Berapa
ramai yg berkomunikasi dengan anak setiap hari? Wahai ibubapa!
Dengarlah cerita dan celoteh mereka. walaupun ceritanya sudah kita tahu
tetapi dengarlah, bertanyalah dan berbincanglah dengan mereka walaupun
hanya masalah penselnya yang hilang.Jadilah sahabat yang terbaik ketika
mereka kecil lagi.
Kelak bila mereka sudah besar dan mempunyai kawan, tiada apa yang hendak mereka bincangkan dengan ibubapa sendiri yang "sombong & ego". Walaupun mereka mempunyai masalah yang besar sekalipun. Kawan-kawan mereka adalah sumber rujukan utama kerana mereka "bosan" dengan ibubapa sendiri. Mengikut kajian anak-anak yang bermasalah pada zaman sekarang bukanlah dari keluarga yang susah dan tidak berpelajaran tetapi dari keluarga yang senang dan hebat. Ia berlaku kerana TIADA KOMUNIKASI yang berkesan di antara anak-anak dengan ibubapa.
Sikap ibubapa adalah contoh terbaik buat mereka. Jangan sedih jika bila mereka sudah bersekolah nanti mereka asyik dan leka dengan gajet-gajet canggih dan terkini. Sebenarnya kitalah yang mengajar mereka semua itu ketika mereka kecil secara tidak sengaja.
Ketahuilah anak-anak yang cemerlang ialah anak-anak yang mendapat perhatian dan kasih-sayang yang penuh daripada ibubapa. Jauh sekali jelingan, herdikan atau kata-kata kasar menjadi "makanan" harian mereka. Disiplinkan mereka dengan ajaran ISLAM secara BERHEMAH. Insya ALLAH mereka akan menjadi anak yang soleh dan benar-benar cemerlang.

Berubahlah sekarang wahai ibubapa sebelum terlambat. Sudah tiada guna harta bertimbun, ijazah tertinggi dan segala kesenangan dunia jika anak-anakmu menjadi orang yang fasik dan hina di hadapan Allah s.w.t kelak. Didiklah mereka agar menjadi murabbi, insan yang sempurna dan cemerlang di dalam hidup serta menjadi permata hati kesayangan ibubapa selamanya.
No comments:
Post a Comment