Sunday, January 8, 2017

Pengalaman ke Surabaya - Part 3 (MENDAKI GUNUNG BROMO)

PERASAAN  EXCITED BERTUKAR SEKELIP MATA!


Sila baca PART 1 & PART 2 


Perasaan TERUJA  giler untuk melihat dengan mata kepala sendiri akan bentuk kawah gunung berapi terus BERTUKAR menjadi pengalaman menginsafkan. Di sini aku cuba berkongsi pengalamanku dengan kalian.

Berlatarbelakangkan lubang kawah gunung Berapi Bromo yang menggerunkan. 


Sampai di kaki kawah Bromo, kami terpaksa memanjat tangga yang agak tinggi dan curam. Badan mula dibasahi keringat. Aku mula tercungap-cungap. Terasa agak semput walaupun baru saje mendaki Gunung Ijen hari sebelumnya…Penat woi! Aku terpaksa stop beberapa kali kat tepi tangga yang agak curam. Tangga yang dibina agak licin sebab laluannya ditimbusi tanah dari debu gunung berapi yang tebal. aku syorkan korang pakai kasut hiking yang bergerigi. lebih selamat.

 Entah berapa kali berhenti.. letih jugak panjat tangga yang tinggi ni.



Yeay! dah sampai puncak. makin tinggi, tangganya makin tenggelam. Aku kena pegang pagar tepi tu kuat2.


Sampai sahaja dipuncak kawah gunung Bromo, hati yang seronok dan gembira tiba-tiba menjadi pucat. Bibir menjadi kelu. Sungguh aku terasa begitu gerun dan takut sekali melihat lubang kawah gunung berapi yang sungguh luas saujana mata memandang. Kaki terasa keras kejang dan tangan mula menggeletar. Perasaan happy dan excited sebelum ni tiba-tiba bertukar menjadi SERAM. 


Walaupun ramai pengunjung di situ tapi lutut aku menggeletar. Aku tak boleh bergerak. Kaku di situ. Kawasan ditepi kawah memang menyeramkan sekali. Terdengar bunyi seolah-olah deruan api dari kawah yang bergelombang itu cukup membuatkan aku seriau dan seram giler. Perasaannya sukar untuk digambarkan.  Aku kawal perasaan. Hati aku berzikir kepada Allah tak putus-putus. Aku membaca sedikit ayat2 al-quran dan berdoa. Mungkin begini gambaran neraka Allah swt di akhirat kelak. Nauzubillah! Anak kecil yang dibawa oleh salah seorang ahli group kami tak berhenti menangis dan meraung. Aku pun takut dan seram giler apatah lagi kanak-kanak


Kawasan kawah gunung berapi yang sayup mata memandang. memang luas sangat dan dalam.

Maha suci Allah yang mencipta sesuatu yang sungguh hebat

Ngauman dari kawah cukup menyeramkan. Habis bulu-bulu roma berdiri tegak. Bunyi desiran angin yang begitu kuat menyebabkan kawah seperti berbunyi seperti mengaum. Tobat! Aku belum pernah mendengar bunyi yang begitu seram selama ini. Aku sempat bercerita tentang pengalaman ini kat ayah di kampung selepas pulang. Ayahku memberitahuku sambil membaca beberapa ayat al-quran berkaitan dengan neraka Allah. Katanya gunung berapi itu adalah gambaran api neraka di akhirat kelak dan ia memang mempunyai suara.  Pergh! aku rasa begitu insaf dan takut sekali.



 Api dari kawah tak nampak sebab dalam. Hanya nampak asap sulfur brkepul2 keluar. Mengikut pemandu pelancong katanya kalau dulu api kawah boleh nampak dari tepi ni.


Setelah hampir 20 minit berada di pinggir kawah gunung berapi Bromo yang menggerunkan itu, kami mula bergerak turun. Tangga kawah gunung yang begitu licin kerana pasir gunung berapi telah menimbusi sebahagian besar tangga dipuncak. Sebelum turun kami melihat dan melangkah berhati-hati. Takut jatuh tergelongsor. Parah nanti..


 Pemandangan indah di puncak Bromo.


Kami menuruni tangga bercerun dan menuju ke kawasan kuda para pelancong yang sedang menanti kami untuk pulang ke kawasan parkir kenderaan pacuan 4 roda. Kami sempat melintasi sebuah kuil hindu purba. Sayang sekali aku tak sempat merakamkan gambar kawasan tersebut.

  

 Menunggang kuda  pulang semula ke tempat parking pacuan 4 roda.

 

 Aku sempat berbual dengan pemilik kuda yang aku tunggangi. Pemilik-pemilik kuda di kawasan gunung Bromo ini adalah kaum Tengger. Mereka beragama Hindu.  Kulitnya lebih gelap dan rupa paras mereka mirip orang asli di Malaysia. Pekerjaan utama mereka adalah bercucuk tanam kerana tanah di situ sangat subur. Maka sayur-sayuran tumbuh dengan begitu segar sekali. Pekerjaan sampingan mereka tentunya menjadi membawa pelancong menaiki kuda di kawah Bromo. Aku kira pendapatan mereka sehari-hari agak lumayan. Anak-anak muda  mereka memiliki jip-jip yang lasak dan membawa para pelancong melawat kawasan gunung Bromo. Dalam diam-diam aku memohon agar mereka diberikan Hidayah oleh Allah swt.


