Saturday, August 24, 2013

Persediaan Semasa Berpantang

Mungkin ramai diluar sana yang excited menanti kelahiran cahayamata yang pertama. Sudah lengkapkah kelengkapan bayi anda? kalau semua dah ada jangan lupa pula sediakan kelengkapan diri semasa berpantang.

Oleh kerana saya baru jea habis berpantang, bolehlah sharekan sedikit sebanyak apa persediaan yang perlu sepanjang tempoh berpantang nanti. Hmm.. mungkin ramai yang buat tak kisah pasal set bersalin atau ubat-ubatan selepas kelahirankan? jangan begitu tau sebab nanti badan tidak sihat. Okey! set bersalin memang amat-amat penting. diulang sekali lagi ia amatlah penting. Err..tapi set bersalinkan mahal? Takpe jangan risau okey!


Set bersalin ni tak perlu ambil satu set terus bagi setiap jenama. Sebab ada yang rasanya tak begitu penting contohnya set teh herba, tungku herba,ubat rempah mandi dan lain-lain. Tapi kalau nak ambil satu set pun boleh takde masalah. Apa yang penting ialah ubatnya. Saya prefer ubat phyto natal dan minyak herba daripada Nona Roguy. Kalau nak jimat sila order online daripada website nona roguy terus. Daftar ahli hanya RM0.20 shj melalui SMS dan time offer dia akan SMS. Mase tu cecepat ler order sebab memang murah giler daripada beli kat kios atau kedai jamu.  Ini link die okey. 

Kalau prefer set bersalin daripada jenama lain contohnya shaklee, sendayu tinggi, leesa formula dan sebagainya pun bagus jugak. Cuma saya syor tak perlu beli satu kotak besar tu. Pilih saja yang mana penting. 


Ubat seterusnya ialah gamat. Kalau tak nak minum air gamat yang pahit tu bolehlah dapatkan gamat healin yang berperisa  oren tu. Memang sedap dan berkhasiat. Saya syorkan juga minuman kesihatan bidadari keluaran DCL. Bidadari ni sangat sedap dan khasiatnya amat banyak untuk kesihatan dalaman wanita. Memang tubuh akan bertenaga dan kembali sihat dengan cepat.

Emm...Harga ubat-ubatan ni mahal skit tapi ia sangat mujarab jika ia dimakan secara konsisten. So, bila dah tahu pregnant, kena buat perancangan terutama perbelanjaan untuk baby dan ibu. Setiap bulan beli satu atau dua barang baru lah kocek tak pokai.Vitamin yang dibekalkan oleh hospital pun kena makan jugak. Ia bagus untuk tambah darah okey.



Selain dari ubat-ubatan, breast pump adalah salah satu keperluan utama lebih-lebih lagi jika ibu bekerja. Di awal-awal kelahiran susu badan masih tidak keluar dengan banyak. Breast akan membengkak dan rasa sedikit sakit bila ia dihisap oleh baby. So, masa tu breast pump akan banyak membantu ibu-ibu melancarkan pengeluaran susu di awal kelahiran. 

Susu badan adalah makanan yang lengkap untuk si kecil sehingga 2 tahun. Ia kurniaan Allah S.w.t yang cukup besar. Jadi pastikan si kecil dapat minum dengan sempurna agar khasiatnya diperolehi mencukupi. Saya sarankan pilihlah breast pump yang kecil dan ringan agar mudah dibawa ke mana sahaja. 

Nenek saya bercerita ibu-ibu di zaman dahulu tidur di atas katil "berdiang" sepanjang tempoh berpantang. Ia katil kayu yang panjang dan dibawahnya diletakkan bara api. Ibu berpantang akan tidur di atas katil tersebut selama 40 hari tempoh berpantang. Bahang panas dari bara api akan memanaskan badan ibu yang berpantang. Proses berdiang itu sangat bagus untuk merawat urat-urat dan tubuh yang sakit sepanjang proses kelahiran. Oleh kerana mereka bersalin di rumah dengan bidan kampung, maka luka bersalin tidak dijahit kerana tiada hospital di zaman itu. Kalau adapun mereka takut ke hospital. Ia mentaliti orang kampung ketika itu. heee.. 


Di zaman ini tentunya ramai yang tidak kenal pun dapur berdiang. Apatah lagi menjalani proses berdiang itu sendiri sekalipun ia memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun ada alternatif lain yang lebih baik iaitu "berdiang" dengan pelapik tilam panas contiago. Tilam panas ini sangat bagus merawat sakit urat dan tubuh yang dialami semasa bersalin. Badan akan rasa berpeluh selepas tidur beberapa jam di atas tilam tersebut. Selain itu ia membekalkan fungsi-fungsi Sinar Inframerah, Bio-Magnetik, Batu Mineral Jed,Ion Negatif dan ia juga mengandungi Elemen Pemanas Karbon Bertebat berkualiti tinggi. Pendek kata tilam ini memang banyak membantu memulihkan kesihatan sepanjang tempoh bersalin.



Bertungku pula salah satu kaedah rawatan yang banyak membantu ibu berpantang kembali pulih. Walaupun tungku herba sudah wujud di pasaran tungku tradisional sebenarnya lebih berkesan. Tungku tradisional hanyalah batu sungai yang berbentuk bulat dan licin. Ia dibakar di atas api secara perlahan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian ia dilapik dengan daun herba untuk menghasilkan aroma yang wangi. Proses bertungku disyorkan dilakukan di waktu pagi dan petang sepanjang 40 hari berpantang. Selain ia baik untuk pelancaran darah ia juga dapat membakar lemak berlebihan di dalam tubuh. Tentunya berat badan ibu akan kembali ideal. Bestkan? 


Last sekali, berbengkung. Walaupun ia kelihatan leceh namun bengkung agak penting untuk memastikan bahagian perut kembali kempis kepada bentuk asal. Pilihlah bengkung yang selesa dengan tubuh anda. Bengkung sewaktu berpantang disyorkan ialah bengkung kain yang mempunyai tali. Bengkung tersebut tidak terlalu ketat dan adjustable. Jika emak dahulu masih simpan bengkungnya maka pakai yang sedia ada sahaja kerana bengkung bersalin hanya diguna sewaktu dalam pantang sahaja.


Sekian untuk coretan kali ini. Saya akan berkongsi pula cara menjaga kebersihan badan, cara pemakanan ibu dan penyusuan bayi sewaktu berpantang. Insya Allah!









Monday, August 19, 2013

Kehidupan Kedua

18 Jun 2013 tarikh yang amat bermakna dalam hidup. Tepat jam 6.35 petang aku selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.98 kg di Hospital Ampang. Alhamdulillah berbanyak kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberi segala nikmat kepada hambaNya yang terlalu hina ini.  

Usai solat Subuh pada pagi itu minor contraction mula dirasai. Dalam hati mungkin hari ini kot aku akan bersalin kerana malam tadi perutku sudah terasa sakit yang lain dari biasa. En. Nazri sudah membuka pintu rumah untuk ke pejabat, cepat-cepat jea bagitau "abang masuk ofis lewat skit boleh tak saya dah rase sakit nak bersalin ni". Jadi en. suami tak jadi pergi ke pejabat hari tu.

Sakit yang konsisten setiap 10 minit mula dirasai daripada pagi hingga tengahari. Sempat lagi aku mengemaskini blog dan menyiarkan entry yang telah ditulis pada hari sebelumnya. Hee.. aku tak nak ke hospital selagi sakit yang kuat belum dirasai. Maklumlah anak yang ketiga ni rasenye dah boleh agak skit-skit time untuk bersalin. Jam 2 petang tanda bersalin telah keluar dan sakit makin kuat mula terasa. (Berdebar-debar babe nak bersalin nih.. uuhhu!) Lepas solat zuhur kami bersiap ke hospital Ampang. Aku sujud lame-lame skit semasa solat Zuhur tu mohon Allah ringankan beban bersalin.

Jam 4.30 petang saya dimasukkan ke dewan bersalin di hospital Ampang kerana jalan telah terbuka 5cm. Suami dibenarkan berada disisi dari awal-awal lagi sebaik aku masuk kat dewan bersalin. Sebenarnya kite yang mintak. Kejap-kejap tanye nurse "bila boleh suami saya masuk nurse?". Rasenya ada 3 kali kot aku request. Buat-buat macam bersalin kat private hospital jea.. hahaa..oleh kerana dia dah bosan dengar permintaanku itu cecepat jea dia panggil en. Suami. Sakit semakin kuat menjelang jam 6 petang. Aku disuruh menyedut gas untuk mengurangkan rasa sakit. Hampir jam 6.25 petang aku diserang sakit yang terlalu kuat sehigga aku  tersedut gas yang banyak. Saat itulah terjadi perkara yang aneh dalam hidup. Memang suspen macam novel 9 nyawa karya Ramlee Awang Murshid.

Selepas tersedut gas aku tidak sedar apa yang berlaku disekeliling di alam nyata. Apa yang ku nampak para jururawat, doktor pelatih dan doktor mengelilingi aku dikatil itu.  Suami berada disebelah kiri. Mesin yang mengesan jantung baby berbunyi lemah. Mereka kelihatan panik dan cemas ketika itu seolah-olah aku tidak sedarkan diri. Mereka cuba menggoncangkan tubuhku dan memanggil nama " Puan Afifah, Puan Afifah". Aku nampak riak muka suami terlalu panik dan memanggilku dengan panggilan yang cemas "Fah bangun!" Berulang-ulang kali. Dia menggocangkan tubuh dengan kuat dan berharap aku akan bertindak balas. 

