Saya kini sedang menghitung hari menanti kelahiran anakanda yang ke-3. Hari ini tarikh due sudah melepasi dua hari. Kalau sebelum ini kelahiran anak yang pertama dahulu lewat 10 hari dan yang kedua lewat 2 hari. Namun kelahiran yang ketiga ini masih berteka-teki lagi. Minggu lepas sudah terasa minor contraction yang konsisten, kami stand by untuk ke hospital tetapi menjelang malam sakit telah berhenti.
Ibu mertua bergegas datang dari Besut ke Kuala Lumpur demi untuk menjaga cucu-cucu kesayangannya. Oleh kerana saya tidak jadi bersalin maka anakanda 2 orang itu telah dieksport pulang ke kampung. Memang gembira sungguh diorang dapat pulang ke kampung. Siap berebut-rebut lagi bersalam dengan ibu dan abah ni. Oh! kami pula yang sedih dan terasa kesunyian kerana sudah biasa mendengar jeritan, gelak ketawa dan senda gurau mereka. Sob! sob!
Cuti bersalin telah diambil awal seminggu dari tarikh jangkaan bersalin. Alhamdulillah! saya dapat berehat dengan tenang kerana segala tugas untuk semester ini telah disiapkan dengan sempurna. Kalau sebelum ini cuti bersalin perlu bermula dari tarikh bersalin memang agak mencabar kerana di akhir-akhir kehamilan ni badan mula cepat letih dan terasa sakit-sakit. Jadi menjelang hari-hari terakhir kehamilan ini saya hanya berehat, membaca blog, menulis dan mencari nama anak yang sesuai. Semoga dipermudahkan segalanya. Ia penantian yang mendebarkan sekalipun ia adalah kelahiran yang ketiga. Doakan semoga kami selamat semuanya. Amin..
3 comments:
minggu depan fai baru genap 36 minggu kak.. fai doakan semoga dipermudahkan segalanya untuk anak akak yg ke-3 ni... doakan fai juga ye kak (>___<)
insha Allah..semoga dipermudahkan segala urusan..
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Post a Comment