Thursday, January 7, 2016

Menulis IMPIAN dengan JELAS


Assalamualaikum semua..

Hampir setahun Kak Muniy menyepi dari menulis dan berkongsi kata-kata nasihat di blog Aksara Motivasi. Tahun 2016 yang menjelma ini didoakan semoga segala impian tercapai dengan membawa seribu keberkatan, rahmat dan keredhaan Allah swt atas setiap apa yang kita lakukan.. Amin.. Hmmm... Dah tulis impian untuk tahun 2016? 




Kali ni Kak Muniy nak berkongsi cara menulis impian dengan betul... Kaedah ini Kak Muniy belajar dari Kursus IMKK yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman pada December 2015 yang lepas. Okey! secara ringkasnya begini - Ramai antara kita yang tak tahu bahawasanya apa2 sahaja yang kita impikan perlu DITULIS. TULISAN itu adalah DOA yang MUSTAJAB. Untuk berjaya dalam hidup perlu ada matlamat yang jelas dan IMPIAN yang besar,. mak akaks cakap BIG DREAM gitew! 




Tapi.. haa.. setiap impian perlu lah ditulis dengan JELAS! - Kena tulis BILA, DIMANA, DENGAN SIAPA dan semua sekali yang kita nak tu  okey! paham ke paham? Jom! tulis impian kita dengan JELAS!  contohnya...  amboi! siap bagi contoh sekali naa.. maklumlah jadik cikgu ni kena ada banyak contoh.. baru pelajar cepat paham.. tak gitew? ...


"1 Dec 2016 nanti Alhamdulillah! aku telah memiliki banglo mewah 3 tingkat yang mengadap tasik Chempaka, Bandar Baru Bangi yang berwarna putih ".. haaa jelas tak?  submitkan impian kita kepada Allah swt pada waktu2 mustajab doa. 



haa.. ni laa rumah impian Kak Muniy.. tak tahu laa kenapa dari tahun 2004 lagi duk berangan nak duk kat sini.. hahahaaa.. 




Second dream kita plak -  " Alhamdulilllah! pada 5 Jun 2017 aku telah berjaya menjejak kaki ke gua Ice Cave Tour in Island bersama-sama dengan suami dengan menaiki pesawat KLM". Chewaah!

 Best tak impian kita? haa.. yang penting jangan takut nak tulis impian. Sebab nak  tulis impian kita sebenarnya FREE tanpe duit 1 sen pun  haaa.... Tapi Allah swt tu Maha Mendengar. Dia lah yang mengabulkan setiap impian kita. Bukankah Allah swt tu tuhan yang Maha Kaya ? Dia akan mengabulkan permohonan hamba-Nya dengan Izin-Nya. Insya Allah!...


impian nak melawat gua ais ni baru tercetus pada tahun 2016 ni sebab tengok video klip lagu cerita Dilwale..heee...  cantikkkkk! sangat.... rasa cam amazing giler tempat ni... kan?.. 



So sekian dulu coretan pertama untuk 2016. Kak Muniy doakan semua impian korang tercapai... Doakan juga semoga semua impian Kak Muniy tercapai yea.. Adios!  bye! bye!


1 comment:

Anonymous said...

Assalmualaikum.
Kak,mcm mna impian akk.Citerlh sket. Mna tahu boleh jadi inspirasi.