Hobi yang terpendam? macam gempak jea tajuk tu kan? hee..Ni nak citer skit. Kekadang seronok jugak kite share cite yang santai2 kan? Sebenarnya selepas graduate from UKM pada tahun 2004 aku menganggur selama setahun iaitu pada tahun 2005. Kawan-kawan yang lain ramai dah dapat kerja. So memang stress jugak la. Bile makcik2 tanye
"kat universiti dulu ambik course ape? " kite pun jawab ler
"course mathematics makcik". Terus jea die menjengil mata
"Eh! eh course mathematic tu nanti kerja ape? kenape tak ambik cikgu dulu? haa.. nanti ade ke kerjanye?" Pergh! soalan bertubi-tubi menusuk hati. Dalam hati aku rase macam bengkek jea kan? nak jelaskan panjang lebar rase takut orang kata riak plak. So, aku senyum-senyum kambing jea la.
Jauh dari sudut hati berdoa semoga Allah murahkan rezeki.
So, bagi mengisi masa lapangku sepanjang setahun yang tak berapa lapang sangat tu aku berkebun. Mase tu jugak aku offer menjadi baby sitter si Adham anak buahku sepenuh masa. Maknya masih belajar kat USM belum grad lagi dan ayahnya kerja kat Kuantan. So aku ler ibu tunggul si Adham selama setahun dibantu oleh mak ayahku di rumah kami di Besut, Terengganu.. uhuhhu. So,takpe la kan? sekurang-kurang aku ada pengalaman menjaga baby sebelum dapat anak sendiri..
Oleh kerana rumahku kat kampung agak besar dan kawasan rumah memang luas. Aku mengambil keputusan belajar menanam bunga. Benih bunga dan anak-anak pokok aku beli di pasar minggu. Orang tua kata kalau tangan panas tanaman susah nak hidupkan? kalau tangan sejuk baru tanaman menjadi. Aku main belasah jea. Tak kira la tangan panas ke sejuk ke yang penting aku kena cuba dulu. Kalau tak cuba mana nak tahu kite ni boleh menanam ke tidak. Betul tak?
Rupenya berkebun ni memang seronok sebab fikiran rase tenang jea. Badan pun makin sehat sebab hari-hari berpeluh bila berkebun ni. Tak payah nak naik beskal atau berjoging pun. Cukup dengan mencangkul tanah, mengisi tanah dalam pasu dan memindahkan pasu-pasu tu membuatkan tulang menjadi makin kuat. Tak payah serabut nak pikir pasal orang, pasal assignment, pasal kertas kerja dan bla.. bla.. bla.. lagi. Start dari situ aku mula membaca buku-buku pasal tanaman. Cuba belajar jenis-jenis tanaman, habitat dan sifat-sifatnya yang sebelum ni aku tak pernah ambik kesah. Banyak ilmu baru yang aku dapat. Selain pokok-pokok bungaku mula berkembang subur hatiku rase gembira kerana usahaku selama setahun membuahkan hasil yang sangat memuaskan.
Banyak giler kedai nursery bunga di sekitar Besut dan Pasir Puteh aku jelajah. Sempat pasang impian dan angan-angan dihati ingin memiliki nursery bunga sendiri walaupun aku tak pasti marketnye macammane kan? hehe.. Akhir tahun 2005 tu aku ada lebih 100 pasu pokok bunga yang cantik dan subur menghiasi rumah mak ayahku di kampung. Habis makcik dan pakcikku turut menggilai sama minat anak sedara die ni.. hheee.. maklum ler aku ni jenis rapat ngan semua pakcik dan makcikku..
Aku jugak terbaca satu buku landskap yang ditulis oleh pengarah bahagian landskap UKM. Rupenya baru aku perasan yang selama 3 tahun lebih belajar di UKM tu, kawasan universiti di penuhi dengan tanaman pokok palma. Penulis buku tersebut dan sekarang ni bekas pengarah landskap di UKM tu jugak menjadi pengarah landskap di Putrajaya memang menggilai tanaman palma. Kalau korang perasan, berapa banyak jenis-jenis palma yang ada di sekitar Putrajaya tu? cuba kira.. heheeh..Aku pun tetiba jadik giler ngan palma sekejap.
Awal tahun 2006 aku start kerja menjadi guru di sebuah sekolah agama di Pasir Puteh. Masa tu aku ambik keputusan duduk dengan nenek dan atuk di Melor, Kelantan sebab sekolah tu lebih dekat untuk aku berulang alik. Pokok bunga yang cantik-cantik tu ditinggalkan sepi dan di amanahkan kepada mak ayahku. Mananye sempat diorang jagakan? Hujung minggu jea aku sempat membelek-belek diorang. Membuang daun-daun kering, menggemburkan tanah, meletakkan baja, memindahkan anak-anak pokok dan menyembur racun serangga.
Kemudian tahun 2007 aku bertugas sebagai guru MARA di Johor. Memang sah pokok-pokokku mula mati satu persatu kerana tuan die dah tinggalkannya. Memang sedih tapi dalam hati tekad suatu masa nanti aku akan menanam semula bunga-bungaku yang ditinggalkan mati itu. Jauh dari sudut hati ingin membuka nursery bunga yang lain dari yang lain. Chewwah! angan-angan tinggi melangitkan? tapi sebenarnya impian yang tersimpan tu masih lagi terpendam sehingga kini tahun iaitu tahun 2013 ni.. huhhuuu...
Ni jea seciput buat pelepas gian berkebun. Tapi tak terjaga sangat sebab duk apartment ni malas nak lepak kat luar rumah.. |
Kenapa masih tak boleh nak berkebun? sebab aku tinggal di atas kayangan. Masa nak beli rumah hari tu ada 2 pilihan sama ada nak beli rumah besar di Nilai atau apartment di Ampang. Kalau beli di Nilai aku akan berulang alik ke tempat kerja sejam pergi dan sejam balik. Kalau time jammed memang parah la.. So, fikir punya fikir aku ambik keputusan beli apartment kat Ampang. Harganya sama dengan rumah teres di Nilai babe! .. takpe la asal dekat dan senang nak uruskan anak-anak. Alhamdulillah! aku bersyukur di atas segala rezeki pada hari ini namun hobiku tetap terpendam sehingga kini. Kalau aku lalu depan rumah besar-besar geram jea tengok landskap rumah yang cantik-cantik tu..Semoga Allah murahkan rezeki buat kami suatu masa nanti. Insya Allah!
.
3 comments:
assalam
nice entry,hobi saya pun selain suka baca novel n berkemas, menanam bunga pun memberi satu kepuasan pada diri sy..:D
mesti dah jadi cam taman bunga kan dulu kawasan halaman umah? hahaha
berkebun dan menanam sayur di sekitar pekarangan rumah sangat mengasyikkan
Post a Comment