
Alhamdulillah, sudah 18 hari umat islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa dengan tekun dan sabar. Sedar atau tidak kita sudah menghampiri 10 malam yang terakhir dan diyakini Lailatul Qadar ada pada 10 malam yang terakhir. Namun apa yang penting semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan kekuatan kepada kita untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Alangkah beruntungnya jika kita menjadikan Ramadhan kali ini sebagai titik anjakan paradigma dalam diri kita untuk menjadi insan yang beriman dan bertaqwa dengan sebenar-benarnya kepada Allah s.w.t. Di bulan yang mulia ini segala pintu di syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Para bidadari bergembira di syurga menyambut ketibaan bulan yang penuh kemuliaan ini. Manakala syaitan dan kuncu-kuncunya digari dengan besi yang panas dan diseksa sepanjang bulan Ramadhan ini. Oleh itu, bertuahnya jika pada ketika ini kita merebut peluang untuk memohon jutaan pengampunan dari Allah s.w.t. Tidak kira siapa kita dan apa kesalahan yang pernah dilakukan mohonlah taubat kepada-Nya kerana pintu taubat terbuka luas kepada semua hamba-Nya. Mengadulah kepada Allah kerana Dia yang Maha Mendengar segala rintahan hamba-hambanya.

1 comment:
thanx 4 the info....
Post a Comment