendekar yang sangat hebat dalam kependekaran dan ilmu agama. Saya yakin kalaulah mat salleh  ambik novel tu jadikan filem konfem box office seantero dunia. Novel tu lagi best dan lebih hebat dari cerita Lord of The Ring..


Kesan daripada itu, kini ini saya menjadi pemburu karya Ramlee Awang Murshid. Err.. sanggup tu walaupun duitku habis. So,sempena pesta buku 2012 di PWTC yang sedang berlangsung ni, saya dengan rasminya telah memborong novel Ramlee Awang Murshid iaitu Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta dan Ungu Karmila. Novel Cinta Sang Ratu dah beli dah hari tu.. Target saya kali ni akan mengumpul semua Epik Lengkap Laksamana Sunan.(ish!2x tamak!.. tamak!..) Kalau  nak tahu lebih banyak mengenai novel Ramlee Awang Murshid ni klik jea kat SINI .


Aisey! ade satu lagi novel yang belum saya dapat iaitu Cinta Sufi. Trilogi Laksamana Sunan ini dah sampai penghujungnya iaitu Musafir Sunan. Novel ini akan menjengah di pasaran pertengahan Mei nanti... Tak sabar uhh!!!...  

Haa.. ini harganya kalau nak order melalui website : 
Epik Lengkap Laksamana Sunan (RM 155.00)              
[Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi. Sutera Bidadari & Sunan Musafir]



  
Akhir kata, alangkah indahnya kalau semua pemuda pemudi menjadikan Laksamana Sunan sebagai Idola. Dia adalah pahlawan yang sebenar. Gagah melawan musuh. Jiwanya kental mengharap redha Ilahi. Cintanya tulus kepada Allah. Dia Laksamana agung yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegak kalimah lailahaillah.







p/s - Macam nak borong semua novel tu... huk! huk! huk!

Monday, April 23, 2012

HARI YANG INDAH


Assalamualaikum..

Hari yang indah ini lebih indah jika dipenuhi hati dengan mengingati Allah s.w.t.Bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh kepada kita.  Nikmat kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, sahabat yang sefahaman, iman yang kuat, anak-anak yang sihat, rezeki yang melimpah-ruah, di beri keselamatan, perlindungan dan wahh! sangat banyak nikmat yang dikecapi pada saat ini sehingga lenguh jari ini menaip pun masih tak akan habis kan nikmat yang diberi Allah kepada kita?



So,let say together  
subhanallah, alhamdulillah, wa lailahaillah wa Allahu Akbar.. 10x




Sebagai seorang guru tak kira guru matematik atau apa sahaja, jom kita jadikan diri kita pendidik yang terbaik di sisi Allah. Dalam kita menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan, alangkah indahnya jika ia disertai dengan keikhlasan. Pasti ganjaran yang hebat disisi Allah sedang menanti.. Insyaallah!




Bagaimana caranya untuk mengikhlaskan diri kepada pencipta? 
1. Mengajar dengan sabar dan jangan marah-marah... heehehe.. (cakap senang, nak buat err susah jugak tuu..)
2. Buangkan segala sifat riak dan sombong yang terlintas dihati. Rendahkan diri dalam menyampai ilmu. Insyaallah ilmu yang disampai akan berkat walaupun setakat ilmu dunia.. (matematik la tuu.. )
3. Kaitkan ilmu yang disampai dengan pencipta.. ( alahh.. reka jea la aper2.. biar students tahu semua ilmu dan pengetahuan yang kita pelajari pada hari ini adalah ilmu Allah s.w.t)
4. Tolonglah pelajar yang lemah, jangan sekali-kali mereka dimaki atau dihina hanya kerana mereka lemah. Sebaliknya cuba kita puji usaha dia yang bersungguh-sungguh menjawab soalan walaupun hampir semua jawapannya salah.. isk3x!...key word : bantu.. bantu.. bantu...

5. Jangan sekali-kali mengaibkan pelajar, rakan atau sesiapa sahaja dengan mengumpat, menghina, mencerca dibelakang mereka. Sekalipun mereka tidak mengetahui, ingatlah Allah mengetahui akan tiap sesuatu.

6. Ingatlah kerja sebagai pendidik adalah pekerjaan yang terpuji jika dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan mengharap keredhaanNya. pahalanya akan berterusan sehingga kita menutup mata nanti.. Insyaallah!!




Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.. Salam sayang buat semua pendidik yang ikhlas diseluruh dunia.. Chewwah!!...

Thursday, April 19, 2012

PESANAN ROH



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.