Monday, April 25, 2011

ANAK AMANAH ALLAH

Berita mengenai kes penderaan, pembuangan
dan pembunuhan bayi semakin meningkat di negara kita.
Alangkah sedih dan sayu melihat pemikiran masyarakat
 kita yang seolah-olah kembali ke zaman jahiliyah.
Apa puncanya? Dimana silapnya?
Saya yakin faktor agama dan nilai moral
 yang telah remuk dalam jiwa dan sanubari
sebahagian daripada masyarakat kita.
Justeru itu berlaku peristiwa yang merobek jiwa
 yang mana anak-anak kecil yang sepatutnya
dilindungi menjadi mangsa kezaliman manusia
 yang tidak beragama.

 Bayi kecil yang tidak bersalah dihumban seperti sampah,
 ditinggalkan seperti boneka dan diabaikan begitu sahaja.
 Manakala yang sudah besar menjadi mangsa dera
manusia yang tiada peri kemanusiaan.
 Alangkah hibanya kerana ia berlaku dalam
masyarakat yang beragama Islam.
Agama yang benar kepada semua manusia.
Namun lantaran kejahilan dan kefasikan
 dalam diri lahirlah masyarakat yang hina
 yang jauh menyimpang dari jalan yang lurus.


 Renunglah di dalam mata si kecil
 itu sedalam-dalamnya.
 Siapa dia sebenarnya?
Sedarkah kita?
Dia adalah rahmat Allah
Senyumannya penyejuk hati jiwa yang kelam
 Dia adalah amanah Allah
Penebus segala dosa-dosa semalam
Kehadirannya lambang kasih-sayang Allah
 Dia adalah jasad yang suci dan murni
Lantaran itu siramilah jiwanya dengan kasih-sayang
 kucupilah pipinya dengan kelembutan
syukurilah kewujudannya dengan kemesraan 
 pikulkanlah amanah dengan penuh keikhlasan.



No comments: