Monday, July 12, 2010

5S - SENYUM, SABAR, SOLAT, SYUKUR & SENTIASA AMAL

Semenjak awal tahun lagi pihak pengurusan di tempat saya bekerja sibuk menjalankan 5s bagi memastikan kriteria yang diperlukan semasa penilaian dipenuhi. Saya yakin 5s banyak akan membantu semua kakitangan bekerja dengan lebih kemas dan cekap pada masa akan datang.

Apakata jika kita amalkan 5s dalam diri kita iaitu senyum, sabar, solat, syukur dan sentiasa amal.


i- Senyum - ceriakan wajah kita selalu. Terutama kepada rakan-rakan yang rapat dengan kita. Lemparkan senyuman anda juga kepada pelajar, kerani,tukang sapu dan semua orang disekeliling kerana tanpa mereka kita tak mampu bekerja dengan selesa pada hari ini. Betulkan?


ii- Sabar - sabar maksudnya sangat meluas. Banyak benda yang kita kena sabar sebenarnya. Antaranya sabar daripada mengumpat, sabar daripada berkata kasar dan kurang ajar, sabar daripada kemarahan dalam diri, sabar daripada kebosanan, sabar daripada kemalasan dan sabar daripada semua perkara buruk..


iii- solat - disiplinkan diri solat diawal waktu. jaga diri daripada perkara-perkara yang boleh mengganggu kekhusyukan hati dalam solat Antaranya maksiat, mengumpat, buka aurat, memfitnah dan lain-lain lagi. Saat yang paling bahagia sekali dalam hidup kita sebenarnya ialah semasa menunaikan qiammullai.. Saat kita sujud dan berdoa dengan sepenuh hati, ketika itu dapat dirasakan Allah terlalu hampir dihadapan kita. Dia yang memberi kita kekuatan jiwa walaupun pernah dihina, kebahagiaan dalam rumahtangga, ketenangan fikiran, minda yang positif, suasana yang tenang dan harmoni serta rezeki yang berkat dan melimpah ruah.



iv- Syukur - syukur kerana masih bernafas. Itu yang kita perlu lakukan selepas bangun dari tidur. Syukur kerana sihat, masih dalam islam, diberi kekuatan untuk solat dengan khusyuk (hmmm.. sesetengah orang bersolat tapi tidak boleh khusyuk, betul tak?), hati yang bahagia, dada yang lapang, fikiran yang positif, jiwa yang tabah dan kuat, keluarga yang penyayang, rakan sekerja yang bekerjasama, suasana kerja yang aman dan tenteram, masalah berkurangan, duit yang mencukupi,rezeki yang berkat,keselamatan diri, dijauhkan daripada orang2 yang berhati busuk dan suka mengumpat, dihindari dari orang-orang yang berhasad-dengki dan suka mengambil kesempatan, dihindari daripada ketua yang selalu dikipas, diberi rezeki yang melimpah ruah, dan wahh!! banyak lagi.. Alhamdulillah!!

v- sentiasa amal - yea! cuba amalkan setiap masa - senyum kepada orang yang dikenali dan rapat dengan kita. Sabar menghadapi ujian Allah. Solat pada awal waktu dan syukur pada setiap saat. Insyaallah hidup akan sentiasa diberkati, dirahmati dan beroleh ketenangan yang sejati..

Nukilan Ikhlas : fifahnazri

No comments: