Friday, November 23, 2012

HIJRAH DIRI


Tafsiran hijrah dalam diri mempunyai pelbagai maksud. Ada yang berubah daripada jahat menjadi baik, daripada jahil kepada berilmu, daripada munafik kepada beriman, daripada lemah menjadi kuat dan mungkin daripada baik menjadi lebih baik. Pendek kata hijrah adalah berubah ke arah kebaikan demi mencari ketenangan di dalam diri setiap insan.


Setiap orang mempunyai impian untuk berhijrah. Namun ramai yang memberi seribu alasan.
"Aku belum sampai serulah".
"Alah! rileks laa umur kita kan masih muda. Tak perlu nak berubah lagi."
"Malulah nak berubah nanti apa kata kawan-kawan di sekeliling pulak".
 Tak kira apa jua alasan. Fikirlah sejenak tentang sesuatu iaitu usia. Adakah kita yakin kita akan hidup sehingga 50 tahun lagi? apakah mungkin umur kita 30 tahun lagi? atau mungkin 10 tahun lagi masih tinggal? atau mungkin setahun sahaja lagi kita akan hidup?.. pernah tak kita berfikir, merenung dan mengimbas kembali usia kita daripada lahir hingga ke saat ini. Cuba hitung kembali segala amalan yang mungkin akan dibawa ke alam sana. Adakah sudah mencukupi atau masih banyak yang perlu diperbaiki?



Justeru itu, jika kita berazam untuk berubah ke arah kebaikan. Just do it! usah berlengah lagi. Abaikan segala kata-kata kejian yang menyesakkan dada. Tanamkan dalam diri anda bahawa hijrah anda semata-mata kerana Allah s.w.t. Hiraukan orang-orang yang mengeji atau mengejek anda. Katakan kepada diri aku berusaha untuk menjadi lebih baik bukan lebih buruk. Mulut orang tidak pernah berhenti. Anda jadi baik dia mengata anda dan jika anda menjadi lebih buruk mereka lagi mengata. Jadi abaikan sahaja mereka yang belum menerima hidayah itu. Ada beberapa perkara utama yang mesti,wajib dan perlu dilaksanakan dalam melakukan penghijrahan diri.



1.SOLAT : Perbaikilah solat 5 waktu. Betulkan bacaan dan cuba hayati atau dengan kata lain lawan bisikan syaitan yang mengganggu solat kita. Seterusnya, bangunlah bertahajjud walaupun sekadar 2 rakaat. Mohon dan merayulah pada saat itu kerana Allah s.w.t akan mendengar segala permohonan hambanya yang bertahajjud pada 2/3 malam. Percayalah tahajjud mampu memberi kekuatan dalaman yang sungguh 'ajaib' walaupun anda dikelilingi oleh orang-orang yang membenci diri anda.Apabila kita menjaga solat kita dengan baik insyaallah hati menjadi tenang. Perasaan sungguh bahagia walaupun anda sekadar merenung pemandangan di luar jendela. Namun hijrah kita belum lengkap selagi kita belum berhijrah sepenuhnya.




2. AURAT : Jika sebelum ini kita belum menutup aurat dengan sempurna. Jom berazam di dalam hati untuk menutup aurat demi meraih keredhaanAllah semata-mata.
  • Daripada free hair kepada paid hair - hehee..  maksudnya kena beli tudung ler tu..
  • Baju singkat kepada baju labuh - terutama baju blouse dan t-shirt. Bila pakai blouse labuh kita nak tunduk ambil barang pun rase selamat jea.. tak payah cover line dowh!!
  • Daripada baju ketat kepada baju longgar. Pakai baju longgar sebenarnya lebih selesa dan selamat. Pedulikan kalau diorang kata macam makcik ke macam orang mengandung ke atau apa semua. Apa yang penting kita tak mintak duit diorang kan?.. hehee..
  • Daripada tudung ketot kepada tudung yang lebih labuh. Kalo nak tudung bersaiz sederhana pun okey yang penting kena menutup bahagian "gunung emas" tu..betul tak?
Berubahlah dengan hati yang ikhlas bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mendapat pujian daripada orang sekeliling. Ingat pakaian yang baik bukan lesen untuk melabelkan orang lain lebih buruk daripada kita. Ibadah yang dilakukan bukan sebagai bahan untuk riak dan takabur kepada orang lain. Selalu muhasabah diri bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima amalan orang yang mempunyai sifat riak di dalam hati walau sebesar zarah. Masyaallah! ruginya kita jika sudah berhijrah tetapi belum bersihkan hati dengan sepenuhnya. Selain daripada solat dan pakaian adab pergaulan dan percakapan pun perlu berubah.

3. MULUT DAN KELAKUAN : Ingatlah ramai kaum wanita yang masuk neraka disebabkan mulut dan kemaluan. oleh itu marilah kita berHIJRAH ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

  • Meninggalkan maksiat dengan SEGERA. 
  • Menjauhi amalan memberi/menerima rasuah.( kalau pernah terlibat cepat-cepat bersihkan harta dengan bersedekah dan berazam tidak akan melakukannya semula.)
  • Menjauhi arak, dadah, zina, judi dan seumpama dengannya.
  • Bergaul dengan orang-orang yang beriman dan mengimarahkan masjid. (Selalulah pergi ke masjid atau majlis keagamaan untuk mendapatkan sahabat yang benar-benar ikhlas hatinya. )
  • Bercakap perkara yang bermanfaat. ( Say bye-bye to gossip )
  • Menjauhi debat yang sia-sia. (kalau dulu kita bercakap asyik nak menang jea, ubahlah bercakap lebih kepada suka mendengar dan bercakap dengan bertolak ansur.)
  • Menjauhi dan membuang sifat suka mengata dan mengumpat orang lain.(Ingatlah gosip dan fitnah akan membuatkan amalan kita terbang kepada si fitnah dan si mangsa umpatan tu. Nauzubillah!)
  • Menjauhi fitnah dan mohon maaf kepada orang yang telah anda fitnah.
  • Guna perkataan yang lembut dan menyenangkan hati orang lain. (kalau sebelum ni laser kena cepat-cepat la stop sebab perkataan yang tidak baik akan makan diri suatu masa nanti.)

4. ILMU AGAMA : Tambahlah ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan melalui pembacaan buku, majalah islamiah, forum-forum agama, menonton ceramah di dalam youtube, menonton siaran TV Al-hijrah dan OASIS dan membaca artikel-artikel yang bermanfaat. Semua itu akan membantu anda melakukan HIJRAH yang sempurna. Ingatlah ilmu yang disertai dengan amal akan beroleh pahala amalan yang berkali ganda. Ilmu juga adalah benteng yang kuat dapat menahan kita daripada kembali terjebak melakukan dosa. 


Semoga hidayah yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada orang-orang yang berhijrah dapat dijaga dengan rapi. Disirami dengan ilmu-ilmu bermanfaat agar mengeluarkan buah yang lebat dan ranum yang boleh di manfaatkan kepada masyarakat. Insyaallah!



No comments: