Tuesday, January 29, 2013

DIA PERGI SELAMANYA

23 Januari 2013, Che Ngah iaitu mak sepupu yang menderita breast cancer selama setahun akhir pergi menghadap Ilahi. Ia berita yang perit untuk diterima lebih-lebih lagi melibatkan saudara yang terdekat. Suami Che Ngah iaitu Ayah Ngah adalah adalah adik-beradik susuan @ sepupu kepada ayah. Keluarga kami sangat rapat dengan beliau. Kami sering berhubung sering ziarah-menziarahi sejak saya kecil lagi sehingga kini. Tambahan lagi Ayah Ngah adalah rakan sepermainan ayah sewaktu kecil dan hubungan tersebut terus erat walaupun mereka dimamah usia.

 Masyaallah! Arwah Che Ngah dan Ayah Ngah seorang yang amat peramah. Melayan tetamunya tidak kira kecil, besar, tua dan muda dengan baik dan mulia sekali. Hati siapa tidak tersentuh apabila beliau pergi meninggalkan kami semua di usia 59 tahun. Sebak apabila menerima panggilan beliau sedang nazak dan jam 3.30 ptg Rabu lepas beliau telah menghembus nafas terakhir dikelilingi oleh adik-beradik dan saudara-mara terdekat. Kebetulan hari Khamis adalah cuti umum Maulidurrasul, kami terus bergegas pulang pada malam tersebut. Alhamdullillah! kami sempat sampai ke Kg. Amir di Besut, Terengganu untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Majlis pengebumian berlangsung jam 10.30 pagi 24 Januari bersempena dengan Maulidur Rasul. Sebelum itu jenazah di sembahyangkan di rumah beliau. Subhanallah! ramainya orang yang datang melawat. Duit sedekah dikhabarkan mencecah RM10,000. Ia jumlah yang memadai dengan kehadiran tetamu yang agak ramai. Itulah orang yang mulia  mati dalam keadaan mulia.

Seingat saya Arwah Che Ngah dan Ayah Ngah orang yang kuat beribadah terutama semenjak pulang daripada mengerjakan haji lebih kurang 5,6 tahun lepas. Solat 5 waktu berjemaah di surau berdekatan jarang ditinggalkan lebih-lebih lagi bila Ayah Ngah menjadi Bilal disitu. Puasa Isnin dan Khamis tidak pernah ditinggalkan bahkan Rejab, Syaaban dan Ramadhan adalah tempoh mereka berpuasa genap 3 bulan. Masyaallah! hebatnya kekuatan ibadah mereka. Semoga Allah menempatkan arwah Che Ngah dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.. 

Pengebumian di lakukan di Tanah Perkuburan Kg. Amir.
 Perkuburan ini turut dihuni oleh kebanyakan saudara-mara di sebelah ayah.

 Talkin mula dibaca. Ia amat menginsafkan.

 Ayah Ngah yang kini bersendirian.. 

 Abang Aqil yang mula gelisah.

Kelihatan abang Jea, Abg Bad (abang2 ipar saya ) 
dan iman khusyuk medengar talkin yang dibaca..



Alfatihah buat Arwah Che Ngah iaitu Salamah Binti Fatimah.. Sekian.

2 comments:

jus manggis murah said...

turut berduka cita ya

distributor jelly gamat said...

mudah2an amal ibadahnya dapat di terima di sisi ALLOH SWT