Pengumuman Perdana Menteri mengenai imbuhan hari raya amat mengujakan kami kakitangan kerajaan. Alhamdulillah, nampaknya raya tahun ini melegakan ramai pihak memandangkan harga barangan yang semakin meningkat dan keperluan yang bertambah terutama menjelang Syawal nanti.
Namun begitu kakitangan MARA agak 'frust' sedikit apabila memperolehi pekeliling MARA yang menyatakan bayaran bonus akan dibuat selewatnya-lewatnya pada 22 Ogos 2011. Aisey! Ini bermakna hanya tinggal seminggu sahaja untuk membuat persediaan menyambut hari raya. Ini pastinya menyebabkan ramai yang hanya mampu mengigit jari melihat jualan raya yang semakin menggila terutama menjelang Aidilfitri.
Syukur alhamdulillah, perasaan 'frust' itu berakhir jua apabila rakan sejawat mengumumkan gaji dan bonus untuk kakitangan MARA telah dimasukkan pada hari ini iaitu 19 Ogos 2011. Semua tersenyum dan berkira-kira untuk ber'shopping' sakan dihujung minggu ini. Awas! ingat belanja mestilah berwaspada dan pastikan bil-bil yang wajib dibayar perlu dilangsaikan dahulu sebelum bergembira. Pastikan juga budget selepas raya perlulah diselamatkan awal-awal daripada menjadi mangsa korban menyambut hari raya ini.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua. Rancanglah perbelanjaan dengan berhemah dan berpada-pada. Semoga kita menjadi hamba yang bertaqwa dan membazir itu adalah sahabat syaitan. Apa yang penting Syawal yang menjelang tiba ini akan mengeratkan ukhwah dan silratulrahim sesama saudara.
Jangan lupa juga rancanglah perjalanan yang selamat untuk sampai ke destinasi. Terutama kepada perantau yang jauh, pastikan kereta diservis terlebih dahulu agar perjalanan anda terjamin. Pastikan juga tidur dan rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan kerana memandu memerlukan tenaga dan fokus yang tinggi untuk sampai ke destinasi yang ditujui.
p/s - Sekian, wassalam!
1 comment:
uuu....lega dah masuk gaji boleh shopping tp jgn lupa cepat dapat cepat habis...pening2 he...he..
Post a Comment