Wednesday, January 20, 2016

KITA seperti apa yg kita USAHA



HARI INI
Kita mencari ILMU, maka KEPANDAIAN akan menguasai
Kita mencari KEIMANAN, maka KETAQWAAN akan dirasai
Kita mencari KEKAYAAN, maka KEMEWAHAN akan dimiliki

Kita mencari KESIHATAN, maka KECERGASAN akan dinikmati
Kita mencari KECANTIKAN, maka KEINDAHAN akan diperolehi


KITA seperti apa yg kita USAHA
KITA usaha PELBAGAI PERKARA
maka PELBAGAI PERKARA akan dmiliki KELAK
Mungkin bukan sekarang tapi MASA HADAPAN


JIKA kita TIDAK USAHA apa-apa
TIADA apa-apa yang akan DIPEROLEH kelak
10 tahun akan datang kita MASIH SAMA seperti hari ini
Bahkan MUNGKIN LEBIH BURUK dari semalam



HARI INI adalah PERMATA untuk hari esok
Tingkatkan usaha hari ini untuk kebahagiaan hari esok
Letakkan matlamat hari ini untuk KECEMERLANGAN hari esok
RENUNG sejenak.. kerana IMPIAN hari esok sebenarnya bermula pada HARI INI

Tuesday, January 12, 2016

Western FOOD yang SEDAP kat KL

Assalamualaikum semua...
Setelah hampir 5 tahun bermastaurin di Ampang, Kuala Lumpur ni..Rasanya Kak Muny nak share antara tempat makan yang best dan sedap untuk sahabat2 yang mengidam nak makan makanan sedapp dengan harga yang reasonable.
Mana tahu nanti sambil bercuti di Kuala Lumpur pening nak cari tempat makan yang sedap kan? Jalan2 pun dah bersimpang siur... hmm....jangan risau ok.. syukur sangat2 dah ada pakcik waze dan google map ape lagi? Taip jea..kan sonang...
Okey! Kalau korang nak makan western food yg sodappp dan lazat.. boleh la cuba di restoran FISKE STEAKHOUSE di Keramat AU. Kak Muny bagi 5 bintang.. sedap, bersih, senang parking dan kawasan yg agak tenang.. paling syok! Makanan dia mmg marvellous..

Macammane nak cari? hmm.. try taip restoranFISKE STEAKHOUSE. Ada tak? Kalau tak try korang cari SAPURA keramat AU. Kedai tu betul2 opposite kilang sapura ok. Senang jea nak cari tau.. jom! 

Friday, January 8, 2016

Kisah hari ini

Hari ini ujian UKFA dijalankan untuk pelajar semester 1 mengenai tahap kefahaman Fardhu Ain mereka. Alhamdulillah! aku sempat menemuduga beberapa orang pelajar dan salah seorang dari mereka menarik perhatianku. Berkulit gelap sawo matang, bertubuh kekar dan tegap. Penampilannya berbeza dari pelajar IKM yang kebiasaannya. Ia menimbulkan persoalan dibenakku.
Aku menemuduga seperti biasa, cuba berselindung pertanyaan yang terbuku dibenakku. Ternyata tahap kefahamannya adalah baik tapi bacaan alquran agak hancur. Dia langsung tak mengenal huruf alquran. Aku tersenyum kerana ia perkara biasa bagi pelajar kami.
Aku mula bertanya, cuba merungkai persoalan dibenakku. "Boleh saya tahu ayah kamu kerja apa?
Dia tunduk menjawab " ayah saya tak bekerja puan, dia terlantar sakit strok".
aku menelan liur. Allah! beratnya ujian yang dihadapi.. aku terus bertanya lagi "Ibu awak bekerja?"
"Ya, ibu saya berkerja di kedai farmasi untuk sara kami 7 beradik".
Berat dia menjawab dengan lemah dia tunduk ke bawah. Aku merenung lengannya yang berketak-ketak.
"Awak mesti bekerja beratkan? sebab saya tengok lengan awak macam The Rock" aku cuba berseloroh.
Namun air matanya deras tertumpah disitu juga. Dia menangis teresak-esak. sambil menjawab
" Ya puan, saya kerja mengangkat batu bata untuk buat rumah".
Runtun perasaanku.. Ya Allah! beratnya dugaan pelajar ini. Aku cuba untuk menenangkannya.
"Awak seorang anak yang baik, buat azam tahun 2016 ni untuk cukupkan solat 5 waktu dan belajar al-quran, boleh?"
Tangisannya mula pecah berderai. Air mata yang deras mengalir itu cukup untuk menggambarkan jerih-perih kisah hidupnya. Aku tersentuh. cukup sayu. Ya Allah! bantulah pelajarku ini.
Dalam teresak-esak dia berkata "Maaf puan, saya teringat mak saya kat kampung". Dia terus berlalu tanpa sempat aku berkata apa-apa.. aku terkedu.. maaf cikgu tak sengaja bertanya soalan yang mungkin terlalu sensitif buat kamu.
Namun.. Insya! Allah! kami pasti akan membantu kamu - J

