Thursday, November 8, 2012

BUDAK MENTAH DALAM BISNES

Saya memang mempunyai minat yang mendalam terhadap bisnes. Walaupun saya seorang guru namun jauh di sudut sanubari saya berdoa suatu masa nanti saya akan mempunyai pejabat sendiri. Chewwah! macam berangan jea kan?.. heheee. Pelbagai bisnes telah saya ceburi bermula daripada membuka pusat tuisyen di Melor, Kelantan suatu ketika dahulu. Namun ia bertahan hanya 2 bulan sahaja. Saya terpaksa tutup apabila saya mendapat tawaran berkhidmat sebagai guru MARA di Johor. Kemudian selepas itu saya menjual tudung bawal kepada rakan-rakan. Tudung bawal tersebut mendapat sambutan yang hangat semasa era kegemilangannya. Alhamdulillah! walaupun untung tak banyak tapi ia pengalaman berharga.. hehee..


Seterusnya tahun 2009 saya berpindah ke Kuala Lumpur untuk menetap bersama suami. Kami suami isteri memang mempunyai minat yang sama. Iaitu gila berbisnes tetapi takut rugi.. heheee..Awal tahun 2009 kami membuka restoran di Puchong. Ia dikongsi bersama 3 orang rakan. Namun ia rugi kerana lokasi tidak strategik.Saya rugi berbelas-belas ribu namun terima dengan hati yang redha walaupun perit. Saya yakin ini adalah antara cabaran berbisnes. Tidak boleh berputus asa.


Kenangan di Pulau Redang
Pada waktu yang sama juga suami mengusahakan bisnes kereta sewa. Alhamdulillah! ia satu-satunya bisnes yang bertahan dan makin berkembang sehingga sekarang. Bisnes sewa kereta memang mempunyai cabaran yang agak hebat. Kekadang suami tidak boleh tidur malam apabila pelanggan buat hal. Namun kami menganggap ia adalah lumrah dalam bisnes. Kami masih mentah dan banyak yang perlu dipelajari.


Akhir tahun 2009 saya join bisnes multilevel. Saya nampak ia peluang yang besar untuk menjadikan saya seorang usahawan. Memang pelbagai ilmu usahawan telah saya timba disini. Saya amat menghargai peluang ini namun ia tidak dapat dipraktikan dengan bersungguh-sungguh.  Jadi saya menyimpulkan bahawa multilevel ini tidak sehala dengan prinsip hidup saya.. heheee.. ( nak jadi bisneswomen tapi banyak komplen.. haahaa..). 


Masuk tahun 2010 kami mula mempelajari bidang hartanah melalui buku dan internet. Berkat tunjuk ajar dari seorang rakan yang juga bisnesman kami berjaya memenangi sebuah rumah lelong di Kajang. Alhamdulillah! rumah tersebut adalah pasif income dan ia pelaburan yang selamat. Sejak itu kami menjadi pemburu rumah lelong tetapi akhir tahun 2011 berlaku gelembung hartanah yang menyebabkan harga rumah naik sehingga 2 kali ganda. Kami stop kerana kami tidak mampu apabila melihat harga rumah yang giler mahal wuhhh!!.. Nasib baik kami sempat membeli rumah kedua di Ampang. Kalau nak beli sekarang memang tak mampu dah.. huhuu..


Bermula dari situ saya mula membaca buku-buku usahawan. Sebelum ini saya hanya banyak membaca buku-buku keagamaan.  Saya cuba mencari keserasian diantara agama dan dunia perniagaan. Itu yang saya ingin laksanakan. Saya takut dan cuak untuk menceburkan diri dalam perniagaan yang mempunyai unsur-unsur riba, penipuan dan perkara-perkara yang tidak jelas. Dunia bisnes memang terdedah dengan banyak perkara-perkara begitu. Ia adalah hasil pembacaan saya bukan dari pengalaman.Pengalaman sendiri punyelah seciput jea.. 


Selepas lama saya menyepi dalam bidang bisnes, pertengahan tahun 2012 saya mula menceburikan diri dalam bidang bisnes online atas galakan suami. Suami sentiasa menyarankan agar saya berbuat sesuatu jangan terlalu bergantung kepada gaji bulanan. Jadi, saya cuba fokus kepada bisnes handbag. Saya berpendapat dan yakin kebanyakan daripada kita tinggal di kawasan pinggir bandar dan tidak sempat untuk pergi ke bandar-bandar besar semata-mata untuk membeli handbag. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menawarkan pelbagai handbag yang elegant sesuai untuk semua lapisan terutama mereka yang berkerjaya. Alhamdulillah! ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Hehee.. 

Saya sentiasa berdoa semoga Allah bukakan pintu rezeki dalam bidang perniagaan lebih luas lagi. Saya hanyalah budak baru belajar. Masih banyak perkara yang belum saya dalami. Saya memang terlalu mentah dan kurang pengalaman. Semoga Allah memberkati segala usaha kami dan memenuhkan dada kami dengan petunjuk dan hidayah hidup di dunia dan di akhirat. Amin.


 Jadi kepada semua pembaca jemput ler bertandang ke blog kedai indah yang telah di update dengan jayanya.. hehehe :) sekian!!






3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Fifah

saya doakan agar puan dan suami berjaya dlm perniagaan atas landasanNya

ieja amieja said...

semoga sentiasa sukses dlm business yg diceburi..org kata pengalaman mematangkan diri..*_*

Unknown said...

terima kasih kpd atuk dan ieja. :)