Tuesday, April 26, 2011

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET

Inilah premium beautiful yang sungguh hebat!!

Mesti ramai yang telah mendengar mengenai Corset Premium Beautifulkan? 
Namun, saya yakin jika anda belum mencubanya tentu tidak percaya
 dengan keberkesanan produk yang sungguh hebat ini.



FIR - rahsia PB yang banyak manfaat!



Daripada pengalaman saya sendiri, semasa hamil anak pertama
 saya mengalami sakit bahagian tulang belakang yang agak teruk.
 Bayangkan saya kena berbaring sepanjang masa terutama ketika 
kandungan mencecah 7 bulan sehingga bersalin. 
Kesan sakit belakang masih terasa selepas 6 bulan bersalin.
 Sehinggalah saya diperkenalkan oleh
 seorang rakan dengan produk premium beatiful ini. 


Pada awalnya saya agak ragu-ragu 
tetapi saya tekad untuk mencuba memandangkan 
saya tidak ingin mengambil sebarang pil 'pain killer'
 untuk mengatasi masalah saya.



Produk yang mendapat anugerah superbrands.Memang berkualiti!!


 Alhamdulillah! saya terkejut melihat perubahan yang dialami 
selepas 2 bulan pemakaian yang konsisten.
 Bukan sahaja sakit belakang saya hilang tetapi postur badan kembali cantik. 
 Tambahan lagi gastrik yang dialami oleh saya semakin pulih.
Saya begitu bersyukur kerana memiliki produk yang hebat seperti Premium Beatiful ini.


Selamat mencuba yea!!





p/s - boleh hubungi saya di talian 
Pn. Fifah Murni : 017-2404006 untuk sebarang pertanyaan.


TANDA-TANDA HATI YANG KOTOR



  
Gelisah walaupun tiada masalah.
 Selalu berbangga dengan diri sendiri.
Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang.
 Sombong dan bongkak.
 Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya.
Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
 Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya.
 Lidah yang tajam atau laser.
 Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
Menyampaikan ilmu dengan riak.
 Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
Berpakaian elok untuk dipuji.



Derhaka kepada kedua ibubapa.
Talam dua muka ( manis di depan tapi jahat dibelakang.)
Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
Solat yang tidak boleh khusyuk.
Kagum terhadap diri.
Selalu mencari salah orang.
Cinta kepada duniawi.
Materialistik.
Mudah bersangka buruk terhadap orang.
Membesar-besarkan perkara yang kecil.
Suka mendengar gosip.
Suka menabur fitnah.
Menggunakan agama demi kepentingan peribadi.
Dengki kerana kepentingan duniawi.










p/s - Sama-samalah menjaga hati agar dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah tersebut.






Monday, April 25, 2011

STAR APPLE

Tiba-tiba teringat kisah17 tahun yang lalu. Masa itu saya baru darjah 6. Suatu petang, saya diajak oleh rakan untuk menikmati buah susu yang dipetik oleh rakan sekolah di kawasan rumahnya. Buah itu kali pertama dan terakhir saya jumpa sepanjang hidup. Rasanya yang manis dan berlemak masih segar diingatan. Saya tercari-cari buah tersebut sampai sekarang.Sebenarnya ia sejenis buah tumbuhan nadir yang jarang dijumpai, apatah lagi ditanam.

Hari ini saya terbaca komen diblog fazlisyam yang menyebut mengenai buah tersebut. Nama komersilnya ialah star apple.Terus saya search melalui encik google, dan inilah gambar-gambar yang diperolehi.


iniilah rupa buah star apple yang hampir masak.



Pokoknya yang besar dan tinggi.



Nyum.. nyum.. sedapnye!


Buah yang belum dipetik..



shedapnye....


Buah star apple ni ada dijual di pasar. Tapi di pasar kat Australia laa.... uhuhuh!!


Sedikit info mengenai star fruit :

STAR APPLE Chrysophyllum cainito

Other names: Caimito, Cainito.

History: Originates from the West Indies.

Shape: The fruit is round in shape.

Weight/size: Size varies from 4 to 8cm in diameter.

Colour: All green skinned when immature,
the purple variety develops to a deep purple skin when ripe
and the green variety develops to a light golden green skin.
 May have up to 10 flattened seeds.

Taste: The flesh is sweet and tastes very smooth and aromatic.


Buying/storing: Look for smooth, bright, shiny fruit with no skin damage
. Can be stored at room temperature up to a week
and in the refrigerator for up to two weeks.
The pulp can alsobe frozen.
 Blended pulp will set like jelly when stored in refrigerator.


Preparing/serving: Star apples must not be bitten into.
 The skin and rind are inedible.
When opening a star apple,
do not allow any of the bitter latex of the skin to contact the edible flesh.
 The ripe fruit, preferably chilled,
 may be cut in half and the flesh spooned out,
 leaving the seed cells and core.
Cutting in half produces an attractive star pattern.
Makes a nice drink when mixed with orange.
Excellent in milkshakes.


Variety: Purple (Haitian and Griemeil) and Green.

ANAK AMANAH ALLAH

Berita mengenai kes penderaan, pembuangan
dan pembunuhan bayi semakin meningkat di negara kita.
Alangkah sedih dan sayu melihat pemikiran masyarakat
 kita yang seolah-olah kembali ke zaman jahiliyah.
Apa puncanya? Dimana silapnya?
Saya yakin faktor agama dan nilai moral
 yang telah remuk dalam jiwa dan sanubari
sebahagian daripada masyarakat kita.
Justeru itu berlaku peristiwa yang merobek jiwa
 yang mana anak-anak kecil yang sepatutnya
dilindungi menjadi mangsa kezaliman manusia
 yang tidak beragama.

 Bayi kecil yang tidak bersalah dihumban seperti sampah,
 ditinggalkan seperti boneka dan diabaikan begitu sahaja.
 Manakala yang sudah besar menjadi mangsa dera
manusia yang tiada peri kemanusiaan.
 Alangkah hibanya kerana ia berlaku dalam
masyarakat yang beragama Islam.
Agama yang benar kepada semua manusia.
Namun lantaran kejahilan dan kefasikan
 dalam diri lahirlah masyarakat yang hina
 yang jauh menyimpang dari jalan yang lurus.


 Renunglah di dalam mata si kecil
 itu sedalam-dalamnya.
 Siapa dia sebenarnya?
Sedarkah kita?
Dia adalah rahmat Allah
Senyumannya penyejuk hati jiwa yang kelam
 Dia adalah amanah Allah
Penebus segala dosa-dosa semalam
Kehadirannya lambang kasih-sayang Allah
 Dia adalah jasad yang suci dan murni
Lantaran itu siramilah jiwanya dengan kasih-sayang
 kucupilah pipinya dengan kelembutan
syukurilah kewujudannya dengan kemesraan 
 pikulkanlah amanah dengan penuh keikhlasan.



Friday, April 8, 2011

Ustaz Azhar Idrus - Kahwin Cepat Cepat


Mai sama-sama saksikan ceramah yang bermanfaat dan sungguh kelakar!...

API KEDENGKIAN YANG MEMBAKAR

"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)


Betapa indahnya hidup yang Allah swt anugerahkan buat hamba-hambaNya yang beriman kerana tidak ada satu gerakan hati dan fizikal pun yang berakhir dengan sia-sia malah semuanya bermakna.

Sungguh rugi mereka yang tidak mampu memahami indahnya hidup dalam persaudaraan iman.

1. Ada kebencian dalam hati.

2. Ada permusuhan dalam diri.

3. Ada dengki yang tiba-tiba mendominasi.



ADA PEMBANGKANGAN DI SEBALIK DENGKI


Jika diteliti sepintas lalu, dengki menunjukkan wujudnya ketidakberesan antara seseorang dengan orang-orang tertentu.

Kesan itu begitu kuat terasa terutama dari para pelaku dengki bahkan mungkin ia pun tidak sedar yang dirinya sedang dirasuk dengki, padahal, dengki bukan hanya urusan antara manusia bahkan juga ketidakjelasan hubungan dengan Allah swt.


Inilah yang tidak disedari oleh para pendengki. Tanpa sedar, orang yang dengki sebenarnya sedang menafikan sebuah kebijaksanaan Allah Yang Maha Bijaksana.

Ia tidak puas hati dengan turunnya nikmat Allah kepada orang tertentu. Seolah-olah ia ingin mengajukan protes kepada Allah swt :

"Kenapa dia yang mendapat nikmat, bukan saya!"

Rasulullah saw menggambarkan perkara ini dalam sebuah hadits :

"Sesungguhnya pada nikmat Allah Ta'ala itu terdapat musuh-musuh.

Baginda ditanya, "Siapakah musuh-musuh itu, ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Mereka ialah orang-orang yang dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah."

Jadi, seseorang yang sedang dengki sebenarnya bukan sekadar melakukan kesalahan terhadap rakan, saudara atau sesiapa pun yang ia kenali bahkan ketika dengki itu mulai berkobar, ia sebenarnya sedang melakukan pembangkangan terhadap kebijaksanaan Allah swt.



ADA KERISAUAN YANG TIDAK PUTUS BERSAMA DENGKI


Salah satu kunci bahagianya sebuah kehidupan adalah lahirnya ketenangan dalam hati. Ketenangan inilah yang menjadikan :

a. Aliran darah normal.

b. Jantung tidak berdenyut secara mendadak.

Dari situ, fikiran terasa segar dan fizikal tidak lagi sibuk melawan berbagai penyakit.

Inilah di antara ciri khas peribadi seorang mukmin :


"(Iaitu) Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (QS Ar-Ra'd : 28)


Namun, ketika dengki menyelinap ke dalam hati, suasana menjadi lain. Ada hembusan panas yang tiba-tiba mengepung hati.

Seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan :

"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil, iaitu


1. Risau hati yang tidak putus-putus.

2. Musibah yang tidak berpahala.

3. Tercela yang tidak baik.

4. Murka Allah swt.

Seorang hamba Allah sebenarnya sudah teramat sibuk dengan urusan peribadinya mahupun urusan keimanan, kesihatan, pendidikan, ekonomi, dakwah, keluarga dan umat. Semua urusan itu silih berganti mengambil perhatian dan kesibukannya.

Bayangkan, jika urusan peribadi itu ditambah dengan dengki. Terlebih pula jika dengki yang lahir bukan pada satu orang tapi pada beberapa orang. Tentu akan ada beban yang teramat berat buat fikiran dan emosi pendengki dan beban itu akan menumpukkan kegelisahan yang tidak pernah habis.


ADA KESIA-SIAAN SETELAH DENGKI


Setiap hamba Allah menginginkan semua amalnya bernilai tinggi. Ada tabungan pahala untuk hari pembalasan namun tidak semua hamba Allah menyedari jika suatu ketika amalnya berkurangan secara drastik dengan satu sebab dan sebab itu adalah kesibukan dengki yang tidak pernah selesai. Rasulullah saw mengingatkan perkara ini seperti yang tercatat pada hadits di permulaan tadi.

Ada kesia-siaan yang diperolehi oleh para pendengki. Tanpa sedar, amalnya terus berkurang dan berkurang berkadaran dengan kedengkiannya. Pengorbanannya di jalan dakwah menjadi tidak bererti. Susah payah ibadahnya menjadi tidak berpahala, Nau'dzubillahi Min Dzaalik.


ADA HAWA PERMUSUHAN DALAM DENGKI


Ada ciri khas seorang mukmin dalam interaksinya dengan sesama mukmin. Itulah yang digambarkan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadits :


"Tidak beriman seorang dari kamu sehingga dia mencintai segala sesuatu bagi saudaranya yang dia cintai bagi dirinya." (HR Al-Bukhari)


Kadang-kadang, ciri tersebut hilang bersamaan dengan munculnya dengki. Ia tidak lagi sedar bahwa seorang mukmin mempunyai ciri cinta. Lebih menyedihkan lagi bahwa ia tidak lagi berhak menyandang posisi istimewa sebagai orang yang beriman.


Dengki bukan hanya melepas jalinan cinta antara sesama mukmin. Lebih dari itu, dengki memunculkan hawa permusuhan.

Ada jarak batin ketika dua hamba Allah yang dijangkiti dengki itu bertemu di mana :

a. Tatapan antara keduanya menjadi sebuah kecurigaan.

b. Senyum menjadi sesuatu yang hambar.

Bahkan, panasnya permusuhan begitu terasa hanya kerana nama orang yang didengki tersebut disebut orang.
Lebih-lebih lagi ketika penyebutan berkenaan dengan keistimewaan atau kemuliaan orang itu di mana dengki itu terus memainkan peranan menggiring hati dan fikiran secara optimum bagi mengolah reaksi terhadapnya.
Ketika itu, tidak ada setitik kebaikan pun terlihat dari kacamata dengki bahkan semuanya buruk.



Imam Ibnu Sirin pernah berkata :


"Aku tidak dengki dengan seseorang ke atas sesuatu yang berkaitan dengan dunia, kerana jika dia di kalangan ahli Syurga maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia dan dia sedang menuju ke Syurga. Jika dia di kalangan ahli Neraka maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia lantas dia sedang melalui jalan ke Neraka.

Iblis telah berkata kepada Nuh as, `janganlah kamu sesekali berdengki, sesungguhnya ianya telah menjadikan aku seperti sekarang ini.'"



Alangkah indahnya hidup tanpa dengki.



1. Siang memberi kekuatan fizikal untuk giat berkarya.

2. Malam pula mententeramkan hati untuk lelap beristirehat.

Sungguh indah nasihat Rasulullah saw buat generasi penerus :



"Janganlah kamu saling mendengki, saling memfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling mengikat transaksi orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula memperlecehkannya. Taqwa tempatnya adalah di sini –seraya Nabi saw menunjuk ke dadanya tiga kali." (HR Muslim)


Fitnah dalam hadis di atas merupakan salah satu cara yang digunakan oleh para pendengki dan ia menyerupai sihir kerana ianya mampu menceraikan rasa cinta di antara dua orang sahabat dan mengubahnya menjadi permusuhan dengan cara yang sangat halus dan menipu.

Fitnah mampu merosakkan jati diri orang-orang yang jujur seperti kegelapan malam yang boleh menyesatkan orang yang tengah berjalan di kegelapan itu.Tidak mudah bagi seseorang untuk berhati-hati agar tidak terkena fitnah apabila ia disebarkan kerana seringkali ucapan dari para penyebar fitnah kelihatan benar sehingga amat sukar untuk didustakan.Oleh itu kita memerlukan kekuatan yang lebih besar dari kekuatan diri kita sendiri iaitu kekuatan Allah swt. Sayugianya kita memohon perlindungan dari Allah swt dari bahaya dengki dan para pendengki sebagaimana yang diajar oleh Allah dalam ayat berikut :

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki." (QS Al Falaq : 5)

a. Siapakah berani menikam orang yang meminta perlindungan kepada Allah swt?

b. Siapakah berani menghiris jiwa orang yang memohon penjagaan Allah swt?

c. Siapakah berani menuang racun ke dalam minuman seorang hamba yang dekat dan rapat dengan Tuhannya?

d. Siapakah yang berani sedangkan Allah swt bersama kita?

Begitulah kekuatan surah Al-Falaq yang menggambarkan kekuatan Allah swt, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa.Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita lakukan sebagai mujahadah terhadap dengki :


1. Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, maka kita ucapkan selamat kepadanya dan sebaliknya apabila dia tertimpa kesusahan maka kita menumpang sedih juga atas apa yang menimpanya serta menghiburkannya.


2. Sanjung, sebut dan pujilah kebaikan serta keistimewaan orang yang kita dengki di belakang dia dan kalau ada keburukannya kita rahsiakan. Doakan kebaikan untuknya.

3. Sering-seringlah bersilaturahim serta memberi hadiah kepada orang yang kita dengki tersebut.

4. Kalau ada orang yang berusaha menjatuhkan orang yang kita dengki itu, berusahalah untuk membelanya. Jangan melayani syaitan yang hendak merosakkan mujahadah kita dengan mendorong kita untuk ikut mengumpatnya.

5. Berdoa kepada Allah agar dimudahkan usaha untuk membuang penyakit dengki yang ada dalam diri kita.


Ya Allah, kami memohon perlindunganMu dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki. Cabutkanlah dari dalam hati kami hembusan panas dan hawa permusuhan yang diakibatkan oleh rasa irihati dan dengki kerana sesungguhnya ianya berasal dari hembusan syaitan. Selamatkanlah hamba-hambaMu yang ikhlas dan jujur dari kejahatan dengki serta teguhkanlah iman dan kesabaran kami dalam

menghadapi mehnah dan fitnah hasil dari kedengkian manusia.


Ameen Ya Rabbal Alameen

sumber : klik sini

BIOzone Car Sterilizer

Pernahkan anda?


Mengalami pedih mata, sakit kerongkong,
 sakit hidung dan bersin ketika berada di dalam kereta? 

Ini sebenarnya berpunca dari persekitaran
 di dalam kereta yang kotor.
Sebenarnya udara di dalam kereta kita 10x ganda
 tercemar berbanding udara di luar 
walaupun ruang dalam kereta anda nampak bersih.

Perkenalkan BIOzone Car Sterilizer!
BIOzone Car Sterilizer menggunakan teknologi khusus termasuk ‘cold plasma’ yang menggabungkan penghasilan ozon dan ion plasma. Ia akan menukar oksigen (O2) kepada ozon (O3) yang kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar.
Fungsi BIOzone Car Sterilizer:
  • Menyingkirkan bahan organik meruap (‘ volatile organic compounds’, VOC)  yang berbahaya, bau tembakau, bau haiwan peliharaan dan bau automobil.
  • Membasmi bahan-bahan pencemar biologikal (bakteria).
  • Menyegarkan udara dalam kereta.


Kelebihan Biozone Car Sterilizer

  • Menyegarkan udara di dalam kereta
  • Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
  • Menghilangkan bau rokok, automobil, bau cat, vinil dan sebagainya
  • Memerangkap (VOC) iaitu bahan-bahan yang meruap dan beracun
  • Memerangkap partikel-partikel habuk
  • Ianya mudah, ringan dan selamat
  • Tidak memerlukan penyelenggaraan
  • Hanya masukkan ke dalam soket pemetik api seperti gambar di atas.

Kenapa perlu guna Biozone?

Jika anda pernah mengalami pedih mata, sakit kerongkong, sakit hidung dan bersin ketika berada di dalam kereta, gunalah Biozone Car Sterilizer untuk meneutralkan semula kebersihan udara di dalam kereta.
Ini berpunca dari persekitaran di dalam kereta yang kotor.


Bagaimana menggunakan?




Cadangan

Dapatkan 2 kotak sebagai ahli untuk kegunaan sendiri (testimoni pakai) & sample jualan. Jika membuat jualan 2 kotak sehari, pendapatan yang bakal diperolehi mencecah RM2400 sebulan.

Hubungi saya 012-3757595 (Fifah) untuk mengetahui bagaimana hendak bermula.

Monday, April 4, 2011

SAKIT KEPALA

Semenjak akhir-akhir ini saya memang terlalu addicted dengan internet. 
Kalau sehari tidak 'online' terasa seolah-olah ketinggalan zaman. 
Sehingga terbayang-bayang apa yang kawan-kawan update di facebook, 
info dari kawan-kawan bloggers dan komen-komen yang terbaru dalam blog. Akhirnya"Sindrom" ini memberi effect kepada saya
 iaitu sakit kepala sampai berhari-hari... 


Jadi, terpaksalah saya kurangkan aktiviti
 makan, minum dan tidur depan komputer ini
 memandangkan mata sudah semakin kabur dan kepala berpinar-pinar.
 Ish! risau jugak sebab saya dah ler rabun dan tahap silau semakin teruk.
 Harap sepanjang rehat daripada mengadap komputer ni
 tahap kesihatan saya kembali normal. 
Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang
 sudi singgah ke blog saya 
dan doakan kesihatan saya yea!

Friday, April 1, 2011

APRIL FOOL



1 April ialah hari April Fool. Pada hari ini, ramai di antara kita menyambutnya untuk bersuka ria. Sengaja mengenakan kawan-kawan untuk membuatkan mereka marah dalam nada bergurau. Namun, sedarkah kita sebenarnya April Fool adalah hari umat Islam diperbodohkan oleh tentera Kristian agar keluar dari bumi Andalusia (Sepanyol). 





Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing.  Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.







Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.


Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.

sumber : klik sini