Monday, January 3, 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Hari pertama persekolahan utuk tahun 2011 telah bermula. Pastinya pada hari ini ibubapa dan guru-guru kalut ribut (maknenye sibuk ler tu) menguruskan anak-anak dan pelajar-pelajar yang baru mendaftar. Para pemandu  di seluruk pelusuk jalan raya disekitar Kuala Lumpur pada pagi ini dituntut menunjukkan kesabaran pada tahap tinggi. Anda semua disyorkan turun pagi-pagi tak sempat make up pun takpe  kerana  hari ni biasenye jammed mengalahkan cuti hari raya Aidilfitri...
(so tgh2 jammed tu sempat jea stakat nak make up tu..) uhuhuh... 


Oleh kerana firstday hari persekolahan ni menuntut pengorbanan jiwa raga yang tinggi dari warga Kuala Lumpur, saye dengan hormatnya mengambil cuti. Kira bagi peluang trafik bergerak lancar skit pada hari ini. Tapi cerita sbenornya saye dah serik! tahun lepas dah terperangkap dalam jammed hampir 2 jam. Lebih kurang pukul 9 lebih  baru sampai Opis nasib la bos baik dan memahami..
 ( rasenye ...bos pun lewat jugak! ..heheh..)


Perasaan paling indah ialah masa jadi pelajar zaman muda dulu ler. Terasa sangat best apabila sekolah bermula sebab dapat berjumpa kembali kawan-kawan sekelas. Duduk kat rumah lama-lama bosan jugakkan? kawan-kawan sekolah ni walaupun mase belajar dulu takde lah baik dan rapat sangat tapi bile dah tua ni time reunion berborak mengalahkan orang bercinta yang berpisah bertahun-tahun.. hahaha.... terasa sangat closed. Yelah dah 5 tahun belajar bersama. Bermacam ragam dah kenal. Kat sekolah SMKA Wataniah, Besut ni ramai yang kahwin satu sekolah. Batch kami saje ade 5 couple..(belum citer batch senior dan junior lagi..). Kebanyakannya  bila dah habis belajar cari balik kawan-kawan lama, maybe itu yang tersangkut sebab dah kenal hati budi masing-masing.. Oklah itu saje corat-coret sempena hari sekolah bermula. 


No comments: