Tuesday, May 24, 2011

DINNER BERSAMA KENALAN

Sudah lama En. Hubby berhajat ingin belanja kenalannya ini. Namun, selalu kesuntukan masa sehinggalah minggu lepas barulah kami berpeluang untuk dinner bersama-sama.. Memang seronok dinner bersama mereka, tambah-tambah pula melayan celoteh anak-anak mereka yang kelakar. 



Inilah keluarga kenalan kami iaitu Yasser, isterinya dan anak-anak mereka. ( Ops ! tudung pink itu ialah saya.) Mereka ini berasal dari Khourtum, Sudan. Yasser adalah pelajar PHD di UKM dan menjadi pensyarah sambilan di UNITEN. Manakala isterinya adalah Profesor Madya di KLIUC. Mereka sebenarnya menguruskan ramai pelajar foreigner yang ingin menyewa rumah kami di Kajang. Jadi kami banyak terhutang budi dengan sikap baik dan amanah mereka.



Antara menu yang ditempah ialah nasi biryani  kambing di sebuah restoran Arab, Putrajaya. 
En. Hubby cakap memang terbaek punye!!.. hahaha..




Dari kiri sekali itu ialah Fathi anaknya yang bongsu. Dia cakap Malaysia tak best sebab takde video game..  ahaha... Sebenarnya mereka hanya dibenarkan bermain video game hanya di hujung minggu sahaja. Kalau balik ke Sudan tu baru boleh bermain video game sepuas hati.. Okeylah itu sahaja coretan untuk kali ini. Harap berpeluang untuk berjumpa di lain kali. 



Thursday, May 19, 2011

LADANG PUYUH

Amali sembelihan merupakan salah satu program pendedahan cara sembelihan yang betul kepada para pelajar. Pada hari Sabtu lepas, unit PPI IKMKL telah menganjurkan program amali sembelihan di ladang puyuh milik bapa mertua Ustaz Syahir di Kundur, Negeri Sembilan. Seramai 24 orang peserta dan 7 orang guru terlibat sepanjang program tersebut. Jom kita saksikan aktiviti yang telah dijalankan disana. 



Para guru bersama anak masing-masing. 
Sebelah kiri sekali ialah ibu Ustazah Hanis. 


Para pelajar yang bersedia untuk bertolak.
 Namun terpaksa menunggu beberapa orang 
pelajar lain lagi yang masih belum sampai.



Ustazah Akma yang ceria bersama si kecil Amin.



Aqil yang sangat excited menaiki bas. 
Tengoklah matanya tak berkedip melihat keluar.. haha..



Para pelajar khusyuk mendengar taklimat sembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Syahir.





Antara calon-calon yang akan mengucap 2 kalimah syahadah..




Aqil memang teruja benor melihat puyuh.




Saya, Ustazah Hanis dan Puan Nor Rudziah dan anak-anak bergambar kenang-kenangan.. 



Para peserta yang bersiap sedia untuk melakukan amali sembelihan.. 



Anak-anak yang excited cuba memegang puyuh.. 



Arham si kecil berbaju merah tu khusyuk melihat puyuh yang 
sedang disembelih oleh pelajar sambil dibantu oleh Ustaz Nabigh.



Okey! Bismillahi rahmanirrahim... 
Pastikan rusuk kiri puyuh mengadap kiblat dan mulakan dengan selawat.



Pegang leher elok-elok dan cari urat yang perlu dipotong.. 
jangan sampai putus kepala yea!



Aqil dan Arham sibuk bermain sementara 
menunggu para pelajar melakukan penyembelihan.



Puyuh kemudiannya dilapah kulit dan dibersihkan.




Haa.. Nyum! Nyum!.. inilah saat yang ditunggu.. 



Taadaaaa.......... wah! sedapnye! 


Itu sahaja gambar yang sempat dirakam. Gambar ketika menjamu menjamu selera tidak sempat dirakam kerana perut dah mula berkeroncong. Haha...Selepas usai menjamu selera kami mula bersiap sedia untuk berangkat pulang. Hmm.. pengalaman melaksanakan program ini memang seronok walaupun ia agak meletihkan. Harapannya agar semua peserta dapat mencapai objektif program iaitu melakukan ibadah sembelihan dengan  lebih sempurna selepas ini. Semoga semester akan datang saya berpeluang untuk membantu unit PPI lagi. Insyaallah!!


