Thursday, November 22, 2012

TIPS BERSANGKA BAIK

 
Dari : Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

  Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".



Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
 
 


  

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."



Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.

Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Rasulullah bersabda : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" (HR. Muttafaqun alaihi.)

Tuesday, November 20, 2012

PESANAN BUAT QAISARA

Qaisara Azzahra adalah anak yang kedua kami. Selamat dilahirkan dengan mudah sekali di Kota Bharu Medical Center tepat jam 12.00 tgh pada 26 October 2011. Alhamdulillah! ia suatu rahmat yang besar dan rezeki yang tidak terhitung dari Ilahi. Pastinya dia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar buat kami sebagai ibubapa. 

 
Qaisara ni agak lasak sikit berbanding abang. Dia akan memanjat atau berjalan ke mana-mana sahaja tanpa rasa takut. Ibu dan abah kena lebih berjaga-jaga dan sentiasa membuat pemantauan penuh kepada beliau. Kekadang dia akan masuk bilik air senyap-senyap. Puas kami cari rupanya duduk main wayar paip dalam tandas.Hoho..  Hobi dia menyelongkar handbag ibu. Silap letak tempat rendah sikit, semua barang-barang di dalam handbag dikeluarkan olehnya. Terpaksalah ibu mengutip semula dan mengemas berulang-ulang kali. Selalu jugak saya tanya dia
" Adik Qaisara dah nak pakai handbag macam ibu yea?"
Dia akan jawab " humm..hummm...hummm.." Itu je lah jawapan yang dia pandai.


Bila nampak kucing dia akan menjerit hummm.. hummm... sambil jari menunjuk ke arah kucing. Suka sangat...












 Gambar ni sungguh sweet!!.. gayanya hampir sama dengan gambar ibu sewaktu kecil dahulu. 
Macammane Qaisara boleh  tiru yea??


Suka sangat bergambar walaupun rambut "baling-baling"... hehee..


Harapan ibu dan abah semoga Qaisara Azzahra menjadi anak yang solehah dan dapat menjadi seorang hafizah al-quran suatu masa nanti. Ibu berdoa semoga Qaisara menjadi wanita yang cemerlang di dunia dan di hari akhirat. Jadilah ilmu sebagai wadah utama hidup di dunia dalam menyusuri perjalanan ke syurga kelak anakku. Jua jadilah orang yang memberi manfaat kepada insan lain. Usahlah berduka dengan cercaan dunia kerana dunia ini hanya sementara anakku. Yakinlah Allah sebagai pelindung dan hanya kepadaNya kita berserah diri. Jadilah dirimu Qaisara Azzahra seindah namamu "permaisuri berkilau-kilauan" di dunia dan di hari akhirat kelak. Insyaallah!



Monday, November 12, 2012

10 SIFAT SAHABAT YANG BERHARGA

1. Sahabat yang ceria dan menceriakan.

2. Sahabat yang memberi ketenangan.


3. Sahabat yang berbaik sangka.


4. Sahabat yang tidak suka mengata.


5.Sahabat yang benar-benar ikhlas.


6. sahabat yang jujur.


7. Sahabat yang baik tutur katanya.


8. Sahabat yang berfikiran positif.


9.Sahabat baik hati dan niatnya.


10. Sahabat yang mendengar dengan baik.


 


 Sebelum kita mendapat sahabat yang mempunyai 10 sifat di atas kita perlu menanamkan sifat tersebut dalam diri kita. Semoga kita menjadi sahabat yang sebenar kepada sahabat-sahabat kita. Insyaallah!

Friday, November 9, 2012

Sifat Rasulullah

Saya antara penonton setia siaran TV AL-Hijrah. Sejak siaran Astro diganti dengan internet TV unify, tidak banyak siaran yang menarik untuk ditonton. Namun  TV Al-Hijrah menjadi pilihan kerana banyak rancangan yang berilmiah dapat ditonton di sini. Setiap kali selepas azan berkumandang, ada satu slot yang menceritakan kisah kehidupan rasulullah. Ia slot yang pendek tetapi padat dengan ilmu. 

Semalam saya berkesempatan menonton slot cara rasululullah mendidik anak-anak. Ada beberapa kisah yang menarik dikongsi kepada para penonton. Baginda s.a.w menunjukkan contoh tauladan yang mulia buat kita semua. Fitrah kanak-kanak adalah suci,bersih dan mereka gemar bermain. Pernah satu ketika rasulullah menyimbah air kepada seorang kanak-kanak lalu kanak-kanak itu terus gembira dan bergurau dengan rasulullah. Pernah juga rasulullah menyuruh mereka beratur dan menyuruh mereka berlumba lari ke arah baginda. Lantas baginda menyambut mereka dengan merebahkan badan. Begitulah mulianya rasulullah. Baginda juga tidak pernah memarahi kanak-kanak apatah lagi memukul mereka. Bahkan baginda menunjukkan akhlak yang mulia kepada kanak-kanak dengan menasihati mereka.



Rasulullah mencela orang yang bergurau secara menipu kepada kanak-kanak. Sebagai contoh mereka memanggil untuk memberi makanan walhal sebenarnya makanan itu tiada. Perbuatan tersebut adalah berdosa bahkan contoh yang buruk kepada kanak-kanak tersebut. Rasulullah juga selalu mencium, mendukung dan memeluk kanak-kanak. Pernah ada satu ketika kaum badwi yang melihat perbuatan baginda yang sedang memeluk dan mencium kanak-kanak. Mereka bertanya kepada rasulullah, kami tidak pernah mencium anak-anak kecil kami, lalu bagaimana ya Rasulullah?. Maka rasulullah bersabda barangsiapa yang tidak penyayang maka dia tidak akan disayangi. 


