Monday, July 23, 2012

JUADAH BERBUKA

Bulan Ramadhan memang mempunyai kenangan yang manis untuk dikenang di dalam hidup. Di kampung saya di Jerteh, Besut, Terengganu amatlah mewah dengan juadah menu berbuka. Bukan di Jerteh sahaja bahkan sepanjang jalan dari Jerteh ke Kota Bharu pastinya berderet-deret kedai tumbuh bagai cendawan selepas hujan di kala Ramadhan tiba.

Kebanyakkan kuih muih yang dijual adalah bermutu tinggi. Hahaha.. kenapa saya kata bermutu sebab kebanyakkan kuih-muih yang dijual masih panas-panas dan sungguh sedappp... takde tipuu punye. Harganya tak payah tanye rase macam nak borong satu kedai aje kuih-muih yang dijual tu sebab semua murah giler.. Kalau nak bandingkan dengan kuih-muih yang dijual di KL ni ibarat langit dan bumi - tak sedap dan mahal - complete! memang susah saye nak beli. Kalau ader yang sedap pun harga pun sedap jugak nak dibayarnye.. heee...

Saya dengan suami kann sekampung, so setiap kali bulan puase kami memang tak sabar nak balik kampung. Belum pun sampai rumah, kami dah siap membungkus 5,6 jenis kuih yang dibeli di gerai-gerai sepanjang jalan untuk berbuka. Wah!! memang meriah sakan.. tapi perlu lah habiskan semua atau kalau banyak sangat tu bolehlah sedekah kat saudara mara terdekat takut membazir plak kan?.. Jom kita layan kuih yang menjadi faberet kami terutama di bulan posa ni.. heeee...



Tadaa... kuih ini namanya nekbat - my favourite!. kuih ni memang famos amos di pantai timur bila masuk bulan posa..Apalah sedap sangatkan bagi orang luar yang tak biase makan kan?? bagi kami yang dari kecik lagi mengadap menu utama juadah berbuka posa akan berkata "Sangat sedaapppp gilerr!!!"


 Ni plak namanye pulut panggang. dulu masa mok (nenek) masih sihat dia sangatlah pandai buat kuih ni. Pulutnya sangat lembut dan intinya adalah inti ikan... makan yang panas2 tu.. pergh!!! memang nangiss nak tambah lagi... 


Ha.. ni plak puteri mandi.. tak nampak mane puterinya yang kelihatan hanyalah pelampung2 berwarna-warni... hehehe... tp kuih ni sedap cuma maniss la wei!! ni kan kuih kelate..   


Kuih lompat tikam- bahaya makan kuih ni sebab akan menyebabkan si pemakan akan melompat-lompat dan tikam-menikam. Aish! merapu plak haku ni... kuih ni macam biase la kalo tanye ore kelate mesti die kate sedappp mek awe wei!!. Coba hang pi tanye orang Zimbabwe mestilah die kate kuih kat Zimbabwe paling sedapp dalam dunia. tak gittew??



 Kuih tepung boko ubi kayu... warne ijau tu ubi kayu yg disirami oleh santan yg lemak berkrim.. nampak sungguh gebu bukan?... 




Ha.. ini kuih wajib setiap kali kami balik kampung. Bukan Ramadhan jea yang ade tapi dari musim durian hingga musim rambutan memang akan ader... mesti pandai pilih babe! kami suka beli kat Gerai Akok Kg. Danan memang superb die punye taste. lembut, berlemak, gebuu dan itu menyebabkan kami memecut melebihi had laju apabila pergi ke Kota Bharu sebab takut kuih ni habis.... uwaaaaa...



Ni pun sodappp... sume sodapp...  ni namenye Cek Mek ...



 ummph!!.. ni pukat emas... ehh.. ehh! jala emas. senarnye kuih ni kite jarang makan tapi nampak sedapp kan?



ni plakk my favourite - buah tanjung. sebiji tu sekali ngap jea..Rasenye memang manis dan tekstur kuih ni sgt la lembut n gebuu skali..


Hmm sebab tue la org pantai timur ni maniss.. ahaks!! kann semua makanannyer manis.. (masuk bakul tolong ler angkat)..

sekian,selamat berbuka semua!!

Bersedekah

Salam..

Hari ini telah masuk bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua muslimin dan muslimat. Alangkah seronoknya jika kita dapat memenuhi bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan pelbagai amalan mulia disamping ibadah-ibadah yang lain.

Bulan Ramadhan mengandungi rahmat, keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Salah satu ibadah yang digalakkan di dalam islam ialah perbanyakkan sedekah. Sedekah adalah sesuatu yang signifikan. Bukan sekadar kita memberi wang kepada fakir miskin malah sedekah itu boleh meliputi pelbagai aspek. Hmm.. macammane tu yea?

Jika kita memandu kereta tiba-tiba ada kereta dihadapan yang ingin keluar dari simpang, jadi apa salahnye kita tekan brek skit bagi laluan agar dia dapat pergi dulu kan.. itupun dikira sedekah, so simple isn't it?


Selain daripada wang ringgit dihulurkan kepada yang memerlukan boleh juga jika kita meneruskan amalan mulia yang diamalkan oleh jiran tetangga di kampung iaitu berkongsi juadah berbuka. Sedekah jea skit barang sepiring dua kepada jiran-jiran sebelah insyallah hubungan silratulrahim makin erat. Malah lebih afdhal lagi jika kita bersedekah kepada si fakir miskin. 