Semua yang mengelilingiku mukenya suspen sungguh macam aku ni dah nak mati. Mereka terus menggoncangkan tubuh dan memanggil-manggil namaku berulang-ulang kali. Aku tak tahu apa yang berlaku dan hanya nampak mereka tetapi tak rasa apa-apa. Aku cuba memberi respon tapi tak berdaya. Setelah agak lama begitu bunyi mesin jantung bertukar menjadi senada sahaja. Doktor dan nurse mengelengkan kepala seolah-olah takde harapan. Suami menolak badan saya dengan kuat buat kali terakhir dengan perasaaan yang kecewa. Aku cuba bercakap tapi tiada siapa dengar. Aku hanya mampu memandang mereka kerana sudah tidak berdaya. Aku melihat muka suami dan berkata "bye-bye sayang!" .(Isk! Isk! macam filem hindustan plak.)

Pandangan tadi menjadi semakin kabur dan menghilang. Mata aku terbuntang luas apabila muncul pemandangan kosong berwana silver dan ada bulatan campuran warna ditengah-tengahnya. Jantung berdegup kencang dan hati berbisik "Eh! Aku dah nak mati ni". Terbayang di minda waktu suami menghantar ke hospital sekejap tadi. Aku bermonolog dengan Allah "Oh! Sampai di sini sahaja aku hidup. Ya Allah! Sesungguhnya aku redha jika umurku setakat ini iaitu 31 tahun sahaja. Aku redha atas segala takdir yang telah Engkau tetapkan. Aku maafkan segala fitnah yang telah dilemparkan padaku suatu ketika dahulu".

Tiba-tiba muncul bayangan anak-anak iaitu Aqil dan Qaisara yang berada di kampung ketika itu. Kemudian bayangan itu hilang dan pandangan menjadi kosong dan hening. Tiada lagi bunyi mesin atau sebarang suara yang boleh didengari. Perasaan rindu kepada anak-anak menguasai jiwa pada ketika bayangan anak-anak berlalu pergi. Aku terus bermohon dengan sepenuh hati kerana di saat itu hanya antara aku dan Allah s.w.t sahaja "sesungguhnya aku redha menunggu sakaratul mautMu ya Allah tapi jika diberi peluang aku tidak mahu mati lagi. Aku ingin menjaga kedua-dua anakku sehingga dewasa".Sebaik aku selesai berdoa tiba-tiba telingaku mendengar suara nurse memberi arahan "pandanganku terbuka. Seolah-olah ada hijab yang menutupi pandanganku sebelum ini.

Aku melihat wajah suami tersenyum sebaik sahaja pandangan terbuka. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Kelihatan hanya seorang nurse sahaja berada di sisi saya. Dia sempat berkata "lambat lagi awak nak bersalin ni, baru 7 cm terbuka". Sebaik sahaja dia berkata begitu sekali lagi aku diserang  sakit yang kuat, nurse tadi sedikit menjerit "awak tahan dulu jangan bersalin lagi saya belum pakai sarung tangan lagi". Ibarat sekelip mata sahaja semua nurse dan doktor tiba-tiba datang dan mengelilingiku. Apa yang aku nampak dalam mimpi tadi ia kelihatan agak sama, bezanya kali ini saya dalam keadaan sedar dan berdoa dalam hati "Ya Allah! Panjangkanlah umurku, sesungguhnya aku tidak mahu mati lagi. Selamatkanlah kami Ya Allah".

Tepat jam 6.35 petang aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.98kg. Ia pengalaman yang menginsafkan. Alhamdulillah! aku benar-benar bersyukur kerana semuanya selamat. Air mata luncur mengalir tatkala terimbas pengalaman yang dilalui sebentar tadi. Bagaikan mimpi yang nyata apabila  melihat diri sendiri yang tidak sedar dan ia seolah-olah benar-benar berlaku. Masya Allah! Subhanallah! Allahu Akbar! Sesungguhnya aku yakin ada hikmah tersembunyi disebalik semua yang berlaku.

Saat ini deruan nafas yang menghembus, degupan jantung yang berdetak dan setiap denyutan nadi yang berdenyut ia bagaikan kehidupan yang kedua kepada diriku. Sesungguhnya aku benar-benar mohon keampunanMu Ya Allah!

Khayra Azzalea Bt Mohd Nazri