 Bersama pemilik kuda

 Kesan dari peristiwa itu, hampir beberapa malam aku tak dapat melelapkan mata kerana masih terbayangkan kegerunan kawah gunung berapi Bromo. Ia pengalaman yang sukar digambarkan. Aku terbangun beberapa malam (biasa susah jugak nak bangun malam) dan aku berdoa bersungguh-sungguh agar Allah swt menjauhkan diri, keluarga,dan semua umat islam dari siksaan api neraka kelak. Ya Allah! aku benar-benar merasai perjalanan kali ini adalah perjalanan rohani yang sungguh bermakna. Sesungguhnya Kawah Gunung Bromo itu salah satu tanda kebesaran Allah swt yang hebat.


Sampai di kawasan parkir jip, banyak gerai-gerai kecil yang didirikan oleh kaum Tengger. Ada juga diantara mereka yang menjual cenderahati kepada pelancong-pelancong disitu. Aku sempat membeli beberapa helai T-shirt Bromo yang harganya agak berbaloi.Kami kemudiannya menaiki jip menuju ke kawasan seterusnya iaitu Pasir Berbisik. Jaraknya hanya sekitar 10 minit dari kawasan parkir tadi.



Kawasan Pasir Berbisik ini ialah kawasan tanah lapang yang berwarna hitam luasnya saujana mata memandang. Kawasan lapang ini sangat berangin. Angin yang kuat mula meyapa tubuh kami. Setiap kali angin menerpa kami terpaksa memalingkan muka, bimbang pasir memasuki mata. Desiran angin yang begitu kuat mungkin berbunyi seperti berbisik. Kelihatan awan mencecah kawasan tanah kami berpijak. Wah! Rupanya baru aku sedar kawasan gunung berapi Bromo ini terletak di atas awan. Aku mula mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan. Kami dah takde idea untuk berposing. Buntu. Rasanya dah habis gaya dah. Ah.. Belasah jea lah… Maklumlah jarang berposing di depan kamera. Kalau buruk, delete terus. Habis cerita.

Bergambar kenangan di pasir berbisik. Padang pasir yang seluas saujana mata memandang.

 Berlatar belakangkan kawasan berbukit yang cantik dan mengasyikkan.


Batu yang kelihatan seperti singa yang sedang tidur.

Lokasi yang terakhir sebelum kami pulang ke hotel ialah Padang Savannah yang lebih dikenali sebagai padang Teletubbies. Padang ini terbentuk hasil letusan gunung berapi yang telah lama berlaku. Rumput-rumput mula tumbuh menghijau. Cantik. Pemadangannya seperti di kawasan perbukitan di New Zealand yang aku pernah lihat (di internet....heee… ). Tanah mulai subur mungkin kerana kepekatan sulfur dalam tanah mulai berkurang. Pemandangan disini begitu cantik sekali. Kalau buat outdoor fotografi untuk perkahwinan memang begitu mengancam. Namun apakan daya, kami ni pengantin hampir evergreen. Hahaha…






 Padang Savannah yang indah. Kelihatan padang rumput menghijau. Cantik dan mengasyikkan.







Jam menunjukkan hampir 12 tengahari. Muka masing-masing dah kelat tak mampu nak senyum sebab masing-masing dah penat. Ketika ni aku baru sedar perut terasa lapar giler sebab belum makan apa-apa lagi. Dasyat benar penangan Bromo ini. Boleh kurus kalau tinggal seminggu disini. (amin) Kami perlahan-lahan bergerak meninggalkan kawasan pergunungan Bromo yang begitu cantik sekali. Subhanallah! Begitu indah ciptaan Mu ya Allah. Ternyata pengembaraan ke Bromo begitu berbekas di hati.








Jam 1 petang kami bergerak meninggalkan Hotel SM Bromo menuju ke destinasi ke tiga iaitu Air Terjun Madakaripura yang terletak tidak jauh dari situ dan hanya memakan masa sejam perjalanan dari Gunung Bromo. Terima kasih kerana sudi membaca.




5 comments:

Sewilayah said...

Dari dekat, ternyata sangat menakutkan... Wuuuhh

sazlina a.k.a mrs joe said...

sama macam saya, nampak kawah terus lemah lutut dan lutut pun mmmg dah longgar sebab daki tangga yg memenatkan

TIARA TOURS said...

HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

ITINERAY :

DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.


SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

Afib rifan said...

Sedang mencari paket wisata gunung bromo. kami menyediakan paket wisata bromo gratis dokumentasi drone

Wak Lat said...

thanks for sharing info psl bromo nih., ;p