Tuesday, May 17, 2011

BUAYA DARAT

Pernah dengar buaya darat? Buaya darat ialah lelaki yang sengaja mempermainkan perasaan  si gadis. Golongan gadis yang masih muda remaja remaja perlu berhati-hati dengan golongan sebegini. Kebanyakan daripada mereka pernah mempunyai kekasih hati yang ramai. Mungkin tidak pelik jika golongan ini selepas kahwin pun masih cuba mengintai-ngintai peluang untuk menduakan isterinya. Pelbagai helah dicipta untuk meyakinkan si gadis agar mempercayai janji manis atau kisah-kisah sedih yang sengaja direka oleh si buaya darat.





Kadangkala kita memang tidak dapat mengecam atau mengandai bahawa si dia adalah buaya darat. Oleh itu penting bagi kita untuk menyiasat siapa gerangan si dia dan kenapa dia begitu teruja untuk mendekati kita. Terutama si gadis yang mempunyai masalah di tempat kerja, masalah dengan kekasih atau sebagainya mulalah si buaya darat menunjuk kemachoan diri. Mereka tidak segan silu memuji diri sendiri dengan mengatakan memilih dirinya adalah yang terbaik.. haha.. Kepada si gadis yang pernah mengalami situasi terjerat dengan buaya darat cepat-cepatlah buat solat hajat agar Allah memberikan petunjuk siapa yang terbaik buat kita sebenarnya.



Penangan buaya darat ini sangatlah teruk kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai hubungan sosial yang baik dengan masyarakat. Tidak hairanlah si gadis akan ditimpa plebagai fitnah apabila menolak cinta si buaya darat tadi memandang dia seorang yang dihormati dalam masyarakat. Namun si gadis janganlah terlalu sedih kerana apa yang berlaku ada hikmahnya. Yakinlah setiap lelaki yang buruk hanya layak untuk perempuan yang buruk sahaja. Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik sahaja. Apa yang berlaku jadikanlah sempadan di dalam hidup. Seperti pepatah inggeris menyatakan "what goes around comes around". Apa yang dibuat pasti akan menimpa diri atau keluarganya suatu ketika nanti. Nauzubillahi min zalik.




p/s - bersyukurlah kerana anda tidak memilih crocodile man sebagai pasangan hidup anda!!.. haha.. 

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Sempena 16 Mei 2011 ini, teringat kenangan guru-guru yang banyak berjasa. Terutama guru yang menjadi idola dan menyumbang banyak inspirasi kepada saya. Matematik menjadi subjek kegemaran dalam hidup saya. Kenapa yea? sebabnya ada 3 orang guru yang menjadi sumber inspirasi dalam hidup saya. 



Guru yang pertama menjadi sumber inspirasi saya ialah Cikgu Mat Latif. Guru ini mengajar kelas tahun 6 di SK Alor Keladi pada tahun 1994. Beliau seorang yang famous di kalangan pelajar di sekolah Kebangsaan Alor Keladi. Cara penyampaiannya yang sungguh kelakar dan mencuit hati sangat menarik minat ramai pelajar untuk mendapat skor A dalam UPSR. Dialah pencetus minat  saya yang mendalam terhadap matematik. Sehinggakan pada ketika itu saya bercita-cita untuk mengambil ijazah dalam bidang Matematik walaupun  saya tidak pasti samada course matematik ada atau tidak di universiti. Haha..  




Manakala semasa saya di tingkatan 5, saya turut berpeluang untuk belajar dengan guru matematik yang hebat. Guru tersebut ialah Cikgu Aziz yang membuka pusat tuisyen di Bandar Jerteh. Cara pengajaran beliau yang santai dan kelakar menarik minat ramai pelajar. Subjek matematik tambahan yang susah menjadi amat mudah hasil didikan beliau.  Ramai pelajar yang biasa-biasa mendapat keputusan yang 'luar biasa' di bawah didikan beliau. Sehinggakan pelajar yang lemah pun boleh mendapat markah tinggi hasil pendekatan beliau yang mesra pelajar. Sesungguhnya jasanya tidak dapat dilupakan.



