Tuesday, April 22, 2014

Nota hati si kecil

Nota hati dari anak berusia 2-3-4-5 tahun untuk tazkirah kita para ibu: 

ia dipetik daripada fb nurul adni adnan.



 Mama...Saya ada keperluan yang sangat tinggi untuk connect dengan mama - mama pandanglah saya, dengari saya, bersembang dengan saya, temankan saya bermain, jangan tinggalkan saya dengan toys. Kalau mama beri perhatian pada saya sepenuh hati, saya mampu merasainya, jiwa saya terisi terhibur dan insyaAllah saya takkan selalu mengamuk dan akan jadi anak yang happy.
Kalau mama nak saya berdisplin, mama kena berdisplin dulu dan konsisten dengan gaya hidup mama. Mama tak boleh jadual hidup sesuka hati, saya akan serabut nak ikut agenda mama. Bagi tahu saya in advance plan harian, jangan tiba tiba suruh saya berhenti bermain/tengok tv. Jangan suruh saya cepat mandi, cepat makan, cepat segala-galanya sebab minda dan tubuh saya lambat bekerja berbanding mama orang dewasa.


Mama tak boleh paksa saya share fevret things/toys saya dengan orang lain. Mama sendiri pun ada benda benda mama hargai contohnya smartphone mama, tak share dengan orang. Mama perlu hormat barang barang peribadi saya juga. Bantu saya pilih mana satu yang saya ok nak share.
Jangan takut takutkan saya dengan bagitahu yang uncle or aunty tu nak ambil adik saya..saya stress mama cakap macam tu banyak kali sebab saya saaaangat sayang baby adik saya tu. Mama pun stress kalau mama tahu ada orang nak ambil papa yang mama saaaangat sayang tu kan..

Saya bukan saja saja nak sakit kan adik saya atau saja nak gaduh. Saya kan sedang belajar, kalau adik nangis atau mama marah, barulah saya tahu cara saya tu salah. Mama tegurlah saya dengan firm and warm bukan dengan jeritan dan pukulan tak semena mena. Reaksi negative mama yang kadang buatkan kami adik beradik lagi bergaduh. Jadilah pendamai yang adil, bukan tukang provokasi.
Mama jangan jerit jerit dan jangan pukul saya kalau mama tak nak saya jerit jerit dan pukul orang lain..saya belajar dari mama lah. Kalau saya rasa geram dan marah serta upset dengan orang, saya pun jerit dan pukul sebab saya belajar dari mama cara itu melepaskan marah.
Kalau saya dah letih, dah mengantuk, lapar, dah bosan - mama tak boleh expect saya ceria dan bagi kerjasama. Kalau mama nak saya jadi budak baik, mama kena faham situasi saya semua tu. Jangan asyik saya saja kena faham situasi mama. Mama pun hilang sabar kalau lapar dan penat, sama macam saya..saya kan kecik lagi.


Kalau mama nak saya kesian pada orang lain, mama kena kesian dan empati pada saya dulu. Kalau mama selalu mendengar dan memahami perasaan saya, saya pun akan berusaha memahami perasaan mama dan orang lain.
Mama pun ada masa masanya akan down, sedih, geram, marah marah, bengang.. saya pun sama. Tak bolehlah expect saya untuk senyum happy ceria buat muka macam comel jer selalu. Saya selalu sabar dengan mama, mama pun sabarlah dengan saya
Dan janganlah mama lepaskan rasa negatif semua tu pada saya dengan herdik atau pukul saya atas kesilapan kecil saya. Mama luahkanlah bebanan perasaan pada Allah Yang Maha Penyayang, minta Allah sejukkan hati dan beri kesabaran. Kalau mama handle emosi dengan baik, saya akan ikut belajar mengurus emosi dengan baik insyaAllah.


Kalau emosi saya stabil, mama hargai lah saya. Kalau saya temper tantrum/mengamuk meragam - mama bersabarlah banyak banyak.. Kalau mama tengok jam, sebenarnya tak lebih 10 minit pun saya ngamuk. Saya mana ada energy tak ngamuk lama lama. Jadi kalau mama rasa nak ikut mengamuk juga, mama tarik nafas, dan baca ta'awuz..10 minit sabar inilah agaknya yang membawa kaki menginjak ke syurga..
Moga Allah cinta dan rahmati mama atas kesabaran mama mendidik saya. Moga Allah redha dan masukkan mama papa dan saya ke syurga Nya :')

Friday, April 18, 2014

Sebelas perkara elak anak degil

Artikel daripada utusan 17/4/14




Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila seseorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia lakukan atau membuat apa yang kita tidak mahu dia lakukan.

Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu.

Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.

Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar di minda itu?

Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina perhubungan rapat atau rapport. Apabila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.

Dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; “Resistance is an indication of a lack of rapport" (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat.)

Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat 'rapport' dengan anak anda terjejas?


Ibu beri 11 perkara besar:

1-Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'Closed Heart'. ini banyak berlaku kepada remaja.

2-Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.

3-Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.

4-Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.

5-Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.

6-Terlampau mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan. Janganlah menjadi ibu bapa yang lemah dan membiakan sahaja anak-anak memanjat kepala, tetapi tidak perlu juga untuk garang dan keras. Pegang teraju kepimpinan anda. Jadilah pengasih dan tegas.


7-Tidak mempunyai ilmu dan skil berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata. Apabila tiada skil dan ilmu, maka ibu bapa menggunakan arah dan perintah. Ini menjadikan anak menjadi bertambah degil. Sedarilah ibu bapa kepimpinan di dalam korporat pun sudah berubah. Bos-bos yang asyik memerintah dan mengarah dibenci oleh anak buah. Corak kepimpinan sudah berubah.


8-Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa. Jagalah mulut dan lidah. Jangan mudah mengeluarkan kata-kata kesat yang menjadi doa yang terlafaz.


9-Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab hormat adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa.


10-Anak tidak dididik dengan agama. Bila tiada agama, tiadalah tiang untuk berpaut. Nilai murni pun akan mengikut apa yang sempat sahaja.


11-Elakkan menggunakan bahasa yang anak tidak faham. Gunalah bahasa yang mudah mereka fahami. Bila berkomunikasi dengan anak, janganlah hendak menunjuk anda hebat. Tunjukan bahawa bila dia melakukan saranan baik anda kehebatannya akan lebih meningkat.


Ingatlah kuncinya, ialah hubungan rapat. Apabila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.

Sedarilah kepentingan membina perhubungan kebal dengan anak-anak agar kesejahteraan keluarga terkawal. Bila keluarga sejahtera, rezeki membuak-buak datangnya.