Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan saya cuti bersalin, hari ini 16 Januari 2012 saya kembali bertugas. Cabaran dan dugaan sebagai seorang guru di IKMKL akan bermula. Saya benar-benar berharap Allah s.w.t akan permudahkan segala urusan. Hari ini juga merupakan hari pertama buat si kecil Qaisara di rumah pengasuh. Risau juga takut Qaisara meragam kerana belum biasa minum susu menggunakan botol. Harap pengasuh dapat menjaganya dengan baik-baik.
Tahun 2012 merupakan permulaan yang "segar" bagi saya. Tugasan demi tugasan sudah mula terbayang. Siapkan PNP, pemantauan MQA, tugasan pelajar dan pelbagai lagi harus disiapkan. Doa saya harap dipermudahkan dan dijauhkan dari dizalimi. Azam utama tahun baru pastinya menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Kerjaya, kewangan mahupun keluarga pastinya memerlukan target tertentu untuk dicapai. Harap segala impian akan tercapai.
30. Itulah angka yang agak ditakuti. Ya, tahun ini usia saya memasuki 30 tahun. Kedengaran diri sudah tua sedikit. Walaupun jiwa sebenarnya masih muda remaja seperti umur 20 tahun dahulu. (hehehe.. ) Semasa saya remaja dahulu saya beranggapan orang yang berusia 30 ini sudah matang, sangat dewasa dan penuh dengan pengalaman hidup. Namun saya sedari anggapan saya itu salah. Kematangan tidak bergantung kepada usia. Kematangan sebenarnya bergantung kepada hidayah Allah. Hidayah Allah sebenarnya membuat diri kita matang tahu bezakan yang benar dan salah.
Umur 30 tahun adalah titik sempadan kepada beberapa impian saya semasa zaman remaja dahulu. Antaranya ialah berkahwin. Ya, target saya ingin berkahwin pada umur 25 tahun atau sekurang-kurangnya sebelum 30. Alhamdulillah! ia tercapai juga tepat pada umur 25 tahun. :) . Impian saya yang seterusnya ialah menunaikan haji atau sekurang-kurangnya menunaikan umrah ke Mekah sebelum atau pada umur 30. Ia masih belum tercapai dan saya masih berkira-kira wang simpanan yang belum mencukupi itu. Terakhir sekali ialah menyambung pelajaran ke peringkat Master (sebelum atau pada umur 30) juga masih belum terlaksana kerana kursus yang dipohon asyik ditolak. Hmm.. agak kecewa juga. Namun saya masih berharap semua impian akan terlaksana juga suatu masa nanti. Insyallah!!
p/s - Jom bina impian @ target sebelum umur 40, 50 dan pencen plak.
8 comments:
Assalamualaikum Fifah
selamat bertugas kembali
moga dipermudahkan segala urusan serta menjadi seorang pendidik yg boleh membawa insan lain bahagia di dunia dan Akhirat...Insyaallah
SALAM..wahh bagus2..
insya Allah semua impian akan menjadi kenyataan jika diiringi usaha yang berterusan..
salam...
selamat kembali...moga segala impian jadi kenyataan..
Salam...terima kasih kerana sudi singgah & follow Kak Aina. Dalam hidup mesti mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Semua itu akan menjadikan supaya kita lebih berusaha utk mencapai matlamat kita.
Kak Aina menhitung tahun utk ke 4 series...:)
Salam,
LF dan isteri doakan hasrat nak menunaikan fardhu haji tercapai. Amin
sekurang2nya dah ada impian tercapai...teruskan berusaha utk merealisasikan impian2 adik!
selamat bertugas kembali:)
Terima kasih kpd Atuk, Hanis, Qhaifa, Luah fikiran dan teratai.
assalam
teruskan berusaha insya-allah impian akan tercapai.. :))
Post a Comment