Thursday, January 7, 2016

Menulis IMPIAN dengan JELAS


Assalamualaikum semua..

Hampir setahun Kak Muniy menyepi dari menulis dan berkongsi kata-kata nasihat di blog Aksara Motivasi. Tahun 2016 yang menjelma ini didoakan semoga segala impian tercapai dengan membawa seribu keberkatan, rahmat dan keredhaan Allah swt atas setiap apa yang kita lakukan.. Amin.. Hmmm... Dah tulis impian untuk tahun 2016? 




Kali ni Kak Muniy nak berkongsi cara menulis impian dengan betul... Kaedah ini Kak Muniy belajar dari Kursus IMKK yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman pada December 2015 yang lepas. Okey! secara ringkasnya begini - Ramai antara kita yang tak tahu bahawasanya apa2 sahaja yang kita impikan perlu DITULIS. TULISAN itu adalah DOA yang MUSTAJAB. Untuk berjaya dalam hidup perlu ada matlamat yang jelas dan IMPIAN yang besar,. mak akaks cakap BIG DREAM gitew! 




Tapi.. haa.. setiap impian perlu lah ditulis dengan JELAS! - Kena tulis BILA, DIMANA, DENGAN SIAPA dan semua sekali yang kita nak tu  okey! paham ke paham? Jom! tulis impian kita dengan JELAS!  contohnya...  amboi! siap bagi contoh sekali naa.. maklumlah jadik cikgu ni kena ada banyak contoh.. baru pelajar cepat paham.. tak gitew? ...


"1 Dec 2016 nanti Alhamdulillah! aku telah memiliki banglo mewah 3 tingkat yang mengadap tasik Chempaka, Bandar Baru Bangi yang berwarna putih ".. haaa jelas tak?  submitkan impian kita kepada Allah swt pada waktu2 mustajab doa. 



haa.. ni laa rumah impian Kak Muniy.. tak tahu laa kenapa dari tahun 2004 lagi duk berangan nak duk kat sini.. hahahaaa.. 




Second dream kita plak -  " Alhamdulilllah! pada 5 Jun 2017 aku telah berjaya menjejak kaki ke gua Ice Cave Tour in Island bersama-sama dengan suami dengan menaiki pesawat KLM". Chewaah!

 Best tak impian kita? haa.. yang penting jangan takut nak tulis impian. Sebab nak  tulis impian kita sebenarnya FREE tanpe duit 1 sen pun  haaa.... Tapi Allah swt tu Maha Mendengar. Dia lah yang mengabulkan setiap impian kita. Bukankah Allah swt tu tuhan yang Maha Kaya ? Dia akan mengabulkan permohonan hamba-Nya dengan Izin-Nya. Insya Allah!...


impian nak melawat gua ais ni baru tercetus pada tahun 2016 ni sebab tengok video klip lagu cerita Dilwale..heee...  cantikkkkk! sangat.... rasa cam amazing giler tempat ni... kan?.. 



So sekian dulu coretan pertama untuk 2016. Kak Muniy doakan semua impian korang tercapai... Doakan juga semoga semua impian Kak Muniy tercapai yea.. Adios!  bye! bye!