Thursday, January 10, 2013

KRISIS AIR DI SELANGOR

Semenjak akhir-akhir ini hampir setiap hari berita mengenai krisis air di Selangor keluar dalam media massa. Krisis air ini telah berlaku hampir 2 minggu lepas lagi namun ia semakin kritikal semakin hari. Sebelum ini kami belum pernah menghadapi krisis air sebegini. Paling teruk pun air menjadi perlahan. Tetapi bermula petang Ahad lepas (6 Jan2013) air mula mengering sehingga setitik pun tarak... huwaaa!! gua mahu menangis..

Terasa hidup menjadi huru-hara sekejap. Hari pertama kami tak sempat menyimpan air kerana ingatkan air takde sekejap saja. Tapi tak sangka ia berlarutan berhari-hari. Hari ke-3 air keluar tetapi sangat perlahan. Saya sempat mengisi semua bekas kosong yang ada dirumah waktu itu. Tong-tong air di kawasan kg. Pandan ni hampir habis dijual dan penjual langsung tidak mahu mengurangkan harga. Huuuhh! ambik kesempatan betul diorang ni.. Namun begitu, Alhamdulillah! kami masih ada tempat berteduh untuk menumpang air. Kalau tak memang haru-biru jugak laa.. 

Masuk hari ini sudah 4 hari kami terpaksa menumpang di rumah kakak di Jalan U-Thant.Tak tahu sampai bila begini. Sungguh penat rasanya apabila setiap hari kami mengangkut semua pakaian untuk tidur di rumah kakak. Pagi-pagi lagi kami keluar menghantar anak-anak sebelum ke tempat kerja. Inilah ujian dan dugaan Allah buat kita semua. Ia menyedarkan saya betapa besarnya nikmat air kepada kita selama ni. Selama ini kita terleka bahawa ia nikmat Allah yang dipinjamkan buat sementara. Sebenarnya bila-bila waktu Allah boleh mengambil semula.

 Bayangkan bila krisis air ini berlaku semua kedai dobi tutup. Kedai Car Wash pun mengalami nasib yang sama. Penduduk-penduduk terutama di apartment terpaksa mengangkut air dari lori SYABAS yang datang pada waktu-waktu tertentu. Huhuuu.. Saya tak boleh bayangkan mereka yang tinggal di flat yang tiada lif. Memang sungguh kesian. 

Semalam di Sri pinang Villa lori SYABAS datang 1 trip sahaja. Sebelum tu 3 trip sehari. Oleh itu, penduduk terpaksa beratur panjang untuk mengambil air. Kawasan depan lif bertukar menjadi becak dan kotor.  Ada yang sempat mendapatkannya tetapi ramai jugak yang berputih mata. Saya hanya mampu memerhati sahaja. Nak angkut air memang tak terdaya memandangkan saya tengah berbadan dua.. air simpanan di rumah masih ada lagi. Cukup untuk berwuduk dan emergency sahaja.. huhuu..

 Antara penduduk yang terawal datang beratur mengambil air dari lori SYABAS.




 Anak-anak yang happy bermain di kawasan apartment. Aqil dan Danish 2 sahabat membesar bersama..


 Barisan semakin panjang.. Ada yang berulang-alik sampai 2,3 kali..


Ada yang lewat sampai tak sempat untuk mendapatkan air
 walaupun sudah beratur lama... kesian!


Ujian dan dugaan ini ada hikmahnya. Ia benar-benar menguji sejauhmana kesabaran kita. Paling ketara ia meyedarkan betapa besarnya nikmat Allah yang dikurniakan selama ini. Masyaallah! saya mula tersedar..

2 comments:

Unknown said...

kak munie, boleh baca paper sinar harian hari ini..penjelasan MB Selangor tentang krisis air yang berlaku..buat masa ini, telah dibina paip pintasan mula malam tadi untuk menangani krisis air tersebut..jangka siap dlm 5 hari.. insya' Allah tak la sampai tahun baru cina pulak..

atuk said...

Assalamualaikum Fifah

Alhamdulillah
temoat saya tu hari cuma 2 hari yg tiada air