Minggu lepas, kami sekeluarga bershopping barangan dapur di Carrefour, Axis Atrium, Ampang. Dalam pada itu kami sempat meninjau biskut raya yang boleh dijadikan kudapan selepas berbuka. Kebetulan ada promosi yang agak menarik. Satu bekas kuih raye harganya RM9.Jenama biskut itu ialah my biscuit. Jika beli 2 bekas percuma 1. Kami rembat satu sahaja sebab risau takut kalau biskut itu akan dibuang begitu sahaja. Maklumlah biskut yang harganya agak murah ni biasenya kurang sedap.. hahaha... (tapi beli juga, mane tahu kot-kot jumpe yang sedap).
Jadi malam selepas berbuka kami terus merasa biskut itu. Coklat luarannya agak sedap tetapi rase biskutnya biase sahaja. Namun apa yang mengejutkan kami ialah gambar yang ditampal pada bekas seolah-olah gambar masjid. Bila husband saya perhatikan betul-betul, rupanya ia adalah gambar gereja yang terang-terangan ada salib. Kami terus jadi tak lalu nak makan. Adui! Rasa sudah serik untuk membeli kuih raye sembarangan ini. Mungkin ini peringatan kepada kami agar berhati-hati memilih kuih raya selepas ini..
Gambar yang ditampal di bekas biskut tersebut adalah gambar gereja berikut :
Gambar gereja yang sebenar.
Gambar yang telah diillustrasikan.
Haa..kalau sekali pandang nampak macam masjidkan ??
p/s- Baik tempah jea la takpun cari kat kedai kek dan biskut orang islam punya..
konfem suci dan halal..
3 comments:
tq share.. boleh jdkan pengajaran. tak baik betul tindakan sesetgh pihak tu...
Sama2 kita berhati-hati dalam memilih makanan yang suci dan halal.
bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat
Post a Comment