Tuesday, August 3, 2010

KENANGAN MANIS DI BULAN RAMADHAN

Hmm.. tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma.. rasa tak sabar menanti kehadiran bulan yang penuh rahmat dan penuh dengan keberkatan ini.Teringat semasa kecil dulu, saya sering menangis nak buka puase sebab tak tahan lapar walaupun masa hanya tinggal 30m lagi sebelum berbuka. Emak dan kakak2 semua tidak layan kerana dia tahu nanti saya akan berhenti menangis dengan sendiri selepas azan bergema.... hhehehehe...

Seingat dulu masa umur masih mentah seawal 9 tahun lagi saya dengan penuh bersemangat pergi ke surau bersama emak dan adik2 menunaikan solat sunat terawih.Seronok sungguh terasa dapat berjumpe dengan jiran2 yang juga teman sepermainan.Walaupun saya tidak pernah solat terawih dengan penuh
(8 rakaat) namun jiwa kecil ini terase dipanggil2 untuk mengerjakan terawih setiap hari..Wahh! sungguh seronok sekali tatkala berjalan kaki menyusuri jalan menuju ke surau bersaksikan langit ramadhan yang penuh dengan keberkatan..

Kini,setelah hampir 16 tahun berlalu sudah lame saya tidak menjejaki ke surau tersebut. Hanya ayah sahaja yang masih setia dan masih gagah mendirikan solat di surau yang penuh dengan kenangan terindah itu. harap masih ada peluang bagi saya mengimarahkannya suatu masa nanti.

Waktu berbuka bersama keluarga adalah saat manis yang tak dapat dilupakan. Kalau dulu saya kurang menghargai saat2 begitu, namun bila masing2 berkeluarga saat seperti itu terasa amat berharga sekali. Kini, mungkin hanya sekali sahaja saya dapat berkumpul beramai2 bersama adik-beradik yang seramai 10 orang itu. Itu pun pada setiap kali Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.

Alangkah seronoknya mengunjungi bazaar Ramadhan di bandar Jerteh yang pasti menjanji seribu macam keenakan rase kuih-muih tempatan. Antara yang menjadi kegemaran ialah kuih akok, nekbat, bunga tanjung, air tebu, air tuak, nasi kerabu dan macam2 lagi yang pastinya sungguh sedap dan memenuhi citarasa.

Ramadhan meninggalkan kenangan terindah di dalam hidup kerana itulah satu2 masa dan peluang untuk kita beramal ibadah dengan sepenuh hati, menyesali segala dosa2 semalam, menanam azam dan impian yang baru, mensucikan hati, bulan bersedekah, bulan memohon pertolongan Allah dan yang pastinya segala amalan kita digandakan ganjarannya oleh Allah s.w.t .

Alhamdulillah!!

Dosa mengumpat hakis pahala, amalan baik manusia

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

BUKAN mengumpat, tetapi apa dikatakan ini benar, fahaman umum untuk memberi justifikasi terhadap perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan orang lain yang selalunya dilakukan dengan sengaja.

Ada kala, nama orang dimaksudkan tidak disebut, tetapi maksud perlakuan tetap sama iaitu menceritakan keburukan seseorang supaya diketahui orang lain. Namun, gambaran diberi selalunya boleh menyebabkan identiti orang dimaksudkan diketahui.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya yang bermaksud: “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan dosa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.”

Pahala dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya. Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat antaranya:


•Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.


•Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.


•Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:


•Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.


•Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.


•Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.


•Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.


•Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah orang lain.