Semalam bila balik ke rumah dari tempat kerja lebih kurang jam 6.00 ptg saya terus tergamam melihat pintu grill diumpil. Rumah saya jenis apartment dan berada di tingkat 11. Hush!! sangat terkejut dan panik.Tak berani nak masuk rumah. Bila ketuk rumah jiran plak, auntie cina tu tak pandai cakap melayu, anak dia yang biasa berborak dengan saya belum balik kerja lagi masa tu. 2 rumah jiran yang lain masih sunyi sebab masing-masing belum balik kerja lagi.. ( 1 floor ada 4 rumah jea). Lagi la rase tak tahu nak buat apa.
Grill yang kena ketuk dan diumpil..
Saya terus telefon En. Hubby, dia suruh saya report kat guard kat bawah dulu dan chek barang apa yang hilang kat rumah tu. Hmm... saya tak dapat pikir nak mintak tolong siapa. Nasib baik pengasuh datang dan teman masuk ke dalam rumah. Sementara itu, husband saya terus telefon Balai Polis Ampang, Alhamdulillah En. Hubby ada nombor telefon balai polis.. (moral of the story - simpan la nombor balai polis berdekatan anda.)
Telinga grill yang dah tertanggal. Mangga takde effect ape pun..
Debar dalam hati tak bleh nak citer bila masuk rumah. Dalam kepala dah fikir macam-macam. Tapi Alhamdulillah tak banyak barang hilang sebab rumah kami tak banyak barang berharga sangat. 2 bentuk cincin (cincin kahwin), 1 dvd player, 1 set drill automatik dan 1 kotak stok ubat gigi dan berus gigi telah selamat dirembat oleh mereka. Uhuhuh!... beg pakaian yang saya sayang pun turut dirembat ( baru 2,3 kali jea sempat guna). Anggaran kerugian lebih kurang RM1300. Namun, saya bersyukur sangat sebab gelang emas saya selamat. Mungkin diorang selongkar secara tergesa-gesa kot padahal gelang tu ada jea bawah kain dalam drawer yang kena selongkar tu. Alhamdulillah! masih ada rezeki. Kira agak bernasib baik lagi sebab semalam saya membawa laptop ke tempat kerja. Biasenya saya tinggal jea kat rumah sebab kat ofis dah dibekalkan sorang satu.
Laporan polis yang telah siap..
Kejadian ni disyaki berlaku anggaran dalam pukul 3 hingga 4.00ptg semalam. Sebab auntie cina tu ada dengar macam ade orang ketuk-ketuk. Dia ingatkan ada renovation kat tingkat atas sebab tu dia tak intai. Tambah-tambah lagi masa tu hujan tengah lebat giler. (Ni menurut citer anak die yang terus bergegas ke rumah saya lepas balik kerja... uhuhuh! ). 3 bulan yang lepas rumah diorang pun pernah kena pecah. Tu semalam jiran saya cukup emo berbanding saya.. ha.. ha.. Hmm.. Sebenarnya blok kami tu menjadi sasaran pecah rumah sebab rumah kami agak besar berbanding rumah blok lain... ( rumah jea macam besar tapi orangnya bukan ada duit mana pun..)
Apa-apa pun saya bersyukur sebab tak banyak barang yang hilang dan yang penting takde kehilangan nyawa. Lepas ni mungkin kami kena lebih berhati-hati dan kena tingkatkan lagi tahap keselamatan rumah kami. Rase sangat cuak bila datang kerja hari ini. Huhhuhu...
4 comments:
Teringat balik peristiwa 2007.. grill kene umpil sebijik mcm tu.. 1 cincin mak bg, 3 cincin suami bg, kamera br seminggu, tabung anak.. huwaa.. cincin peristiwa tu.. :-(
pergh,,,..
bahaya sungguh..
nasib baik tak der barang hilang, dan yg paling penting, tak der nyawa tergadai :)
Salam puan...cpj rasa sedeh...
1. sedeh sbb dah lebih 50 thn merdeka ada rakyat mesia tak tahu cakap bahasa kebangsaan.
2. sedeh sbb dah lebih 50 thn merdeka hidup kita masih tak merdeka kerana dibelengu rasa takut dan tak selamat.
3. sedeh sbb dah lebih 50 thn merdeka ramai rakyat hidup merempat kerana terpaksa mencuri cari rezeki haram @ orang asing bermaharaja lela melakukan jenayah.
4. sedeh sbb dalam kehidupan masa kini sehingga pukul 6 petang pun suami isteri masih tak dapat bertemu...
5. sedeh sbb cpj terpaksa melahirkan rasa sedeh...huhuhu...
zefa : sama la nasib kita yea.. cincin kahwin dah hilang!..
cikgu fikri : kira bersyukur sbb kerugian tak besar.
cikgupj : jgn sedih2.. semuanya ada hikmahnya!..
thanks to zefa,cikgu fikri dan cikgupj yea!
Post a Comment