Assalamualaikum..
Hari yang indah ini lebih indah jika dipenuhi hati dengan mengingati Allah s.w.t.Bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh kepada kita. Nikmat kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, sahabat yang sefahaman, iman yang kuat, anak-anak yang sihat, rezeki yang melimpah-ruah, di beri keselamatan, perlindungan dan wahh! sangat banyak nikmat yang dikecapi pada saat ini sehingga lenguh jari ini menaip pun masih tak akan habis kan nikmat yang diberi Allah kepada kita?

So,let say together
subhanallah, alhamdulillah, wa lailahaillah wa Allahu Akbar.. 10x
subhanallah, alhamdulillah, wa lailahaillah wa Allahu Akbar.. 10x
Sebagai
seorang guru tak kira guru matematik atau apa sahaja, jom kita jadikan
diri kita pendidik yang terbaik di sisi Allah. Dalam kita menunaikan
amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan,
alangkah indahnya jika ia disertai dengan keikhlasan. Pasti ganjaran
yang hebat disisi Allah sedang menanti.. Insyaallah!
Bagaimana caranya untuk mengikhlaskan diri kepada pencipta?
1. Mengajar dengan sabar dan jangan marah-marah... heehehe.. (cakap senang, nak buat err susah jugak tuu..)
2.
Buangkan segala sifat riak dan sombong yang terlintas dihati. Rendahkan
diri dalam menyampai ilmu. Insyaallah ilmu yang disampai akan berkat
walaupun setakat ilmu dunia.. (matematik la tuu.. )
3.
Kaitkan ilmu yang disampai dengan pencipta.. ( alahh.. reka jea la
aper2.. biar students tahu semua ilmu dan pengetahuan yang kita pelajari
pada hari ini adalah ilmu Allah s.w.t)
4.
Tolonglah pelajar yang lemah, jangan sekali-kali mereka dimaki atau
dihina hanya kerana mereka lemah. Sebaliknya cuba kita puji usaha dia
yang bersungguh-sungguh menjawab soalan walaupun hampir semua jawapannya
salah.. isk3x!...key word : bantu.. bantu.. bantu...
5. Jangan sekali-kali mengaibkan pelajar, rakan atau sesiapa sahaja dengan mengumpat, menghina, mencerca dibelakang mereka. Sekalipun mereka tidak mengetahui, ingatlah Allah mengetahui akan tiap sesuatu.
6.
Ingatlah kerja sebagai pendidik adalah pekerjaan yang terpuji jika
dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan mengharap keredhaanNya.
pahalanya akan berterusan sehingga kita menutup mata nanti..
Insyaallah!!
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.. Salam sayang buat semua pendidik yang ikhlas diseluruh dunia.. Chewwah!!...
1 comment:
Assalamualaikum Fifah
berguna juga untuk yg bukan guru
ibubapa juga boleh jadi panduan untuk mendidik anak2
Post a Comment