Friday, November 8, 2013

Sejarah Besut

Masa balik kampung baru-baru ni saya terpandang perkuburan lama di Kg. Raja. Sebenarnya saya hanya kebetulan lalu situ dan teringat kubur arwah datuk yang berada si situ. Sekali terperasan ada perkuburan lama seperti kubur pembesar. Terus jea otak ni duk terpikir-pikir siapa pembesar yang memerintah Besut suatu ketika dulu. Jom baca cerita yang saya google dari internet. 

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji. Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut.

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung.[perlu rujukan] Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.


Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang Pangan. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama Besut jadi dipercayai nama Besut adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

Add captionRumah ini sebelum ini mengikut dari penceritaan penduduk Kampung Raja, Besut adalah dimiliki oleh  seorang bekas Hakim Daerah iaitu En. Wan Mohd Hakim. Kemunkinan bangunan ini telah dibina sebelum perang dunia yang kedua dan ia adalah lambang kepada kekayaan seseorang pada masa tersebut. Rekabentuk bangunan ini melihatkan terdapatnya anjung di bahagian depan rumah dan pintu masuk bagi bangunan ini adala di kedua-dua belah arah anjung tersebut.

Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.
Menurut Misbaha dalam buku Detik-detik Sejarah Terengganu, raja Sang Nyana yang membuka Besut menyerahkan pula Besut kepada seorang lagi ketua masyarakat orang Asli bernama Pak Wong. Waktu Pak Wong menjadi ketua orang Asli di Besut inilah sekumpulan orang Melayu dari Palembang yang diketuai oleh Wan datang ke Besut.
Pertanyaan: Siapakah pemilik rumah ini. Jika dilihat bangunan ini mempunyai 6 buah bumbung dan tidak mempunyai sebarang sempadan. Lokasi rumah ini adalah di Kampung Raja, Besut. Terletak mengadap sebuah masjid dan tidak berapa jauh dari sebuah sekolah dan juga tidak jauh dari rumah tinggal yang diwarnakan dengan cat kuning.

Wan memujuk Pak Wong supaya berpindah ke tempat kain kerana Besut hendak dijadikan sebuah perkampungan bagi masyarakat Melayu dari Palembang itu. Mereka bercita-cita hendak membuat kawasan sawah padi dan juga sebuah pelabuhan untuk persinggahan nelayan-nelayan yang menggunakan sungai Besut dan Laut China Selatan.Pak Wong akhirnya bersetuju untuk berpindah jauh ke darat iaitu ke arah hulu Sungai Besut. Kononnya puak-puak orang Asli yang masih ada di hulu sungai Besut sekarang ini adalah berasal daripada keturunan Pak Wong.

Ketua masyarakat orang Melayu Palembang yang dipanggil Wan itu lalu menamakan tempat tersebut sebagai Palembang, sempena nama tempat asal mereka di selatan Pulau Sumatera. Namun nama Besut masih juga kekal. Nama Palembang digunakan di sekitar tapak rumah ketua masyarakat Melayu Palembang sahaja dan di situlah didirikan kota juga istana sebagai pusat pemerintahan seluruh Besut. Ini berlaku kira-kira pada pertengahan abad ke-19.

Tidak lama selepas Wan membuka Palembang dan Besut, lanun-lanun dari laut Selat Melaka mula mengganas. Mereka mula mengganas dan menyerang Palembang. Banyak harta benda yang dirampas. Oleh itu Wan terpaksa meminta bantuan daripada Sultan Mansur Syah Pertama (1733-1793).

Sultan Mansur Syah telah menghantar angkatan tenteranya yang dikepalai oleh putera baginda, Tengku Abdul Kadir, untuk memusnahkan kegiatan lanun tersebut. Akhirnya putera Sultan Mansur Syah itu dilantik menjadi pemerintah di Besut menggantikan ketua masyarakat Melayu Palembang iaitu Wan Namat.

Tengku Abdul Kadir adalah dianggap pemerintah Besut pertama yang bergelar Raja Palembang Pertama. Ini berlaku pada kira-kira pertengahan abad ke-19, manakala Wan Namat pula dilantik menjadi seorang pembesar Besut.
Tengku Abdul Kadir lalu mendirikan pusat pemerintahan di sebuah kawasan yang hampir dengan tebing kiri mudik sungai Besut dan tempat itu disebut Kampung Raja. Manakala kota Palembang yang sedikit jauh dari Kampung raja menjadi tempat tinggal Wan Namat.

Selepas kemangkatan Tengku Abdul Kadir, putera baginda yang bernama Tengku Ali dilantik menjadi Raja Palembang (Raja Besut) ke-2 (1861-1876). Tengku Ali cuba memisahkan Besut daripada pemerintahan Terengganu yang ketika itu diperintah oleh Sultan Umar (1838-1876). Sultan Umar lalu menghantar angkatan tenteranya yang berjumlah 8,000 orang untuk menyerang Besut.
Masjid yang dibina pada tahun 1890 ini berada di depan Rumah Raja Tengku Anjang Zahab. Ianya siap dengan kawasan kubur bagi menempatkan pusara kaum kerabat diraja.

Setelah dibedil dari laut dengan begitu hebat, orang-orang Tengku Ali terpaksa menyerah kalah dan Tengku Ali sempat melarikan diri ke Kelantan dan meninggal di sana. Sultan Umar lalu melantik Tengku Ngah sebagai pemangku raja pemerintah Besut. Namun tidak lama kemudian Besut diserah semula kepada pemerintah Tengku Cik Haji iaitu putera Tengku Abdul Kadir.Namun tidak lama kemudian Besut diletakkan di bawah pemerintahan Terengganu.

Pada masa pemerintahan Tengku Cik inilah sebuah istana kayu yang indah telah didirikan. Istana tersebut didirikan kira-kira tahun 1888 dan selepas itu baginda pun mangkat. Kerana baginda tidak mempunyai putera, lalu dilantik Tengku Long (Tengku Seri Aria Raya) menjadi Raja di Besut.

Pada masa pemerintahan bagindalah beberapa buah istana didirikan termasuklah istana peninggalan Tengku Cik. Oleh kerana baginda lama tinggal di situ lalu istana itu disebut Istana Tengku Long.Tengku Long mempunyai beberapa orang putera dan puteri. Salah seorang ialah Tengku Nik. Putera Tengku Nik yang bernama Tengku Putera Zainal Abidin Mahmud yang bergelar Tengku Seri Aria Raja berkenaan menyerahkan istana Tengku Long kepada badan Warisan Negara. Tan Sri Mubin Sheppard merupakan orang yang bertanggungjawab memindahkan istana bersejarah itu ke tapak baru di kawasan Muzium Terengganu di Losong dekat Pulau Sekati, di daerah Kuala Terengganu.

Terdapat sebuah lagi istana yang masih kekal di Kampung Raja. Di bekas istana itulah saya pernah bertemu bual dengan Tengku Sulaiman yang tinggal di istana tersebut pada tahun 1970-an.

sumber : klik sini







© Utusan Melayu (M) Bhd