Monday, December 10, 2012

Santai di Taman Tasik Perdana

Sabtu lepas kami sekeluarga bersiar-siar di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Ini kali kedua saya berkunjung ke sini walaupun jaraknya 15 minit sahaja dari rumah kami di Taman Nirwana,Ampang. Taman Tasik Perdana memang mengujakan terutama Si abang Aqil yang excited sangat untuk bermain. Sebelum ni kami tak tahu pun kat sini memang best bersiar dengan anak-anak. Rupanya playground di taman ini sangat luas dan besar. Ada 3 kawasan playground memang tak puas diorang main. Banyak kawasan yang redup dan sesuai untuk bersantai walaupun pergi waktu tengahari. Kawasan tasik sungguh cantik dan menjadi tempat pengambaran bagi pasangan pengantin. Aisey! jelesnya... rasa macam nak pergi sewa baju pengantin plak .. hiihii..  Dalam kawasan Taman Tasik Perdana ni plak ada beberapa taman kecil di sini iaitu taman herba, taman mas cotek dan taman rusa. Semuanya dijaga dengan rapi dan sangat bersih... 


Selepas penat berjalan kami menaiki tramp untuk mengelilingi kawasan Taman Tasik Perdana ni. Tambangnya murah giler.. RM1 untuk orang dewasa dan RM0.50 jea untuk kanak-kanak. Mana nak dapat tambang murah macam tu? kalah Air-Asia.. Ada 2 jenis tramp disini. Tram pendek akan bawak pengunjung mengelilingi Taman Tasik Perdana dan tramp yang panjang akan bawa pergi meronda ke kawasan luar dari Taman Tasik Perdana iaitu ke Taman Burung, Taman rama-rama dan banyak lagi.. Heheee.. Abang Aqil memang seronok dan teruja sangat menaik tramp - trampt tersebut..  ( Ibu dan Abah pun excited jugak cuma malu nak ngaku..)


 Abang Aqil dan Qaisara yang excited bermain di playground..( adik Qaisara syeksyi skit..)


 Adik Qaisara yang berjalan tak berhenti-henti.. masa ni tenaga masih banyak..



 Bersantai di taman herba..sungguh tenang jea kat sini..

Tanaman hiasan dijaga dengan baik..

Melayan telatah 2 orang ni pun dah penat.. 

 Abah dan anak-anak..


Comel sungguh pokok yg kerdil2 itu.. geram jea!!

 Abang Aqil yang ambik gambar ni.. okey laa tu..


 Pokok ni chantikkkk!!

 Tak tahu plak pokok ni dah berapa ratus tahun.Besar dan tinggi giler tapi takde information plak..

 Qaisara yang sudah penat..

 Taman herba mas cotek yang tengah construction.. 
pokok kat sini kecil-kecil lagi..

Ada kawasan redup dan pondok kayu yang best di sini.. 

 Menaiki tramp pendek meronda kawasan Taman Tasik Perdana. Kalau berjalan hampir 2-3km jugak ler..patah kaki..

Tenang dan damai.. lupa plak duk KL mase ni.. 

 Teringat kg halamanku.. .





 Cozy..

 Kalau tak silap ni pokok biobab. tak de babe kat Malaysia.. 


Taman yang bersih..

 Kami menaik tram panjang plak. Tram ni akan membawa kami keluar daripada kawasan Taman Tasik Perdana.


Abang Aqil senyum sampai ke telinga. Ibu tanya Aqil seronok tak? dia cakap seronok sangat.. heheee.. 



Moral of the story Taman Tasik Perdana memang sesuai untuk bawak anak-anak bersiar-siar menikmati udara segar di tengah-tengah Kuala Lumpur.. Bawak bekal makanan dengan secukupnya pastu berjalanlah dengan sepuas hati.. poket ibu dan ayah pun tak kopak..  heheee



2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Fifah

seronoknya Abang Aqil tu...senyum selalu

dan dah pandai ambil gambar...nanti boleh la ibunya posing2

Unknown said...

Thank you atuk..