Kemudian saya menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Semasa menuntut di sana Cik Harlina menjadi sumber inspirasi kepada saya dan ramai pelajar. Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat belajar di kelas beliau. Masih saya ingat, di akhir semester Cik Harlina akan membuat kelas tambahan untuk subjek yang di ajar.Ketika itulah dewan yang memuatkan hampir 100 lebih pelajar penuh. Sampai ramai yang duduk di atas tangga semata-mata untuk mengikuti kelas beliau. Sikap beliau yang ramah dan mengenali kebanyakan daripada kami membuatkan kami berasa selesa dengan beliau. Caranya yang suka membuat lawak dan menghormati para pelajar menarik perhatian kami. Ramai pelajar yang mendapat  keputusan yang cemerlang di bawah bimbingan beliau. 

 

Sampai ke hari ini, mereka adalah sumber inspirasi saya untuk berjaya. Kerana merekalah saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk semua subjek matematik. Kerana mereka jugalah saya begitu berminat terhadap bidang matematik ini. Akhirnya kini, saya berjaya merangkul ijazah sarjanamuda sains (Matematik). Alhamdulillah! Terima kasih tidak terhingga kepada mereka semua. Tanpa anda semua siapalah saya pada hari ini. 

Thursday, May 12, 2011

RAHSIA PREMIUM BEAUTIFUL

“Premium Beautiful” merupakan pakaian dalam wanita yang terdiri daripada coli panjang, bengkung pinggang dan seluar dalam panjang.  Set ini juga digunakan untuk membentuk kontur keseluruhan badan supaya nampak  menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Teknologi pembuatan “Premium Beautiful” amat mengagumkan kerana gabungan pakar-pakar perubatan Jerman, Jepun, China dan USA.  Mereka telah menghasilkan fabrik yang berteknologi tinggi dan canggih yang dipanggil Akwatek dan Akwadyne.  Ianya juga telah ditenun sulam bersama-sama Sinar Infra Merah Jarak Jauh atau "Far Infra Red" (F.I.R).




16 Keistimewaan Sinar Infra Merah Jarak Jauh (F.I.R)
  • Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh
  • Meningkatkan kadar metabolisma
  • Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
  • Mengelakkan pertumbuhan bakteria
  • Mengeluarkan peluh asid
  • Menggalakkan tumbesaran lebih teratur
  • Mengekalkan kesegaran badan
  • Mengurangkan kandungan asid dalam darah
  • Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit
  • Tidur dengan lebih nyenyak
  • Menghilangkan bau badan
  • Membantu menghilangkan kulat dan fungus
  • Membantu membersihkan udara dalam badan
  • Mengekalkan kepanasan suhu badan
  • Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik
  • Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan


Akwatek dan Akwadine unik

  • Pencetus penyerapan yang baik dan mengalih kelembapan (air, bau, wap)

  • Berubah mengikut keadaan iklim dan cuaca

  • Penyejukan semulajadi dalam cuaca panas

  • Memanaskan badan dengan selesa semasa cuaca sejuk

  • Kuasa penyerapan toksid keluar dari tubuh badan



Kelebihan kualiti kain “Premium Beautiful”

  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisma.

  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

  • Kuasa regangan ke semua hala, dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah rekabentuk asalnya.

  • Sinar infra merah jauh (Far Infra Red) yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan pertumbuhan buah dada.

  • Penyerapan toksid dan asid terbukti apabila kita membalutkan buah yang masam atau rokok dalam tempoh 20 minit, maka buah tersebut akan menjadi kurang masam dan rokok pula akan menjadi tawar.

Wednesday, May 11, 2011

TAJ MAHAL MENGGAMIT RINDU

Ramai yang tahu Taj Mahal merupakan salah satu di antara 7 benda ajaib di dunia. Taj Mahal telah  dibina oleh Sultan Shah Jahan pada tahun 1631 sebagai lambang cinta kepada isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia setelah melahirkan anaknya yang ke-14. Ini bermakna Taj Mahal telah berusia 380 tahun. 



