Thursday, May 31, 2012

JAGALAH LIDAHMU

Jagalah lidahmu
Jangan mudah mengungkap kata
Tanpa dikira dosa pahala
Lupa segala ilmu didada
Hilang segala maruah dan agama

Jagalah lidahmu
Jangan mudah mencaci nista
Membuka segala keaibannya
Agar dirimu dipuja diangkat nama
Melangit bangga terpahat didada

Jagalah lidahmu
Jangan mudah menabur fitnah dan rekayasa
Menyungkur lawanmu hingga sesak dadanya
Lidahmu berzikir keburukannya
Hingga kau terlupa pekungmu didada ternganga

Kelak... suatu masa
Datang 5 pekara yang disangka tiada


Datang masa sakitmu sebelum kau bersedia
Beku lidahmu untuk berbicara bangga
Walhal ia sudah terpahat didada
Kekoknya lidahmu menyebut ayat-ayat suci dan maknanya
Kerana sebelum ini hanya fitnah dan caci nista menjadi makannnya

Datang waktu tuamu sebelum dikau tersedar
Kulitmu yang berkedut disangka masih segar bugar
Hidungmu disangka tinggi sudah lurut menyembah bumi
Nafasmu disangka kuat sudah semput menginjak usia

Datang sempitnya masamu tiada peluang mengelak diri
Matamu sudah rabun untuk mengaji
Hatimu sudah hitam dek kerana tidak dicuci
Amalanmu disangka menggunung hanya tinggal seinci
Terlupa akan balasan Tuhan yang mengirim amalanmu kepada yang dicaci

Tatkala itu sesalnya hidupmu sudah tidak berguna
Tiada lagi waktu untuk memperbaiki diri
Hilangnya kepetahan yang tinggal hanya kepelatan
Sempitnya masamu untuk menebus segala dosa
kering air matamu sudah tidak berguna
Walau siapa pun dirimu guru, ustazah, doktor, menteri atau segala
Kita sama sahaja dihadapan TuhanNya..

Waktu mati sentiasa menghampiri
Kita terlupa jarak antara hidup dan mati hanya sesaat cuma
Disangka segala doa dan taubat diterima
Terlupa bahawa fitnah yang dilempar suatu ketika
 tiada keampunan dari Allah s.w.t kecuali tuannya
Ratapan tangisan sendu yang tidak berguna sehingga
engkau melutut memohon seribu kekesalan kepada mangsa fitnah dan caci nista..





 nukilan rasa : Afifah Murni Bt Abd Aziz




Monday, May 21, 2012

PERGI SELAMANYA

6 May 2012 - tepat jam 8.20 malam, ayahanda suami yg tercinta Che Ahmed Bin Mat Yaacob pergi mengadap Ilahi buat selama-lamanya. Kami sekeluarga memang tidak menyangka akan kehilangan beliau secepat ini.  Beliau masih sihat, cergas bahkan sangat sibuk menjalankan segala tanggungjawab yg dipikul beliau. Namun takdir Allah melebihi segalanya. Tok Ayah Aqil dan Qaisara pergi mengadap Ilahi dengan begitu mendadak. Beliau rebah ketika menghadiri kenduri di Kg Alor Belanga dan terus meninggal di rumah tersebut. Kenyataan ini bagai merentap segala urat nadi kami. Percaya atau tidak kami terpaksa terima dan redha walau sudah kering air mata darah mengharapkan yang semua ini adalah mimpi ngeri semata-mata. 

Masih lagi terbayang kasih sayang beliau terhadap cucu-cucunya. Terutama dengan si Abang Aqil yang sangat rapat dengan arwah. Segala kehendak cucu dipenuhi. Apa sahaja yang dipinta oleh si kecil itu seperti mainan, pakaian dan pelbagai lagi akan terus dipenuhi. Bahkan beliaulah yang mengulit Si Abang Aqil setiap malam ketika si kecil itu berada di kampung. Baby Qaisara hanya sempat diasuh dalam 40hari sahaja ketika saya berpantang di rumah suami. Sangat sedih ketika teringat semua kenangan bersama beliau. Arwah juga seorang yang sangat penyayang dengan anak-anak. Tidak pernah sekali meninggi suara dengan ahli keluarga bahkan selalu tersenyum dan pendiam. Itu yang membuatkan hati saya sangat sebak dan sering tertanya kenapa dia pergi terlalu awal?.. 

Namun, kami terpaksa redha dan belajar menerima kenyataan yang terlalu pahit ini. Semua manusia pasti akan mati jua. Cepat atau lambat sahaja yang membezakan kita semua. Beliau pergi tidak meninggalkan harta tetapi segunung budi buat keluarga,sahabat handai dan orang kampung. Ramai yang datang bertemu dengan anak-anak arwah (suami dan adik-adik ipar) sebak kerana mengenangkan arwah banyak membantu terutama orang kampung yang miskin dan susah. Jasanya selain daripada menjadi penolong pegawai Risda, arwah juga seorang ketua JKK dan orang kuat dalam politik. Ya Allah Engkau tempatkanlah roh arwah dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Kami anak-anak amat merindui arwah dan selalu menitiskan air mata setiap kali solat dan begitu juga tatkala terimbau saat-saat arwah ada bersama. 

Lagu Maher Zain yang terbaru iaitu So Soon begitu menyentuh hati kami. Hayatilah :


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever
Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon
Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

Wednesday, May 2, 2012

MINAT BARU!

Setelah lama tidak membaca buku-buku motivasi yang menjadi kegilaan saya sebelum ini, aura untuk membaca buku semakin pudar. Ini kerana laman-laman blog yang beilmiah sangatlah bersepah-sepah menyebabkan saya berfikir mencari ilmu di internet adalah langkah bijak untuk menyelamatkan wang.. hehehe...

                                                    

Tetapi baru-baru ini, seorang kawan memperkenalkan buku thriller yang sangat hebat iaitu Fiksyen 302 karangan Ramlee Awang Murshid. Buku tersebut telah menyebabkan hidup saya tidak tentu arah kerana asyik berfikir sampai bermimpi ngeri mengenai ending nya. Pelbagai questions marks  muncul di benakku sehinggalah novel tersebut habis dibaca baru hidup ini kembali tenang. Pergh! memang dasyat sungguh penangan novel Fiksyen 302.

                                                                Ramlee Awang Murshid

Kemudian, kawan saya yang sememangnya HANTU Ramlee Awang Murshid itu memberi buku lain pulak iaitu Sutera Bidadari. Novel tersebut tersangatlah hebat dan penuh dengan fantasi yang akhirnya kembali kepada pencipta Allah s.w.t. Heronya ialah seorang Pahlawan yang digelar Laksamana Sunan adalah pendekar yang sangat hebat dalam kependekaran dan ilmu agama. Saya yakin kalaulah mat salleh  ambik novel tu jadikan filem konfem box office seantero dunia. Novel tu lagi best dan lebih hebat dari cerita Lord of The Ring..


Kesan daripada itu, kini ini saya menjadi pemburu karya Ramlee Awang Murshid. Err.. sanggup tu walaupun duitku habis. So,sempena pesta buku 2012 di PWTC yang sedang berlangsung ni, saya dengan rasminya telah memborong novel Ramlee Awang Murshid iaitu Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta dan Ungu Karmila. Novel Cinta Sang Ratu dah beli dah hari tu.. Target saya kali ni akan mengumpul semua Epik Lengkap Laksamana Sunan.(ish!2x tamak!.. tamak!..) Kalau  nak tahu lebih banyak mengenai novel Ramlee Awang Murshid ni klik jea kat SINI .


Aisey! ade satu lagi novel yang belum saya dapat iaitu Cinta Sufi. Trilogi Laksamana Sunan ini dah sampai penghujungnya iaitu Musafir Sunan. Novel ini akan menjengah di pasaran pertengahan Mei nanti... Tak sabar uhh!!!...  

Haa.. ini harganya kalau nak order melalui website : 
Epik Lengkap Laksamana Sunan (RM 155.00)              
[Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi. Sutera Bidadari & Sunan Musafir]



  
Akhir kata, alangkah indahnya kalau semua pemuda pemudi menjadikan Laksamana Sunan sebagai Idola. Dia adalah pahlawan yang sebenar. Gagah melawan musuh. Jiwanya kental mengharap redha Ilahi. Cintanya tulus kepada Allah. Dia Laksamana agung yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegak kalimah lailahaillah.







p/s - Macam nak borong semua novel tu... huk! huk! huk!