Thursday, December 20, 2012

Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC

Hehe.. Big Bad Wolf Sale ni saye dah kunjungi 2 kali. Habis kopak duit gaji bulan Disember yg belum panas bontot mendiami di dalam akaunku. Huhuu.. Pandai betul la diorang ni buat Sale hujung tahun ngam-ngam jea gaji + bonus baru masuk terus melebur kat diorang. Anyway memang Big Bad Wolf Sale ni memang best giler!

2,3 minggu lepas saye terbaca artikel di dalam FB pasal mini library untuk anak-anak. Prangg!! Ia satu tamparan yg ganass buatku yg langsung tak pernah terfikir pasal tu. sebelum saye hanya ingin mewujudkan mini library untuk diri sendiri jea. Artikel tu memberi guidance kepada ibubapa dalam memilih buku2 yang sesuai dengan perkembangan otak anak-anak. Adui!! sebelum ni saye buat acuh tak acuh jea dalam membeli buku untuk diorang. Aku pikir alah! nanti 5,6 tahun pandai ler tu membaca dan mengira kan? kat sekolah nanti cikgu diorang mesti ajar punye. Saye dulu pun darjah 1 baru nak belajar mengeja.. huk! huk! 
 
Tapi rupenya pendedahan kat rumah sebenarnya amat penting untuk perkembangan minda anak-anak. Humm..  ingat2 balik ada lebih kurang 2,3 bijik jea buku untuk diorang baca, colour and koyaks. Tu yang tak tahan tu.. Saye mula terpikir untuk membeli buku-buku yang sesuai dan berkualiti dengan diorang. Yelah! Abang Aqil dah masuk 4 tahun lebih dan Adik Qaisara baru 1 tahun lebih. Saye try usha kat Popular hari tu buku yang ada gambar dan objek-objek yang boleh dipegang tu memang mahal lebih kurang RM35 kot. Pastu buku-buku yang tebal semua berharga lebih daripada RM20. Pikir-pikir punye pikir saye akan beli buku-buku tu sikit-sikit. Kupujuk hati Alah! korbankanlah budget untuk tudung dan baju-bajuku demi anak-anak kan?

Tetiba 2 hari sebelum gaji masuk ni adik saye bagitau pasal Big Bad Wolf Sale dan saye try tanye member ofis yang dah pergi diorang cakap memang banyak buku untuk kanak-kanak. Hmm.. saye dah tersenyum sambil mencongak2 sisa-sisa duit ada. Argh! saye dah tak kira memang kena pergi ke sana jugakk!! .. .


Sehari selepas tu terus saye pergi ke Big Bad Wolf Sale owhh!! juling mataku.. buku kanak-kanak made in u.s and u.k murah gilers!! buku yang berharga RM30-RM50 kat Popular tu jatuh hanya RM5-RM10 jea. Terus jea ku sambar semua buku-buku yang sesuai dengan anak-anak sambil mengira budget yang ada di dalam poket..Gaji kan tak masuk lagi.. ngam2 duit baki cukup untuk beli air mineral saye blaah!!..


First day sempat sambar 14 biji sahaja.. .heheeee..Ya Allah! syukur sangat2 impianku untuk mewujudkan mini library termakbul dengan budget yang jauh lebih murah.  Saye tersenyum sampai ke telinga..Dalam hati aku akan pergi lagi lepas gaji masuk.. hahaaa..  

Second day saye pergi 2 hari lepas tu.. memang nak patah tangan membimbit buku2 yang berat giler tu.. tapi memang puas hati. Buku anak-anak dah terkumpul dalam 25 bijik, buku saye 4 bijik jea dan 6 bijik buku masakan adik yang dikirim.. Tamak tak?.. kira ni stok untuk setahun la.. harap2 buku2 tersebut dapat membantu diorang belajar mengenal warna, nombor, membaca, mengira dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Sebenarnya tak membazirkan beli buku banyak2 berbanding beli pakaian yang banyak2, betul tak?.. hehee..


Jom tengok hasil tangkapan saye di Big Bad Wolf Sale MIECC hari tu.. 


 Haha... Ni semua hasil penangan Big Bad Wolf Sale yang murah giler..

 Buku anak2 disusun dibawah. Buku2 kecil - buku rabbit, cat, hamster tu semuanya RM1-RM3 jea (Qaisara memang suka sangat..) 
 & buku kanak2 yg lain RM6-RM10 jea tau..

