TIPS OLEH DR IRFAN KHAIRI :
Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.
Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.
Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Comment di Tip Satu Minit juga perlu positif
Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!
Wahh!! cuba test.
1. Bila nampak orang tua - orang yang banyak pengalaman hidup dan pasti banyak amalan.
2. Bila nampak kanak-kanak - orang yang bersih dari sebarang dosa.
3. Bila nampak orang kafir - mungkin suatu masa dia akan memeluk islam dan dosanya bersih seperti bayi baru lahir.
4. Bila rasa bosan dan penat bekerja - teringat kepada pendatang asing yang sanggup bekerja berat demi upah yang tak seberapa.
5. Bila berdepan dengan orang yang kurang ajar -tenang jea kerana segala hamburan kata2 kesat adalah doa kepada dirinya sendiri.
6. Bila nampak kereta mewah - kata pada diri aku ingin miliki ia suatu masa nanti.
7. Bila nampak orang yang tidak menutup aurat - mungkin suatu masa dia insaf dan akan jadi lebih baik dari diri kita.
8. Bila dihina - ingat nabi Muhammad lagi teruk dihina daripada kita dan Nabi Yusuf pun pernah dipenjara.
hmm.. macam2 lagi situasi yang kita hadapi dalam seharian...
No comments:
Post a Comment