Sunday, November 6, 2011

Sentiasa buat baik, khusyuk berharap rahsia doa dimakbul

2011/08/14

Soalan: 
USTAZ, saya selalu berdoa setiap kali sesudah solat. Namun bagaimana cara menjadikan doa kita dimakbulkan Allah. Mungkinkah doa kita akan ditolak walaupun doa yang kita mohon itu baik. 
HAMBA ALLAH, Kulim, Kedah.
Jawapan: 
ALHAMDULILLAH wassolatuwassalam ‘ala rasulillah waba’d. Allah SWT mahu agar manusia mengucap, “Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku” supaya manusia memperoleh pahala. Namun ucapan itu hendaklah lahir dari hati yang ikhlas dan dengan sukarela. Perlu diingat, mungkin seseorang memohon sesuatu yang menurut sangkaannya baik, tetapi menurut Allah akan mendatangkan keburukan bagi dirinya. Manusia memohon kekayaan, kalau diberi dapat merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari Allah. Kekayaan yang diberikan kemudian digunakan untuk melanggar ketentuan atau hukum Allah. 

Allah berkeinginan menjaga dan melindungi hamba-Nya, memberi kurniaan pahala akhirat dan kebahagiaan syurga. Suatu ketika, seseorang yang mengikuti satu rombongan pelancongan menyesal kerana bas yang hendak dinaikinya terlepas. 

Namun beberapa ketika, dia mendapat berita bas yang mahu dinaikinya itu terbabit kemalangan mengerikan. Ternyata gagalnya tadi sebenarnya ada hikmah, sebab jika dia berada bersama rombongan dalam bas, maka dia juga akan mendapat kecelakaan. 
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik kepadamu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” 

Pada umumnya manusia melihat dunia dari sudut lahiriah saja, tidak sampai kepada hakikat. Manusia lupa akan kewajipan dalam menuntut haknya (memohon dalam berdoa). 

Bagaimana kewajipan yang seharusnya dipenuhi oleh manusia dalam berdoa. Perkara terbabit dijelaskan oleh Allah SWT ketika nabi-nabi memohon doa kepada-Nya dan doa itu dikabulkan Allah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 90 yang bermaksud: “Bahawasanya mereka adalah orang yang selalu bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang khusyuk kepada kami.” 

Doa Nabi dikabulkan Allah kerana Nabi menyandang tiga sifat sebagai syarat dikabulkan doa. Pertama, selalu bersegera dalam mengerjakan perbuatan baik. Kedua, berdoa dengan (perasaan) harap dan cemas kalau doanya tidak dikabulkan. Ketiga, khusyuk, tunduk dan patuh kepada Allah. 

Demikianlah, wallahua’lam. 

sumber : berita harian.

4 comments:

atuk said...

Salam Aidil Adha Fifah

terima kasih..kongsi ilmu..

Wassalam

model pakaian muslim wanita said...

wow great post thanks

Gombug said...

Dapatkan memori 50GB kapasiti simpanan foto, muzik, video dan apa sahaja untuk telefon anda secara percuma hari ini tanpa sebarang bayaran dari Gombug.net! Sebelum 31 Dec 2012 - http://adf.ly/4O5uz

arco iris niña said...

salam saya blogger gadis reformasi menjemput anda ke blog baru saya muzikandalusia.blogspot.com
terima kasih kerana jadi follower di blog lama saya :)