Wednesday, April 13, 2016

Kinrara Resort Tempat Bercuti Yang Cantik

Assalamualaikum
Hari ni kak Muny nak share tempat percutian di Kuala Lumpur yang cantik ala2 resort tepi pantai gitew. Hee...

Alhamdulillah! Kursus kali ini ialah kali kedua saya berkursus di Kinrara Resort. So, tiba2 terasa rajin nak share kelebihan resort ni.. heee.... Tempatnya sungguh strategik iaitu berhampiran Bandar Kinrara, Puchong. Sesuai untuk bercuti bagi warga KL @ luar KL untuk berehat2 di sini.

Kak Muny suka datang ke sini sebab hotelnya bersih dan sungguh cantik. Senibinanya adalah senibina tradisi Melayu ala2 warisan Terengganu ni memang memikat. Paling best terdapat 2 kolam yang besar untuk kanak2 dan orang dewasa. Boleh laa mandi-manda bersama-sama anak2 disini memanglah seronok..

Cafenya juga sangat cantik. Mengadap padang golf gitew.. wah! Boleh mengelamun panjang2 okey.. heeehee...Makanannya pula sedap dan banyak pilihan... Habis hancur diet tinggal kat sini lama2 tau..

Kalau korang nak datang sini waze jea yea. Taip Kinrara Resort.. terus jea jumpa..  senang jeakan? ... heee...

1 comment:

Unknown said...

Salam kak muny, nak tanya menyewa semalam berapa ye disini? Tqqq