Wednesday, April 6, 2016

Trip ke Guangzhou China, China

Assalamualaikum..

Wah! Dah lama rupanya Kak muny tak update blog Aksara Motivasi ni. Tetiba hari ni terilham nak berkongsi pengalaman ke Guangzhou pada 14 March 2016 yang lepas.


Banyak kenangan suka dan duka sepanjang seminggu kami berada di sana. Sebenarnya trip kali ni kak muny pergi dibawah kelolaan JMDC. Iaitu syarikat yg menguruskan trip memborong ke China. Kak Muny syorkan kepada anda yang dah lama berhajat ke China boleh lah menghubungi syarikat mereka yg mana servis yang diberikan sangat laa bagus dan berpuas hati.

Trip kami kali ni desertai 60 peserta borong dari seluruh Malaysia. Seronok sekali berjalan beramai2 dan sambil2 menambah kenalan dikalangan bisnesman2 yg hebat... hee..

Perjalanan kami menaiki pesawat bas terbang iaitu airasia jam 8.30 mlm. Alhamdulillah kami selamat mendarat di Baiyun international  airport jam 1 pagi. Lebih kurang yea. Kak Muny dah lupa... heee....


Bergambar dengan Pramugara yang sangat ramah sepanjang penerbangan KL-GZ



Suhu kat sana masa tu cecah 14 C. Agak sejuk. Kami menginap di East Asia Hotel. Salah satu hotel yg sangat strategik lokasinya. Para perseta rombongan dijemput dengan bas. Alhamdulillah! Kami selamat tiba disana dengan perasaan teruja.. heee...


1st day - over bersemangat okey... 
Hari pertama, kami dibawa ke pusat borong berdekatan dengan hotel iaitu di plaza One Link dan pusat borong mainan kanak2 dan plaza barangan elektronik. Wah!! Mata dah kelabu asap masa tu. Rasa semua barang nak shopping tau..iman masih kuat sebab barang2 kak muny nak beli belum jumpa lagi... heheee...



Malam tu kami menaiki kapal Pearl River Cruise yang sejuk giler... nasib baik pakai sarung tangan... menggigil jah oi... 


Hari ke-2 kami dibawa ke plaza borong barangan kulit, plaza borong jam dan plaza borong pakaian. Cuaca kat sana agak sejuk dan hujan. Tapi main redah jea sebab teruja melihat barang2 idaman kalbu depan mata... hahahaa...





Hari ke 3 plak kak Muny sempat singgah ke masjid Saad Abi Waqas. Alhamdulillah! Rasa seronok berkunjung ke masjid tertua yg usianya hampir 1500 tahun.  Masya Allah! Tabarakallah!

Makam Saad Abi Waqas

Hati insaf melihat saudara seagama di tanah besar negeri China. Seronok sungguh rasanya meraikan solat Jumaat disana. Ia ibarat hari raya Aidilfitri yg mana semua kaum lelaki berkumpul dan bersolat beramai. 


Mereka bersolat Jumaat sampai keluar masjid



Kemudian mereka bersesak2 makan di gerai2 orang islam diluar masjid. Kami mengambil kesempatan menikmati makanan ayam golek dan sup kambing yang  sungguhsedapp dan menyelerakan.. 



Menajmu selera di luar perkarangan Masjid. Sangat best suasana solat Jumaat disini. Makanannya pun sedap... 

selepas itu saya meneruskan operasi memburu handbag idaman Malaya di kompleks memborong yg terletak berhampiran.

Sempat bergambar dengan pelancong China dari Shanghai yang melawat masjid.
Malam seterusnya kami berlibur (chewwah!) di Beijing Lue tapi tak shopping apa2 pun sebab barangan disini lebih branded dan mahal. save budget okey! hahaah...





Masya Allah bumi China amat bertuah, pembangunan yang sangat maju dan orang2nya amat2 laa gila bekerja..  Rajinnya mmg dasat!.. Sebab tu mereka boleh berjaya dan mampu memegang ekonomi dunia...



Sekian utk catatan kali ni. Nanti kak muny sambung lagi yea. Thank you for reading my entry. 







No comments: