Wednesday, April 4, 2012

SANDARKAN KEPADA ALLAH

Dalam hidup ini pelbagai ujian dan dugaan telah kita lalui. Pahit dan manis adalah resam kehidupan. Alangkah indahnya jika kita sandarkan setiap yang terjadi dalam hidup kita itu kepada Allah s.w.t. 

Sebagai contoh jika kita terselamat daripada musibah, fikirlah Allah yang telah yang menyelamatkan kita.Contohnya jika terselamat dalam kemalangan jalan raya, terus kita berkata
"Oh! nasib baik keretaku tu BMW, kalau kereta lain maunya aku ni dah jalan". 
Seolah-olah ia bermaksud kereta BMW itu yang menyelamatkan nyawa kita. Sedangkan Allah s.w.t yang mentakdirkan kita selamat tidak kira apa jenis apa kenderaan yang dinaiki dan bagaimana situasi sekalipun.
Sebaliknya cuba kita berkata,
"Alhamdulillah! syukur sangat-sangat Allah selamatkan kita. Nasib baik ketahanan kereta BMW tu dapat mengelakkan kita dari cedera lebih teruk".
Begitu juga jika kita mengecapi kejayaan. Terus sahaja lidah kita menyebut
"Oh! ini adalah usahaku yang tanpa jemu selama ini berusaha dengan bersungguh-sungguh." 
Ia gambaran bahawa dengan usaha kita seorang diri tanpa bantuan sesiapa kita beroleh kejayaan tersebut.
Sebaliknya, cuba kita berkata,
"Alhamdulillah! ini semua anugerah Allah kepadaku  di atas usahaku selama ini. Allah lah yang memberikan kekuatan dan keupayaan untuk aku mencapai kejayaan pada hari ini."
Begitulah jika kita menjadi orang yang cantik dan sihat, kebanyakkan kita akan berkata,
"ini adalah keajaiban yang diperoleh daripada produk X. Tanpa produk X tidak mungkin saya akan sihat dan cantik seperti sekarang.Terima kasih kepada produk X".
Alangkah baiknya jika kita berkata
"Syukur kepada Allah kerana telah menjadikan impian saya suatu kenyataan.  kesihatan dan kecantikan yang saya miliki pada hari ini adalah usaha saya mengamalkan produk X."

Kalau ayat saya tu macam tak best, guna jea ayat yang sesuai yang boleh mengaitkan dengan pencipta dahulu sebelum mengaitkannya dengan benda atau orang.
 Hmm.. macamane boleh tak? Sama-sama kita cuba yea menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam dengan mengaitkan semua amalan, peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian disandarkan kepada Allah. Insyaaallah! kehidupan kita pasti lebih bermakna dan hati akan menjadi tenang dengan bersyukur kepada Allah s.w.t.

1 comment:

Fai Nardir said...

betul tu... sesungguhnya apa yg kita ada sekarang ni adalah berkat ihsan dan kasih sayang dariNya, bukan kerana kita ni hebat atau rajin ;)