Saturday, November 5, 2011

SELAMAT BERSALIN

Salam..

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan anak perempuan pada 26 Oktober 2011 lepas. Betul-betul pada Hari Raya Deepavali.. hahaha..Namun begitu saya amat bersyukur kerana kelahiran anak yang kedua ini dipermudahkan Allah s.w.t. Banyak doa yang saya panjatkan kehadrat Allah s.w.t, diantaranya saya berdoa semoga dapat anak perempuan (doa ini sebelum mengandung lagi :)), kedua doa semoga diringankan beban kesakitan semasa melahirkan, seterusnya saya berdoa semoga bersalin pada tarikh tidak jauh dari jangkaan iaitu pada 24 Oktober 2011 dan yang terakhir sekali saya berdoa agar suami berada disisi sepanjang proses kelahiran. Alhamdulillah semua doa diatas dikabulkan oleh Allah s.w.t. 


Pada awal kehamilan saya berniat semoga saya dapat menghabiskan senaskah al-quran, namun hajat tidak kesampaian. Namun begitu saya selalu mengamalkan membaca surah Maryam, At-Taubah dan Yasin. 3 surah ini saya selalu dibaca memandangkan saya tidak sempat menghabiskan 30 juzuk al-quran. Alhamdulillah! kelahiran yang kedua ini dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t. 


Kebetulan pula tarikh kelahiran anak yang kedua ini tidak jauh beza dengan tarikh hari lahir anak yang pertama iaitu pada 2 Nov 2008. Jadi, nextyear birthday mereka boleh diraikan sekali. Betul tak? (hmmm.. abahnya tersenyum lebar sambil menggosok-gosok kocek seluar).


Anak yang kedua ini diberi nama Qaisara Azzahra. Nama Qaisara diambil sebab selalu membaca blog Norhayati Berahim (hahaha..). Manakala Azzahra pula diambil sempena gelaran puteri kesayangan Rasulullah s.a.w iaitu Fatimah Azzahra. Maksud Qaisara Azzahra iailah Permaisuri Berkilau-kilauan @ permaisuri bunga. Gambar anak? insyaallah akan diupload bile USB kabel hp saya dijumpai.. hehehe.. Sekian.

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Fifah

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Moga Allah Terima Ibadah Kita

Alhamdulillah
Syukur
Tahniah
selamat dan dipermudahkan
moga Qaisara Azzahra menjadi anak yg soleh

Wassalam

Unknown said...

Thanks Atuk. Selamat menyambut Aiduladha dengan penuh kebahagiaan.

Ibu Yusuf Maryam said...

Alhamdulillah.. tahniah buat fifah atas kelahiran permata baru dalam keluarga.. Selamat hari raya aidiladha.. :D

Anonymous said...

tahniah untuk akak. semoga berbahgia disamping keluarge yang tercinta. :-)

Unknown said...

wahh dah update blog!!
tahniah kak munie dpt baby girl.. Qaisara Azzahra, sedap nama tu

fifahnazri said...

Terima kasih kepada Zefa, Syahirah dan Hanis..