Mungkin ramai diluar sana yang excited menanti kelahiran cahayamata yang pertama. Sudah lengkapkah kelengkapan bayi anda? kalau semua dah ada jangan lupa pula sediakan kelengkapan diri semasa berpantang.
Oleh kerana saya baru jea habis berpantang, bolehlah sharekan sedikit sebanyak apa persediaan yang perlu sepanjang tempoh berpantang nanti. Hmm.. mungkin ramai yang buat tak kisah pasal set bersalin atau
ubat-ubatan selepas kelahirankan? jangan begitu tau sebab nanti badan tidak sihat. Okey! set bersalin memang amat-amat penting. diulang sekali lagi ia amatlah penting. Err..tapi set bersalinkan mahal? Takpe jangan risau okey!
Set bersalin ni tak perlu ambil satu set terus bagi setiap jenama. Sebab ada yang rasanya tak begitu penting contohnya set teh herba, tungku herba,ubat rempah mandi dan lain-lain. Tapi kalau nak ambil satu set pun boleh takde masalah. Apa yang penting ialah ubatnya. Saya prefer ubat phyto natal dan minyak herba daripada Nona Roguy. Kalau nak jimat sila order online daripada website nona roguy terus. Daftar ahli hanya RM0.20 shj melalui SMS dan time offer dia akan SMS. Mase tu cecepat ler order sebab memang murah giler daripada beli kat kios atau kedai jamu. Ini link die okey.
Kalau prefer set bersalin daripada jenama lain contohnya shaklee, sendayu tinggi, leesa formula dan sebagainya pun bagus jugak. Cuma saya syor tak perlu beli satu kotak besar tu. Pilih saja yang mana penting.
Ubat seterusnya ialah gamat. Kalau tak nak minum air gamat yang pahit tu bolehlah dapatkan gamat healin yang berperisa oren tu. Memang sedap dan berkhasiat. Saya syorkan juga minuman kesihatan bidadari keluaran DCL. Bidadari ni sangat sedap dan khasiatnya amat banyak untuk kesihatan dalaman wanita. Memang tubuh akan bertenaga dan kembali sihat dengan cepat.
Ubat seterusnya ialah gamat. Kalau tak nak minum air gamat yang pahit tu bolehlah dapatkan gamat healin yang berperisa oren tu. Memang sedap dan berkhasiat. Saya syorkan juga minuman kesihatan bidadari keluaran DCL. Bidadari ni sangat sedap dan khasiatnya amat banyak untuk kesihatan dalaman wanita. Memang tubuh akan bertenaga dan kembali sihat dengan cepat.
Emm...Harga ubat-ubatan ni mahal skit tapi ia sangat mujarab jika ia dimakan secara konsisten. So, bila dah tahu pregnant, kena buat perancangan terutama perbelanjaan untuk baby dan ibu. Setiap bulan beli satu atau dua barang baru lah kocek tak pokai.Vitamin yang dibekalkan oleh hospital pun kena makan jugak. Ia bagus untuk tambah darah okey.
Selain dari ubat-ubatan, breast pump adalah salah satu keperluan utama lebih-lebih lagi jika ibu bekerja. Di awal-awal kelahiran susu badan masih tidak keluar dengan banyak. Breast akan membengkak dan rasa sedikit sakit bila ia dihisap oleh baby. So, masa tu breast pump akan banyak membantu ibu-ibu melancarkan pengeluaran susu di awal kelahiran.
Susu badan adalah makanan yang lengkap untuk si kecil sehingga 2 tahun. Ia kurniaan Allah S.w.t yang cukup besar. Jadi pastikan si kecil dapat minum dengan sempurna agar khasiatnya diperolehi mencukupi. Saya sarankan pilihlah breast pump yang kecil dan ringan agar mudah dibawa ke mana sahaja.
Susu badan adalah makanan yang lengkap untuk si kecil sehingga 2 tahun. Ia kurniaan Allah S.w.t yang cukup besar. Jadi pastikan si kecil dapat minum dengan sempurna agar khasiatnya diperolehi mencukupi. Saya sarankan pilihlah breast pump yang kecil dan ringan agar mudah dibawa ke mana sahaja.
Nenek saya bercerita ibu-ibu di zaman dahulu tidur di atas katil "berdiang" sepanjang tempoh berpantang. Ia katil kayu yang panjang dan dibawahnya diletakkan bara api. Ibu berpantang akan tidur di atas katil tersebut selama 40 hari tempoh berpantang. Bahang panas dari bara api akan memanaskan badan ibu yang berpantang. Proses berdiang itu sangat bagus untuk merawat urat-urat dan tubuh yang sakit sepanjang proses kelahiran. Oleh kerana mereka bersalin di rumah dengan bidan kampung, maka luka bersalin tidak dijahit kerana tiada hospital di zaman itu. Kalau adapun mereka takut ke hospital. Ia mentaliti orang kampung ketika itu. heee..
Di zaman ini tentunya ramai yang tidak kenal pun dapur berdiang. Apatah lagi menjalani proses berdiang itu sendiri sekalipun ia memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun ada alternatif lain yang lebih baik iaitu "berdiang" dengan pelapik tilam panas contiago. Tilam panas ini sangat bagus merawat sakit urat dan tubuh yang dialami semasa bersalin. Badan akan rasa berpeluh selepas tidur beberapa jam di atas tilam tersebut. Selain itu ia membekalkan fungsi-fungsi Sinar
Inframerah, Bio-Magnetik, Batu Mineral Jed,Ion Negatif dan ia juga
mengandungi Elemen Pemanas Karbon Bertebat berkualiti tinggi. Pendek kata tilam ini memang banyak membantu memulihkan kesihatan sepanjang tempoh bersalin.
Bertungku pula salah satu kaedah rawatan yang banyak membantu ibu berpantang kembali pulih. Walaupun tungku herba sudah wujud di pasaran tungku tradisional sebenarnya lebih berkesan. Tungku tradisional hanyalah batu sungai yang berbentuk bulat dan licin. Ia dibakar di atas api secara perlahan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian ia dilapik dengan daun herba untuk menghasilkan aroma yang wangi. Proses bertungku disyorkan dilakukan di waktu pagi dan petang sepanjang 40 hari berpantang. Selain ia baik untuk pelancaran darah ia juga dapat membakar lemak berlebihan di dalam tubuh. Tentunya berat badan ibu akan kembali ideal. Bestkan?
Last sekali, berbengkung. Walaupun ia kelihatan leceh namun bengkung agak penting untuk memastikan bahagian perut kembali kempis kepada bentuk asal. Pilihlah bengkung yang selesa dengan tubuh anda. Bengkung sewaktu berpantang disyorkan ialah bengkung kain yang mempunyai tali. Bengkung tersebut tidak terlalu ketat dan adjustable. Jika emak dahulu masih simpan bengkungnya maka pakai yang sedia ada sahaja kerana bengkung bersalin hanya diguna sewaktu dalam pantang sahaja.
Sekian untuk coretan kali ini. Saya akan berkongsi pula cara menjaga kebersihan badan, cara pemakanan ibu dan penyusuan bayi sewaktu berpantang. Insya Allah!
No comments:
Post a Comment