Itu diantara kisah rasulullah yang sempat ditonton semalam. Jika ada salah dan silap mohon dibetulkan. Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat buat kita semua dalam usaha mendidik anak-anak menjadi hamba yang bertaqwa. Insyaallah!




Thursday, November 8, 2012

BUDAK MENTAH DALAM BISNES

Saya memang mempunyai minat yang mendalam terhadap bisnes. Walaupun saya seorang guru namun jauh di sudut sanubari saya berdoa suatu masa nanti saya akan mempunyai pejabat sendiri. Chewwah! macam berangan jea kan?.. heheee. Pelbagai bisnes telah saya ceburi bermula daripada membuka pusat tuisyen di Melor, Kelantan suatu ketika dahulu. Namun ia bertahan hanya 2 bulan sahaja. Saya terpaksa tutup apabila saya mendapat tawaran berkhidmat sebagai guru MARA di Johor. Kemudian selepas itu saya menjual tudung bawal kepada rakan-rakan. Tudung bawal tersebut mendapat sambutan yang hangat semasa era kegemilangannya. Alhamdulillah! walaupun untung tak banyak tapi ia pengalaman berharga.. hehee..


Seterusnya tahun 2009 saya berpindah ke Kuala Lumpur untuk menetap bersama suami. Kami suami isteri memang mempunyai minat yang sama. Iaitu gila berbisnes tetapi takut rugi.. heheee..Awal tahun 2009 kami membuka restoran di Puchong. Ia dikongsi bersama 3 orang rakan. Namun ia rugi kerana lokasi tidak strategik.Saya rugi berbelas-belas ribu namun terima dengan hati yang redha walaupun perit. Saya yakin ini adalah antara cabaran berbisnes. Tidak boleh berputus asa.


Kenangan di Pulau Redang
Pada waktu yang sama juga suami mengusahakan bisnes kereta sewa. Alhamdulillah! ia satu-satunya bisnes yang bertahan dan makin berkembang sehingga sekarang. Bisnes sewa kereta memang mempunyai cabaran yang agak hebat. Kekadang suami tidak boleh tidur malam apabila pelanggan buat hal. Namun kami menganggap ia adalah lumrah dalam bisnes. Kami masih mentah dan banyak yang perlu dipelajari.


Akhir tahun 2009 saya join bisnes multilevel. Saya nampak ia peluang yang besar untuk menjadikan saya seorang usahawan. Memang pelbagai ilmu usahawan telah saya timba disini. Saya amat menghargai peluang ini namun ia tidak dapat dipraktikan dengan bersungguh-sungguh.  Jadi saya menyimpulkan bahawa multilevel ini tidak sehala dengan prinsip hidup saya.. heheee.. ( nak jadi bisneswomen tapi banyak komplen.. haahaa..). 


Masuk tahun 2010 kami mula mempelajari bidang hartanah melalui buku dan internet. Berkat tunjuk ajar dari seorang rakan yang juga bisnesman kami berjaya memenangi sebuah rumah lelong di Kajang. Alhamdulillah! rumah tersebut adalah pasif income dan ia pelaburan yang selamat. Sejak itu kami menjadi pemburu rumah lelong tetapi akhir tahun 2011 berlaku gelembung hartanah yang menyebabkan harga rumah naik sehingga 2 kali ganda. Kami stop kerana kami tidak mampu apabila melihat harga rumah yang giler mahal wuhhh!!.. Nasib baik kami sempat membeli rumah kedua di Ampang. Kalau nak beli sekarang memang tak mampu dah.. huhuu..


Bermula dari situ saya mula membaca buku-buku usahawan. Sebelum ini saya hanya banyak membaca buku-buku keagamaan.  Saya cuba mencari keserasian diantara agama dan dunia perniagaan. Itu yang saya ingin laksanakan. Saya takut dan cuak untuk menceburkan diri dalam perniagaan yang mempunyai unsur-unsur riba, penipuan dan perkara-perkara yang tidak jelas. Dunia bisnes memang terdedah dengan banyak perkara-perkara begitu. Ia adalah hasil pembacaan saya bukan dari pengalaman.Pengalaman sendiri punyelah seciput jea.. 


Selepas lama saya menyepi dalam bidang bisnes, pertengahan tahun 2012 saya mula menceburikan diri dalam bidang bisnes online atas galakan suami. Suami sentiasa menyarankan agar saya berbuat sesuatu jangan terlalu bergantung kepada gaji bulanan. Jadi, saya cuba fokus kepada bisnes handbag. Saya berpendapat dan yakin kebanyakan daripada kita tinggal di kawasan pinggir bandar dan tidak sempat untuk pergi ke bandar-bandar besar semata-mata untuk membeli handbag. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menawarkan pelbagai handbag yang elegant sesuai untuk semua lapisan terutama mereka yang berkerjaya. Alhamdulillah! ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Hehee.. 

Saya sentiasa berdoa semoga Allah bukakan pintu rezeki dalam bidang perniagaan lebih luas lagi. Saya hanyalah budak baru belajar. Masih banyak perkara yang belum saya dalami. Saya memang terlalu mentah dan kurang pengalaman. Semoga Allah memberkati segala usaha kami dan memenuhkan dada kami dengan petunjuk dan hidayah hidup di dunia dan di akhirat. Amin.


 Jadi kepada semua pembaca jemput ler bertandang ke blog kedai indah yang telah di update dengan jayanya.. hehehe :) sekian!!