Hmm.. sedekah juga boleh diperpanjangkan dengan membaca al-quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Niatkan sedekah terutama kepada ahli keluarga yg meninggal dunia, ibubapa yg masih ada, anak-anak, rakan taulan, jiran-jiran dan  semua umat islam. Insyaallah! roh mereka akan tenang menerima sedekah ayat2 suci al-quran tadi dan hidup kita akan mendapat keberkatan dari Ilahi.

  

Ucapan yang baik pun dikira sedekah...kalau gitu memang sangat lah banyak amalan sedekah yang boleh diamalkan sepanjang bulan yang mulia ini. Jadikan Ramadhan 2012 sebagai titik permulaan untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik.  


Jauhi gosip-gosip hangat yg tak hengat tu. Katakan tidak kepada mengumpat. Jaga setiap butir bicara yang keluar dari mulut kita tu.Ubah cara percakapan yang pedas-pedas kepada yang enak-enak didengar. Kurangkan bercakap perkara yang tiada manfaat. Banyakkan zikir kepada Allah itu yang terbaik. Kalau tak ingat nak berzikir yang panjang-panjang tu cukuplah dengan menyebut subhanallah, alhamdulillah, lailahaillah, allahukabar dan astagfirullah al-azim.


Okey la jom kita sama-sama menghiasi Ramadhan kita kali ini dengan akhlak yang mulia, amalan terpuji dan ibadah yang berlipat kali ganda agar kita menjadi insan terpilih untuk menghuni Syurga yang abadi kelak. Insyaallah!

Wednesday, July 18, 2012

Aidilfitri yang berlalu

Aidilfitri 2011 adalah hari raya terakhir kami bersama Tok Ayah. Hati sentiasa sebak tatkala Ramadhan 2012 yang kian menjelang. Teringat lagi kenangan bersama arwah berbuka puasa bersama-sama, gelak ketawa melayan cucu-cucunya dan beraya Aidilfitri bersama-sama. Semoga Allah merahmatimu wahai ayah!



Di pagi Aidilfitri 2011 - saya dan suami ala-ala sibuk melayan tetamu.



  Arwah Ayah bersama emak dan adik-adik sebelah suami di petang Aidilfitri. Hmm.. ruginye kami takde waktu ni.



 Abang Aqil bermanja dengan Arwah Tok Ayah selepas balik dari masjid di pagi hari raya.. .



  Kenangan terakhir Arwah Ayah bersama keluarga terdekat di hari raya Aidilifitri 2011.  

PETANDA HATI KOTOR

  • GELISAH walau tiada masalah
  • BERBANGGA dengan diri sendiri
  • ANGKUH dan MEMANDANG HINA terhadap orang lain

  • SOMBONG dan BONGKAK
  • Selalu MENCARI KEAIBAN orang dan menyebarkannya
  • Suka MENGUMPAT dan MEMBUKA AIB orang lain
  • GEMBIRA melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya
  • LIDAH yang TAJAM atau LASER
  • Suka menyakiti hati orang lain dengan SINDIRAN
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji
  • Menyampaikan ilmu dengan RIAK
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • DERHAKA kepada kedua ibubapa
  • Talam dua muka (baik di depan jahat di belakang)
  • Suka menjatuhkan dan memijak orang lain dengan kuasa yang ada

  • Solat yang lalai dan tidak kusyuk
  • Kagum terhadap diri sendiri
  • Selalu mencari salah orang lain
  • Cinta kepada duniawi
  • Materialistik
  • Mudah bersangka buruk terhadap orang lain
  • Membesarkan perkara-perkara yang kecil
  • Suka BERGOSIP
  • Suka menabur fitnah
  • Menggunakan agama demi kepentingan peribadi
  • DENGKI dan IRI HATI kerana duniawi
  •  

Friday, July 13, 2012

Ramadhan yang menjelma

Genap seminggu lagi kita semua akan meraikan kedatangan Ramadhan yg penuh dengan keberkatan. Jom kita mula berazam untuk mempertingkatkan lagi amalan kita di bulan yg dinanti-nantikan itu.


Namun Ramadhan kali ini agak terasa hambar kerana saya baru sahaja kehilangan 2 orang yang rapat dalam hidup saya iaitu bapa mertua dan atuk yang tercinta. Bapa mertua pergi menghadap Ilahi pada 6/5/12 lepas kerana serangan jantung dan tepat umur saya yg ke-30 iaitu pada 25 Jun 2012  atuk menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua. Saya bermimpi berjumpa atuk seminggu selepas pemergiannya, wajahnya begitu tenang dan tersenyum apabila saya memeluknya. Begitu pahit kenyataan ini namun terpaksa saya terima. Semoga roh kalian ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan bertaqwa.  



Itulah roda kehidupan setiap yang hidup akan mati jua. Cepat atau lambat sahaja yg membezakan kita semua. Ramadhan kali ini jua mungkin yg terakhir dalam hidup, jom sama-samalah kita meraikan dan menghiasi hari-harinya dengan amal ibadah yg penuh ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik penghijrahan yang lebih tulus agar kita menjadi hamba-Nya yang benar-benar bertaqwa. Insyaallah!