Ni plak buku masakan adik saye yang dikirim. Jumlah semua 5 biji buku baru RM70 jea.. Big Book of Baking tu hanya RM15 jea.. huhu. . mane nak cari murah macam tu?


 Buku mengenai benua China.. buku ni besar dan tebal.
 Harganya baru RM30. Ni buku paling mahal saye beli.. 

 

Jom berkunjung ke Big Bad Wolf Sale!! 
memang berbaloi-baloi saye cakap.. 

7/12/12 - 23/12/12 

Sempat lagiii!!




Sekian. 

 p/s - Entah2! weekend ni saye terjah lagi.. ampun!!!



 

 

Wednesday, December 12, 2012

IKHTIAR MENCARI BARANG HILANG


Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.


2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Monday, December 10, 2012

Santai di Taman Tasik Perdana

Sabtu lepas kami sekeluarga bersiar-siar di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Ini kali kedua saya berkunjung ke sini walaupun jaraknya 15 minit sahaja dari rumah kami di Taman Nirwana,Ampang. Taman Tasik Perdana memang mengujakan terutama Si abang Aqil yang excited sangat untuk bermain. Sebelum ni kami tak tahu pun kat sini memang best bersiar dengan anak-anak. Rupanya playground di taman ini sangat luas dan besar. Ada 3 kawasan playground memang tak puas diorang main. Banyak kawasan yang redup dan sesuai untuk bersantai walaupun pergi waktu tengahari. Kawasan tasik sungguh cantik dan menjadi tempat pengambaran bagi pasangan pengantin. Aisey! jelesnya... rasa macam nak pergi sewa baju pengantin plak .. hiihii..  Dalam kawasan Taman Tasik Perdana ni plak ada beberapa taman kecil di sini iaitu taman herba, taman mas cotek dan taman rusa. Semuanya dijaga dengan rapi dan sangat bersih... 


Selepas penat berjalan kami menaiki tramp untuk mengelilingi kawasan Taman Tasik Perdana ni. Tambangnya murah giler.. RM1 untuk orang dewasa dan RM0.50 jea untuk kanak-kanak. Mana nak dapat tambang murah macam tu? kalah Air-Asia.. Ada 2 jenis tramp disini. Tram pendek akan bawak pengunjung mengelilingi Taman Tasik Perdana dan tramp yang panjang akan bawa pergi meronda ke kawasan luar dari Taman Tasik Perdana iaitu ke Taman Burung, Taman rama-rama dan banyak lagi.. Heheee.. Abang Aqil memang seronok dan teruja sangat menaik tramp - trampt tersebut..  ( Ibu dan Abah pun excited jugak cuma malu nak ngaku..)


 Abang Aqil dan Qaisara yang excited bermain di playground..( adik Qaisara syeksyi skit..)


 Adik Qaisara yang berjalan tak berhenti-henti.. masa ni tenaga masih banyak..



 Bersantai di taman herba..sungguh tenang jea kat sini..

Tanaman hiasan dijaga dengan baik..

Melayan telatah 2 orang ni pun dah penat.. 

 Abah dan anak-anak..


Comel sungguh pokok yg kerdil2 itu.. geram jea!!

 Abang Aqil yang ambik gambar ni.. okey laa tu..


 Pokok ni chantikkkk!!

 Tak tahu plak pokok ni dah berapa ratus tahun.Besar dan tinggi giler tapi takde information plak..

 Qaisara yang sudah penat..

 Taman herba mas cotek yang tengah construction.. 
pokok kat sini kecil-kecil lagi..

Ada kawasan redup dan pondok kayu yang best di sini.. 

 Menaiki tramp pendek meronda kawasan Taman Tasik Perdana. Kalau berjalan hampir 2-3km jugak ler..patah kaki..

Tenang dan damai.. lupa plak duk KL mase ni.. 

 Teringat kg halamanku.. .





 Cozy..

 Kalau tak silap ni pokok biobab. tak de babe kat Malaysia.. 


Taman yang bersih..

 Kami menaik tram panjang plak. Tram ni akan membawa kami keluar daripada kawasan Taman Tasik Perdana.


Abang Aqil senyum sampai ke telinga. Ibu tanya Aqil seronok tak? dia cakap seronok sangat.. heheee.. 



Moral of the story Taman Tasik Perdana memang sesuai untuk bawak anak-anak bersiar-siar menikmati udara segar di tengah-tengah Kuala Lumpur.. Bawak bekal makanan dengan secukupnya pastu berjalanlah dengan sepuas hati.. poket ibu dan ayah pun tak kopak..  heheee