Friday, March 14, 2014

2014

Tahun baru menjengah. Alhamdulillah! masih diberi umur yang panjang untuk bernafas di bumi Allah s.w.t. Tahun ini terasa masa begitu pantas berlalu. Sedar-sedar sudah masuk pertengahan Mac 2014. Namun blog Aksara Motivasi masih sunyi dari sebarang coretan atau artikel-artikel yang sering ditampal di sini. Saya bukanlah seorang yang pandai menulis. Namun melalui blog saya cuba berkongsi cerita atau bahan-bahan yang bermanfaat kepada semua. Kadang-kadang ia diselitkan dengan coretan diari kehidupan. Sebenarnya saya jadikan blog saya ini sebagai store menyimpan artikel-artikel yang bermotivasi sebagai rujukan peribadi. Di samping itu ia juga mungkin boleh membantu sahabat-sahabat diluar sana mencari rujukan.




September 2013 saya telah mendaftar sebagai pelajar MBA Enterpreneurship di UNIKL di bawah tajaan MARA. Alhamdulillah! doa saya bertahun-tahun untuk sambung belajar termakbul. Ia perancangan Allah s.w.t . Sebenarnya saya tidak menduga akan menyambung dalam bidang Business tapi entah mengapa hati tergerak untuk memohon dan akhirnya diterima. Terima kasih juga kepada pihak MARA yang memberi peluang keemasan kepada saya yang kerdil ini. Ia perjalanan yang mencabar  kerana saya langsung  tiada basic dalam bisnes dan perakaunan. Semenjak sekolah menengah saya belajar aliran sains tulen dan tiada basic akaun tiba-tiba terpaksa belajar bisnes dan akaun.Huh! Agak berpeluh juga dibuatnya. Apa pun saya berdoa semoga dipermudahkan Allah s.w.t



Tahun 2014 menuntut pelbagai pengorbanan dan komitmen dalam hidup saya. Saya perlu bijak bahagikan masa antara tugas seorang pengajar di IKM, seorang ibu dan isteri, seorang pelajar di UNIKL ,seorang usahawan online dan seorang hamba yang hina disisi Nya. Hanya satu doa saya. Semoga dipermudahkan segala urusan, tugasan, tanggungjawab dan amanah agar dapat dilaksana dengan sempurna pada pandangan Allah s.w.t. Saya berdoa, berdoa dan terus berdoa selalu. Amin.



2014 semoga membawa berita gembira, bahagia dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, dipelajari dan dikejari. Semoga Allah s.w.t memberi pertolonganNya kepada hambaNya yang lemah ini. 








7 Mac 2014 Dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370. Ia menyentap hati dan sanubari saya sebagai rakyat Malaysia. Setiap minit saya menunggu kalau-kalau ada berita mengenai penemuannya. Namun sudah masuk hari ke-7 masih belum ada harapan untuk menemuinya. Saya berdoa dan terus berdoa kepada Allah s.w.t agar diberi pertolongan kepada para penyelamat. Walaupun tiada saudara-mara terlibat namun ia terasa dekat dihati bilamana ia berlaku di negara sendiri. Masya Allah! Allahu Akbar!





Marilah sama-sama kita bersolat hajat semoga dapat ditemui pesawat MH370 dan para penumpang dengan selamat. Bagunlah bertahajjud mohonlah kepadaNya agar dipermudahkan Allah s.w.t dalam usaha menyelamat. Bayangkan jika kita ditimpa musibah alangkah tersentuhnya hati bila sahabat bersolat dan berdoa untuk kita. Betul tak?