Friday, April 26, 2013

Kedai Handbag Online

Assalamualaikum.. Wah! rindunya kepada blog Aksara Motivasi setelah sekian lama tidak meng update sebarang artikel. Walaupun tak pasti ramai tak pembaca yang sudi singgah di blog ini.. hehee.. Apapun sebenarnya saya sangatlah sibuk menguruskan perniagaan handbag secara online di dalam facebook, blog dan website. Sehinggakan saya kesuntukan masa untuk berkongsi sebarang artikel motivasi, diari diri atau apa-apa bahan yang menarik buat tatapan semua pembaca yang tersayang. 


 
Alhamdulillah! setelah menghadiri pelbagai kursus dan seminar perniagaan online di sekitar Kuala Lumpur pendapatan sampingan telah meningkat dan mencapai target yang diharapkan. Namun begitu masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan dipertingkatkan lagi. Semalam saya juga telah meng upgrade blog kedai Indah yang telah lama bersawang.. heheee. Sebelum ini saya hanya fokus kepada facebook semata-mata. Sedangkan blog juga mampu membantu mengembangkan perniagaan Kedai Indah dengan lebih baik.


Cantik tak? hehee...



So, kepada anda yang ingin  mengetahui perkembangan bisnes handbag secara online jemputlah singgah ke blog KEDAI INDAH kami. Semoga usaha ini diberi kekuatan dan keberkatan oleh Allah s.w.t. Anda juga dijemput LIKE us at Fanpage KEDAI INDAH untuk mengetahui stok handbag yang terbaru dari kami okey!
 
Sekian dahulu untuk kali ini. Mohon doa anda semua untuk kejayaan KEDAI INDAH. Terima kasih. Salam sayang dari Fifah Nazri.

Wednesday, April 10, 2013

SAHABAT


Sahabat pada saya seorang yang sangat saya hormati , sayangi dan tentunya saya merindui.. Chewah! Macam kekasih plakkan.? Tapi sahabat yang saya maksudkan itu tentunya seorang perempuan yang bersama-sama berkongsi suka dan duka dalam meniti perjalanan hidup ini.


Hampir 31 tahun bernafas di bumi Allah ini saya telah bertemu dan mengenali pelbagai ragam sahabat.  Alhamdulillah! Saya mempunyai ramai kawan yang bergelar sahabat. Sahabat saya yang dikenali ada dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, ukm dan ditempat kerja. Alhamdulillah! masih berhubung dan bertanya khabar sehingga kini. 

Sahabat yang sejati susah dicari dan apabila di temui ia bermakna di hati. Sahabat dan kawan tentunya dua istilah berbeza bagi saya. Sahabat tempat kita berkongsi cerita hati namun kawan mungkin sekadar hai-hai dan bye-bye sahaja. 

Sahabat yang sejati  sahabat yang menerima kita seadanya. Menasihatkan kita secara baik dan tentu sekali akan memberi sokogan disaat kita dijatuhkan. Berkongsi saat-saat susah bersama dan rela berkorban apa saja untuk kita. Sahabat juga orang yang benar-benar ikhlas menolong kita disaat kita bersedih hati, susah dan tersepit tanpa mengira balasan. Begitu juga sebaliknya kita juga pasti akan menolongnya dalam keadaan susah dan senang, suka dan duka dalam mengharungi liku hidup yang penuh pancaroba ini. Jauh sekali bersikap talam dua  muka, baik di depan tetapi mengata dan menikam di belakang.

Sahabat tentunya akan berdiam diri jika ada sesuatu yang berselingkuh. Berusaha sedaya upaya untuk menjaga hati, maruah dan perasaan sahabatnya. Bukan menghentam kita di depan orang lain dengan melabelkan kita sesuka hatinya di saat dia tidak bersetuju dengan kita. Jauh sekali melabelkan kita orang yang tidak boleh dipercayai, bodoh sombong dan sebagainya. Sahabat juga pastinya orang yang banyak bersabar, memaafkan dan tidak berkira dengan kita. Apa lagi menyebarkan rahsia dan membuka aib kita semata-mata untuk meraih simpati dari orang lain. Nauzubillah!

Seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim).



Akhak sahabat tentunya menjadi ikutan dan dambaan kita. Sahabat beriman dan bertaqwa itulah sahabat yang sebenar. Bukan sahabat yang suka mengata, mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain. Sahabat yang  sejati akan mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. Ada satu hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Percayalah jika kita bersahabat dengan orang yang berakhlak buruk contohnya luarannya nampak baik tapi mulutnya suka mencaci dan mengata orang lain, pastinya suatu ketika nanti dia juga akan mengata anda dibelakang. Tidakkah kita kecewa orang selama ini kita anggap baik rupanya membuat cerita dibelakang kita? Sebab itulah pentingnya kita memilih sahabat yang benar-benar ikhlas dan jujur. 

Ramai orang yang menjadikan sabahat sebagai idola mereka semata-mata kelancangan lidahnya. Mereka berpuak-puak dan masing-masing memperkatakan kehebatan diri sendiri. Pada mereka orang lain lebih rendah dan hina berbanding mereka. Masya Allah! Inikah dikatakan sahabat yang boleh menjadi contoh dan tauladan yang baik?  

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

alam kitab al-Hikam ada menyebut, Sufyan Astsaury berkata,“Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

“Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Semoga kita memilih sahabat yang sebenar dan boleh membimbing kita ke jalan Allah. Ini kerana sahabat yang sejati ibarat sebutir mutiara yang berharga. Semoga ukhwah yang terjalin sesama sahabat  akan berkekalan hingga ke syurga. Insyaallah!Terima kasih buat semua yang bergelar sahabat. Sesungguhnya anda adalah perhiasan dunia yang tiada tandingannya.