Minggu lepas saya menghadiri kursus kedai online secara berbayar yang dianjurkan oleh Tuan Shahabudeen Jalil. Banyak ilmu dan perkongsian yang dicurahkan oleh saudara Ramdan dan Zari sepanjang kursus dijalankan. Kami diajar secara mentoring bagaimana membuka kedai online di lot.my. Alhamdulillah! saya amat berpuas hati dengan content kursus kerana ia banyak membantu saya dalam menerokai bidang bisnes online.
Sebelum ini saya menceburi bidang bisnes online secara tiru-tiru sahaja. Tiada siapa yang boleh membantu saya untuk menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi. Senang citer saya tak ada guru untuk membuat rujukan. Alhamdulillah! saya mampu berbisnes walaupun bukan seorang yang mahir jauh sekali pakar dalam bidang online. Semuanya adalah berkat ilham yang dikurniakan Allah untuk meng explore dalam internet secara berterusan. Justeru itu, kursus kedai online yang telah saya hadiri minggu lepas adalah kesinambungannya. Ternyata ia telah membuka minda bagaimana untuk meneroka bidang pemasaran yang baru. Saya juga sempat bertanya pelbagai soalan yang selama ini membelenggu minda dan pemikiran yang sempit ini.. heheee.. .Alhamdulillah3x saya kini sudah ada tempat bertanya. Syukur kepada Allah s.w.t di atas segala kurniaanNya.
Minggu ini saya menggunakan masa yang masih lapang untuk menyiapkan segala tools yang diperlukan untuk melengkapkan kedai online. Agak penat rupenya.. bukan penat berpeluh tapi penat minda.. Saya berdoa semoga Allah s.w.t memberi kekuatan agar saya mampu hasilkan yang terbaik. Alhamdulillah! 70% hampir siap namun masih ada beberapa perkara yang belum dilengkapkan. Semoga Allah terus memberikan ilham kepada saya melaksanakan tugasan ini dan memberi idea dan kekuatan untuk menulis walaupun masa semakin sempit. Masyaallah!!
Jemput singgah ke kedai online saya nanti yea... bye bye!!
Klik sini : Kedai Indah |
1 comment:
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Post a Comment