Friday, November 9, 2012

Sifat Rasulullah

Saya antara penonton setia siaran TV AL-Hijrah. Sejak siaran Astro diganti dengan internet TV unify, tidak banyak siaran yang menarik untuk ditonton. Namun  TV Al-Hijrah menjadi pilihan kerana banyak rancangan yang berilmiah dapat ditonton di sini. Setiap kali selepas azan berkumandang, ada satu slot yang menceritakan kisah kehidupan rasulullah. Ia slot yang pendek tetapi padat dengan ilmu. 

Semalam saya berkesempatan menonton slot cara rasululullah mendidik anak-anak. Ada beberapa kisah yang menarik dikongsi kepada para penonton. Baginda s.a.w menunjukkan contoh tauladan yang mulia buat kita semua. Fitrah kanak-kanak adalah suci,bersih dan mereka gemar bermain. Pernah satu ketika rasulullah menyimbah air kepada seorang kanak-kanak lalu kanak-kanak itu terus gembira dan bergurau dengan rasulullah. Pernah juga rasulullah menyuruh mereka beratur dan menyuruh mereka berlumba lari ke arah baginda. Lantas baginda menyambut mereka dengan merebahkan badan. Begitulah mulianya rasulullah. Baginda juga tidak pernah memarahi kanak-kanak apatah lagi memukul mereka. Bahkan baginda menunjukkan akhlak yang mulia kepada kanak-kanak dengan menasihati mereka.



Rasulullah mencela orang yang bergurau secara menipu kepada kanak-kanak. Sebagai contoh mereka memanggil untuk memberi makanan walhal sebenarnya makanan itu tiada. Perbuatan tersebut adalah berdosa bahkan contoh yang buruk kepada kanak-kanak tersebut. Rasulullah juga selalu mencium, mendukung dan memeluk kanak-kanak. Pernah ada satu ketika kaum badwi yang melihat perbuatan baginda yang sedang memeluk dan mencium kanak-kanak. Mereka bertanya kepada rasulullah, kami tidak pernah mencium anak-anak kecil kami, lalu bagaimana ya Rasulullah?. Maka rasulullah bersabda barangsiapa yang tidak penyayang maka dia tidak akan disayangi. 


Itu diantara kisah rasulullah yang sempat ditonton semalam. Jika ada salah dan silap mohon dibetulkan. Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat buat kita semua dalam usaha mendidik anak-anak menjadi hamba yang bertaqwa. Insyaallah!




1 comment:

Unknown said...

SUBHANALLH MULIANYA PERIBADI MU YAARASULULLAH..