Pemandangan Taj Mahal pada waktu tengahari .


Taj mahal  dibina daripada batu marmar asli. Pada waktu pagi Taj Mahal memancarkan warna pink yang memukau pandangan. Manakala waktu tengahari ia memantulkan warna putih bak mutiara. Begitu juga pada waktu petang ia berubah menjadi kemerah-merahan. Kemudian malamnya cahaya biru terpancar apabila disirami cahaya bulan yang terang. Wah! memang sepatutnya Taj Mahal di gelar 7 benda ajaib di dunia.



Bentuknya adalah bersimetri melambangkan senibina islam.


 Taj Mahal dibina mengikut senibina islam.Di dalamnya dihiasi dengan ayat-ayat al-quran yang sungguh indah. Selain itu ia juga dihiasi dengan 43 jenis batu permata yang dibawa dari seluruh pelusuk dunia. Antara batu permata yang menghiasi Taj Mahal ialah berlian, jed, kristal, topaz dan nilam. Pembinaan manumen ini telah mengambil masa selama 22 tahun. 




Pemandangan ini mungkin pada waktu pagi.


Betapa hebatnya kerajaan Islam Moghul memerintah India suatu ketika dahulu. Ia bermula pada tahun 1482 dan jatuh pada tahun 1858. Hampir selama 376 tahun empayar islam ini memerintah India yang turut meliputi Pakistan. Empayar ini juga terkenal dengan kemewahan emas dan batu permata. Subhanallah! 



p/s - semoga Allah murahkan rezeki untuk menjejak kaki ke sana suatu masa nanti. Amin.


Sila lawati blog saudara ini yang telah melawat ke Taj Mahal : klik sini

Monday, May 9, 2011

KELEBIHAN BIO AURA


Menurut laporan WHO mengenai air minuman seisi rumah, didapati 1.6 juta kes kematian diarea yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan air minuman yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak bersih.Maka, memilih sebuah penapis yang berkesan adalah sangat penting.





Bagaimana menentukan keberkesanannya?

Dapatkan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan di bawah:Air minuman yang disalurkan keluar dari paip air rumah saya kerap tercemar.


Adakah Bio Aura dapat mengatasi masalah ini?

Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;Unsur-unsur mineral yang seimbang;Nilai pH cenderung kepada alkali;Molekul-molekul yang kecil.




Bolehkah penapis biasa mengatasi masalah seperti yang dinyatakan di atas?

Penapis-penapis di pasaran dapat menapis keladak pejal dan membasmi mikroorganisma. Akan tetapi, ia tidak dapat mengekalkan unsur-unsur mineral yang baik untuk badan. Selain itu, nilai pH air yang ditapis oleh penapis biasa adalah lebih kurang 6 dan berasid, padahal badan manusia memerlukan air yang bernilai pH 7~ 8, beralkali.


Apakah kelebihan air Bio Aura?

Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.


Adakah penting untuk mengekalkan unsur- unsur mineral?

Mineral (seperti kalsium, magnesium, selenium dan sebagainya) adalah salah satu unsur penting dalam badan manusia. Sebagai contoh, magnesium yang larut dalam air berperanan penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit jantung. Kenyataan ini telah diakui oleh saintis. Oleh itu.



Mengapa kita perlu meminum air yang beralkali?

Susuk badan yang bersifat neutral atau beralkali adalah paling baik untuk sel-sel, kerana dapat membantu dalam metabolisme badan, menyingkirkan bahan yang belum dihadam dan toksin, meringankan beban organ-organ dalaman dan Sebaliknya, susuk badan yang bersifat asid membebankan ginjal dan hati, mudah berlakunya penyakit tamadun serta berasa letih, tidak sabar, gemuk, tertekan, tidak cukup tidur dan mengalami penuaan sebelum usia.




Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?

Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:Penghadaman;Menyingkirkan bahan buangan;Melicinkan sendi-sendi;Mengimbangkan suhu badan;Mengekalkan fungsi-fungsi sel;Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.



Adakah unsur-unsur berguna air Bio Aura akan terjejas jika ia dididih atau disejukbekukan?


Tidak, air Bio Aura mempunyai molekul-molekul kecil yang terusun rapat dan stabil. Maka, unsur-unsur berguna Sebenarnya, Bio Aura telah menyingkirkan bahan-bahan yang berbahaya dan mengekalkan unsur-unsur berguna, maka ia boleh terus diminum tanpa dididih.



Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?

Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.



Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?

Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan. Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.



Maklumat lanjut boleh menghubungi saya di talian 017-2404006 (Pn. Fifah Murni)

Sunday, May 8, 2011

KELEBIHAN PREMIUM BEAUTIFUL

Entry ini khas buat Pn. Lina dari Johor Bharu 
dan juga kepada semua pembaca blog 
yang ingin mengetahui kelebihan corset Premium Beautiful
 berbanding corset biasa.


Ramai yang telah menyedari Premium Beautiful
 mempunyai kelebihan berbanding korset biasa.
Diantara kesan yang akan diperolehi
 dari pemakaian PB ini ialah:



1. Mengecutkan lump.


2) Mengurangkan selulit berlebihan.

3) Menghilangkan strecth mark pregnancy.


4) Melegakan sakit tulang belakang.


5) Mengempiskan perut yang buncit.


6) Mengecilkan pinggul yang lebar.
   
7) Memulihkan fibroid.



Bukan sahaja Premium Beautiful bagus untuk wanita,
 but also good for ibu yang menyusukan anaknya. 


1) Cup yang berbentuk piramid dapat membantu payudara agar tidak jatuh, puting payudara akan berada di dalam keadaan yang betul. Ianya mengelak berlakunya kanser payudara di mana di bahagian cup mengandungi chitosan.


2) Bra Premium Beautiful dapat membantu menambah susu ibu. Bagi ibu yang kurang susu untuk menyusukan bayi, pemakaian yang berterusan akan menggalak pengeluaran susu.



3) Girdle Premium Beautiful dapat membantu menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut serta menghilangkan kesan rekanan pada kulit bagi ibu-ibu selepas bersalin.


4) Bengkung Premium Beautiful juga serbaguna iaitu ianya bukan sahaja dipakai oleh ibu, malah bayi yang baru lahir juga boleh dipakaikan bengkung jika demam kuning, dengan cara membalut badan bayi.


5) Premium Beautiful sesuai sekali untuk membaikpulih semua badan setelah melahirkan anak.


Premium Beautiful juga mampu memulihkan sakit-sakit berikut:


1) Buasir

2) Sakit Tulang belakang

3) Slip disc
4) Cancer
5) Gastric
6) Asthma
7) Constipation
8) Sakit pundi kencing
9) Radang Usus & Perut
10) Fibroid
11) Breast Lump
12) Hepatatis


Ukuran badan yang diperlukan untuk mendapatkan
 saiz yang sesuai adalah seperti berikut :



1. saiz ukur lilit dada.

2. Saiz ukur lilit puncak payudara.

3. Ukur lilit pinggang.

4. Ukur lilit pinggul.




p/s - untuk khidmat nasihat sila hubungi Fifah Murni di talian : 017-2404006

Friday, May 6, 2011

HELICONIA YANG CANTIK

Saya seorang penggemar tumbuh-tumbuhan terutama tanaman hiasan. Semasa berkunjung ke Deerland, Lanchang baru-baru ini ada terdapat beberapa jenis Heliconia yang ditanam disitu sebagai hiasan. Heliconia ialah salah satu tumbuhan yang menjadi kegilaan saya. Sungguh cantik dan unik!! Jom saksikan beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh saya mengenai tumbuhan tersebut.


Ni namanya Heliconia Sexy pink!

Seksi ke?.. ahaha.. 
.  




Ni plak namenye Heliconia Kawauchi... 


Cantikkan??



Mungkin spesis yang sama dengan Kawauchi jugak.. 





Spesis ni biasa kite jumpakan namanya Heliconia Rostrata.. 



Gambar yang sempat lagi menyibuk ni ialah pokok pudina... 




Last sekali ini ialah pokok pujaan para suami - tongkat Ali..
hahaha...